Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN HARI KEUSAHAWANAN SKJDP TAHUN 2019

TARIKH: 27 JUN 2019 (Khamis)


MASA: 7.30 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: SK JALAN DATUK PALEMBANG

Pada 27 Jun 2019 yang lalu, SKJDP telah mengadakan Hari Keusahawanan. Tujuan
Hari Keusahawanan ini diadakan adalah untuk menambah wang tabungan persatuan dan
kelab yang ada di sekolah ini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak
sekolah. Sebahagian keuntungan yang diperoleh akan diperuntukkan kepada program
menceriakan dan melestarikan kawasan sekolah.

Pada awalnya, murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan terlebih dahulu untuk


bacaan yasin. Selepas selesai bacaan yasin, murid-murid membuat senamrobik yang
dikendalikan oleh guru-guru pelatih. Selepas senamrobik, kupon diberikan kepada murid-
murid oleh guru yang bertugas.

Tepat jam 8.30 pagi, murid-murid mula membanjiri gerai-gerai jualan. Pelbagai gerai
telah dibuka pada hari tersebut. Gerai-gerai tersebut adalah seperti gerai makanan, minuman,
cenderamata, pakaian, permintaan lagu dan ucapan. Selain itu, terdapat juga rumah hantu,
dan gerai permainan. Saya bertugas di gerai aiskrim bersama-sama 4 orang lagi guru.

Hari Keusahawanan berlangsung dengan meriah dan lancar. Jam 12.00 tengahari,
Hari Keusahawanan sampai ke penghujungnya. Sebelum itu, banyak gerai mengadakan
jualan penghabisan stok sebelum menutup gerai masing-masing. Banyak pengunjung
berpusu-pusu untuk membeli makanan dan minuman dengan harga yang murah.Saya sangat
gembira dapat membantu pihak sekolah menjayakan Hari Keusahawanan.

Disediakan oleh:

……………………………………………
(NUR DAYANA BT MOHD ZUBIR)

Anda mungkin juga menyukai