Anda di halaman 1dari 2

Nama Pelajar : NUR DAYANA BT MOHD ZUBIR

No Kad Pengenalan : 971115465396


Program : PISMP
Pengkhususan / : PISMP AMBILAN JUN 2016 / SEJARAH
Opsyen
Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATUK PALEMBANG
Minggu Praktikum :1
Tarikh : 11-06-2019
Tajuk : MENYESUAIKAN DIRI DI TEMPAT BARU
Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal
Pensyarah Penyelia : SARINA BT. BAHARUDIN
Guru Pembimbing : PUAN MASRIAH BT MOHAMMAD

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya cuba untuk menyesuaikan diri di sekolah baru sepanjang satu minggu yang pertama. Menyesuaikan diri di
tempat yang baru adalah penting supaya saya dapat bergaul dan bekerjasama dengan warga sekolah. Hal ini
adalah kerana saya akan berada di SK Jalan Datuk Palembang selama 3 bulan. Tambahan pula, ini merupakan
pengalaman pertama saya berpraktikum di sekolah kluster kecemerlangan. Bermacam perasaan yang dihadapi
seperti teruja, berdebar, takut dan sebagainya. Disebabkan perasaan tersebut, saya mempunyai masalah dalam
menyesuaikan diri di tempat baru.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Pada hari pertama di sekolah tersebut, saya telah ke pejabat sekolah untuk melapor diri sebagai guru praktikal.
Saya dimaklumkan bahawa jumlah murid di sekolah tersebut adalah seramai 1300 orang. Saya berasa agak
terkejut kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman berada di sekolah yang mempunyai murid seramai
itu. Setiap kelas pula mempunyai purata murid seramai 40 orang. Jujurnya, saya berasa bimbang untuk
mengendali dan mengawal murid yang ramai kerana ini merupakan pengalaman yang pertama. Saya mendapat
jadual waktu pada hari tersebut. Saya mendapat 4 kelas iaitu satu kelas tahun 5, dua kelas tahun 4 dan satu
kelas bagi tahun 2. Walaupun saya tidak perlu mengajar lagi pada minggu pertama, saya tetap berasa
bimbang.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Nasrudin Subhi (Nasrudin Subhi, 2011), penyesuaian merujuk kepada satu proses dinamik yang
menuju ke arah pencapaian dengan kesepadanan yang sesuai antara seorang individu dengan persekitarannya.
Sebagai bakal guru, penting untuk menyesuaikan diri dalam satu situasi atau keadaan baharu supaya dapat
melakukan pekerjaan dengan lancar dan baik.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenal pasti, saya mencadangkan
beberapa cara untuk menyeesaikan isu tersebut. antaranya ialah:
I. Saya tidak boleh panik dan tertekan sebaliknya ambil masa untuk mengenali persekitaran dan warga
sekolah.
II. Saya akan banyak bertanya dan berbincang bersama guru serta pensyarah pembimbing mengenai
bagaimana saya perlu menyesuaikan diri di tempat baru.
III. Bermah mesra bersama guru-guru dan kakitangan sekolah.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

2 HARI
6. Tindakan Susulan :

Saya mengambil tindakan susulan dengan mendapatkan nasihat daripada guru pembimbing serta rakan-rakan
saya yang lain. Saya juga cuba berkomunikasi dengan guru-guru dan kakitangan sekolah.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

18-06-2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan dijalankan mengikut cadangan pemyelesaian yang telah dirancang. Saya telah dapat menyesuaikan
diri di tempat yang baru melalui langkah yang dicadangkan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Komunikasi merupakan perkara yang penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa satu sistem komunikasi yang
berkesan, akan menyebabkan proses perancangan sesebuah organisasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar
dan teratur bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, saya perlu mengasah kemahiran
interpersonal supaya dapat berkomunikasi dan menyesuaikan diri di tempat baru. Dengan melaksanakan
tindakan tersebut telah memberi impak postif kepada saya.

Rujukan :

Nasrudin Subhi. (2011). Penyesuaian Diri dan Cara Gaya Tindak Pelajar Sabah dan Sarawak di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi. Retrieved from Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 69 79:
http://journalarticle.ukm.my/4518/1/7-Nasrudin_Subhi_et_al.pdf

Anda mungkin juga menyukai