Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 3

Hati-hati wabak COVID-19!


Oleh: Nur Dayana Bt Mohd Zubir

Dunia dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil
koronavirus ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan
untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Disember 2019
selepas dilaporkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. WHO dalam
laman sesawangnya berkata, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan
koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus baru itu adalah koronavirus, yang merupakan keluarga yang termasuk selsema
biasa, dan virus seperti SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) dan MERS (Sindrom
Pernafasan Asia Barat). Virus baru tersebut dinamakan sebagai 2019-nCoV buat sementara
waktu kini diberi nama rasmi oleh WHO iaitu COVID-19 iaitu singkatan untuk Corona Virus
Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang
terdapat pada ular dan kelawar. Menurut agenis berita Bernama, selain Malaysia, wabak
COVID-19 telah menular ke Jepun, Singapura, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan,
Taiwan, Australia, Vietnam, Jerman, Amerika Syarikat, Perancis, Macao, Emiriah Arab
Bersatu, United Kingdom, Kanada, Filipina, Itali, Rusia, Sepanyol, Finland, Kampuchea,
Sweden, Sri Lanka, Nepal, Belgium dan Mesir[ CITATION Ber20 \l 1086 ].

WHO pada 30 Januari lalu mengumumkan koronavirus sebagai darurat kesihatan


awam apabila angka korban wabak itu mencecah 170 orang dan merebak ke 18 buah
negara. Pengisytiharaan itu bertujuan mencegah atau mengurangkan penularan jangkitan
menerusi sempadan. Dengan jumlah kematian mencecah 1,489 setakat 14 Feb 2020, wabak
penyakit COVID-19 mengatasi wabak SARS yang mencatat jumlah kematian 774 pada
2003. 

Melalui satu kertas kajian yang diterbitkan oleh Journal Of Medical Virology, wabak
yang sedang melanda Tanah Besar China ini adalah berpunca daripada daging binatang di
pasar eksotik di Wuhan. Ia menambah bahawa kes penyebaran wabak ini berlaku di antara
binatang ke manusia dan mula berjangkit dari orang ke orang. Kertas kajian turut menyebut
penyebaran wabak ini mungkin bermula dari ular kepada manusia [ CITATION Wei20 \l 1086 ].

Menurut akhbar New Straits Times, pegawai kesihatan China telah mengenal pasti
Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran
wabak ini kerana di sana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik. Antara
haiwan-haiwan yang terdapat di pasar basah tengah bandar Wuhan ini adalah musang,
serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak, unta dan banyak lagi [CITATION New20 \l
1086 ]. China sebelum ini telah mengharamkan penyeludupan beberapa spesies liar,
manakala ada beberapa kes khas, ia memerlukan lesen. Tetapi peraturan ini longgar apabila
membabitkan spesies yang digunakan sebagai tujuan komersial.

Berikutan wabak COVID-19 yang semakin menular, kerajaan China telah


mengenakan perintah kuarantin di Wuhan. Lapangan terbang ditutup dan semua
penerbangan dari Wuhan dibatalkan bermula pada 23 Januari 2020. Menurut akhbar Sinar
Harian, kerajaan China turut mengarahkan larangan sementara urus niaga melibatkan
haiwan liar selepas negara itu bergelut membendung penularan wabak tersebut yang
membawa maut dipercayai disebarkan dari sebuah pasar borong makanan laut di Wuhan
pada bulan lalu[ CITATION Sin20 \l 1086 ].

Selain itu, kerajaan China telah melaksanakan perintah berkurung di Wuhan sebagai
sebahagian daripada usaha mengekang penyebaran virus korona itu. Pihak berkuasa
menggantung semua hubungan pengangkutan dari bandar berkenaan termasuk
pengangkutan awam, stesen keretapi dan lapangan terbang. Bandar berhampiran seperti
Huanggang turut mengambil langkah sama hari ini[ CITATION Mou20 \l 1086 ].

Di Malaysia, kes pertama COVID-19 yang disahkan positif oleh Kementerian


Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui
Johor. Memetik laporan dari Astro Awani, tiga kes positif tersebut merupakan ahli keluarga
terdekat kepada kes positif di Singapura, iaitu lelaki berumur 66 tahun dari Wuhan,
China[ CITATION Rah20 \l 1086 ].

