Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL.

Pada 01 Ogos 2018 Tunas Kadet Remaja Sekolah Pykett Methodist telah
menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional bertempat di padang Sekolah
Kebangsaan Pykett Methodist.

Pertandingan Permainan Tradisional merupakan aktiviti tahunan Tunas Kadet


Remaja Sekolah. Seramai dua puluh dua orang murid dari tahun 5 dan 6 telah terlibat
dalam Pertandingan Permainan Tradisional.

Acara bermula pada pukul 8.00 pagi . di padang sekolah dengan ucapan alu-
aluan dari pengerusi petandingan dan dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1, Puan
Ismawati binti Ali. Permainan tradisonal yang dipertandingankan adalah Tuju Selipar,
Polis dan Pencuri, Boling Padang dan Rebounce Takraw. Selepas majlis perasmian,
pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. Seramai sepuluh orang pelajar telah
menyertai permainan tuju selipar dan sepuluh lagi bermain permainan polis dan
pencuri. Permainan boling padang pula disertai dua belas orang pelajar. Manakala
enam orang pelajar dalam permainan rebounce takraw.

Sebelum pertandingan dimulakan, setiap kumpulan permainan melakukan


aktiviti pemanasan badan mengikut kumpulan masing-masing. Setelah pertandingan
selesai, pelajar diberi air minuman dan ditemu bual untuk tujuan dokumentasi. Tiada
kecederaan yang dilaporkan sepanjang pertandingan berlangsung. Acara penutupan
berlangsung dengan ucapan terima kasih dari pengerusi dan penyampaian hadiah
dan cenderahati kepada peserta dan pihak sekolah.

Pada keseluruhannya, kami berpuas hati di atas kerjasama yang diberikan


oleh guru-guru dan murid-murid SK(P) Pudu 1 dari mula hingga berakhirnya
pertandingan ini.

Disediakan oleh, 10 Februari 2011

(SHIMA JUNN ANAK WILLIE)

Setiausaha Pertandingan Permainan Tradisional,


IPG Kampus Ilmu Khas.

Anda mungkin juga menyukai