Anda di halaman 1dari 2

Pilihanraya Kampus (PRK) IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka sesi 2020 meriah

umpama Aidilfitri

Oleh: Nur Dayana Bt Mohd Zubir


Durian Daun: Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Dr Farida Yaakob, memuji tindakan
siswi pendidik yang bertanding dalam PRK sesi 2020 sebagai seorang yang berani
menceburkan diri dalam bidang kepimpinan. Beliau juga amat berbangga dengan pengendalian
sekretariat PRK yang berjaya mengendalikan proses pembuangan undi dengan lancar pada
hari ini.

Suasana meriah dapat dilihat di IPG Kampus Perempuan Melayu bersempena dengan PRK.
Kemeriahan proses pengundian calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dapat dirasai
apabila siswi pendidik seramai 648 mengambil bahagian dalam proses pembuangan undi.
Proses pengundian yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi dilaksanakan secara
bergilir-gilir mengikut kumpulan pelajar. Bukan itu sahaja, kemeriahan turut dirasai apabila
tempat pembuangan undi dijalankan di dua buah lokasi iaitu di Dewan Srikandi dan Blok N
berikutan bilangan siswi pendidik yang bertambah ramai.

Salah seorang siswi pendidik yang turun mengundi, Saqifah Abd Razak, menyifatkan rasa
teruja untuk turun mengundi.

“Sepanjang empat tahun berada di sini, ini merupakan tahun yang paling meriah kerana calon
JPP yang bertanding pada tahun ini adalah lebih ramai berbanding tahun sebelum ini,” katanya
kepada pemberita.

Husna Ezani pula berkata, proses mengundi pada tahun ini adalah sedikit berbeza berbanding
pada tahun lepas. Ujarnya, PRK pada tahun ini menggunakan kaedah mengundi secara manual
iaitu menggunakan kertas berbanding penggunaan undian secara atas talian.

“Proses mengundi pada kali ini membuatkan ramai siswi dapat merasai pengalaman yang
sebenar bagi proses Pilihanraya Umum,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pengumuman penuh bagi keputusan PRK sesi 2020 iaitu seramai 27 orang calon
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah berjaya meraih undi dan memenangi jawatan
yang dipertandingkan bagi sesi Pilihanraya Kampus peringkat IPGKPM. Tahniah diucapkan
kepada semua calon yang berjaya.
Siswi pendidik sedang membuang undi semasa PRK berlangsung.

Siswi pendidik sedang memangkah calon pilihan.

Anda mungkin juga menyukai