Manakala kes pertama yang melibatkan warganegara Malaysia pula merupakan


seorang lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor. Lelaki itu menjadi rakyat
Malaysia pertama positif COVID-19 dan disahkan oleh KKM pada 3 Februari lalu. Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata lelaki terbabit mempunyai sejarah
perjalanan ke Singapura, dari 16 hingga 22 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama
delegasi antarabangsa termasuk China.

Menurut berita BH Online, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, “Pada 29 Januari
2020, beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor
kerana demam dan batuk. Selanjutnya beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2
Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi” [ CITATION Luq20 \l 1086 ]

Semenjak Malaysia mencatatkan kes pertama positif wabak tersebut, jumlah


kumulatif kes positif penyakit koronavirus setakat 25 Februari 2020 adalah sebanyak 22 kes.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor
Hisham Abdullah, 20 orang daripada jumlah itu telah pulih sepenuhnya dan telah dibenarkan
keluar dari wad. Baki dua orang lagi, iaitu kes ke-16 dan kes ke-22, masih dalam rawatan di
wad dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, jumlah pesakit bawah siasatan Patient Under Investigation (PUI) yang
dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM adalah sebanyak
796 kes. Saringan di pintu masuk antarabangsa negara tetap terus dipantau, di mana
seramai 7,617,964 orang telah disaring dengan pengimbas suhu setakat 23 Februari 2020.
Daripada jumlah itu, 27 daripadanya dirujuk ke hospital dan 2 disahkan positif COVID-19
iaitu kes ke-20 dan kes ke-22[ CITATION Kem20 \l 1086 ].

Meskipun belum ada pesakit baharu COVID-19 dan ramai yang sudah sembuh,
semua pihak termasuk masyarakat diharap tidak mudah selesa dengan keadaan itu. Perkara
tersebut ditekankan oleh Menteri Kesihatan sewaktu menjelaskan situasi terkini jangkitan
COVID-19 dalam satu sidang media. Dr Noor Hisham pula berkata pihaknya akan terus
memantau perkembangan kejadian dalam negara juga melalui maklumat daripada pihak
WHO.

Di peringkat antarabangsa pula, bilangan kes kematian dan kes positif COVID-19
menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Statistik terkini kes COVID-19 di seluruh
dunia menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 25 Februari 2020
adalah seperti berikut;

Jumlah keseluruhan kes adalah 79,570 dan jumlah negara yang terlibat adalah 34.
Jumlah kematian keseluruhan pula sebanyak 2,629. Sementara itu, menurut laporan Reuters
pada 13 Februari, Wilayah Hubei mencatat angka kematian tertinggi dalam sehari iaitu 242
orang pada Rabu 12 Februari. Suruhanjaya Kesihatan Hubei turut melaporkan sebanyak
14,840 kes positif baharu pada hari yang sama [ CITATION Kem201 \l 1086 ].

Di samping 1 kematian di Hong Kong dan 1 di Filipina, Jepun mengumumkan satu


kematian pada 13 Februari lalu.  The Japan Times memetik kata-kata Menteri Kesihatan
Katsunobu Kato yang mengumumkan berita kematian itu di mana ia melibatkan seorang
wanita berusia dalam lingkungan 80-an dari wilayah Kanagawa, di barat daya Tokyo.

Statistik jangkitan wabak COVID-19 di negara matahari terbit itu menunjukkan kadar
yang tinggi kerana sekitar 218 orang yang disahkan positif datang dari kapal persiaran
Diamond Princess yang berlabuh di Pelabuhan Yokohama sejak awal Februari. Ini termasuk
seorang pegawai kuarantin. Statistik itu tidak termasuk jangkitan dalaman sebanyak 33 kes.
Negara lain dalam senarai 10 teratas dengan bilangan jangkitan yang tinggi selain
Jepun ialah Singapura 58 kes, Thailand 33 kes, Korea Selatan 28 kes, Malaysia 22 kes,
Jerman 16 kes, Vietnam 16 kes , Australia 15, Amerika Syarikat 15, dan Perancis 11 kes.

Menurut Bernama, Laporan AFP pada 13 Februari melaporkan beberapa buah


kampung di Vietnam dengan sekitar 10,000 orang penduduk dikenakan perintah kuarantin
selepas enam kes COVID-19 ditemui di sana [ CITATION Ber20 \l 1086 ].  

Sementara itu, wabak COVID-19 masih tiada penawarnya. Menurut Astro Awani
dalam makluman pada 21 Februari lalu, WHO menyatakan keputusan awal ujian klinikal
penawar penyakit COVID-19 dijangka diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi[ CITATION
Ast20 \l 1086 ].

"Kami masih menantikan keputusan dua ujian klinikal yang dilakukan unit
penyelidikan dan pembangunan (R&D) WHO," kata Ketua Pengarah badan kesihatan dunia
itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat harian.

Ujar beliau lagi, "Satu ujian klinikal itu menggabungkan dua ubat untuk HIV, Lopinavir
dan Ritonavir, satu lagi ujian antivirus dipanggil Remdesivir. Kami menjangkakan paling awal
keputusan dapat diperoleh dalam tempoh tiga minggu."

Remdesivir dihasilkan syarikat gergasi farmaseutikal biotek Gilead Sciences bagi


merawat jangkitan virus Ebola dan Marburg. Bagaimanapun ia turut menunjukkan potensi
sebagai agen antivirus melawan koronavirus seperti SARS (sindrom pernafasan akut teruk)
dalam kajian yang dijalankan ke atas jangkitan dalam tikus dan monyet. Antivirus itu didapati
menghalang koronavirus daripada membiak setelah memasuki tubuh.

Adalah jelas bahawa bilangan kes yang dilaporkan dalam kejadian wabak ini semakin
meningkat. Oleh itu, kita seharusnya meletakkan diri dalam keadaan berjaga-jaga serta
mengikuti nasihat yang diberikan oleh para pegawai perubatan dalam usaha untuk
menangani masalah berkaitan COVID-19 ini. Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya
anda mengalami apa-apa gejala penyakit. Semoga penularan wabak penyakit ini berjaya
ditangani dengan kadar segera.
RUJUKAN

Astro Awani. (2020, Februari 21). Retrieved from Astro Awani:


http://www.astroawani.com/berita-dunia/hasil-ujian-klinikal-penawar-covid-19-tiga-
minggu-lagi-who-231359

Bernama. (2020, Februari 14). Retrieved from Bernama.com:


https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1813960

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020, Februari 25). Retrieved from Kementerian


Kesihatan Malaysia: file:///C:/Users/Asus-PC/Downloads/Kenyataan%20Akhbar
%20KPK%2025%20Feb%202020_SITUASI%20TERKINI%20JANGKITAN
%20CORONAVIRUS%20DISEASE%202019%20(COVID-19)%20DI
%20MALAYSIA.pdf

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020, Februari 25). Kementerian Kesihatan Malaysia.


Retrieved from http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Luqman Arif Abdul Karim. (2020, Februari 4). Berita Harian Online. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/652501/kes-pertama-2019-
ncov-babitkan-rakyat-malaysia

Moustapha Abbas. (2020, Januari 23). The Patriots Asia. Retrieved from
https://www.thepatriots.asia/apa-yang-kita-patut-tahu-mengenai-coronavirus/

New Straits Times. (2020, January 22). Retrieved from New Straits Times:
https://www.nst.com.my/world/world/2020/01/558846/wuhan-food-market-centre-
outbreak-sold-wolf-pups-rats-civets?fbclid=IwAR0eExNLwtxbdeSGmrxVawsP-
IxHkwRmI0ECF4QlLQPtUDJGhWkVGeRWZN8

Rahimah Abdullah. (2020, Februari 4). Astro Awani. Retrieved from


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/koronavirus-kkm-sahkan-kes-pertama-
warganegara-malaysia-229814

Sinar Harian . (2020, Februari 28). Retrieved from Sinar Harian:


https://www.sinarharian.com.my/article/67536/GLOBAL/China-larang-perdagangan-
haiwan-liar

Wei Ji, Wei Wang, Xiaofang Zhao, Junjie Zai, & Xingguang Li. (2020). Cross‐species
transmission of the newly identified coronavirus 2019‐nCoV. Journal of Medical
Virology/Volume 92, Issue 4, 1-2.

Anda mungkin juga menyukai