Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH SEKTOR

PELANCONGAN
Peta pelancongan dunia sudah membuka mata
dan meletakkan nama Malaysia sebagai salah
satu destinasi pelancongan yang menarik untuk
dikunjungi. Antaranya,Pelancongan dapat
menyumbangkan pendapatan negara.Datuk
Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan telah menjelaskan
bahawa pihak kerajaan telah mensasarkan
kehadiran pelancong seramai 29 juta pelancong
dengan pendapatan RM89 billion pada tahun
2015 sempena penganjuran Tahun Festival
(MyFest 2015).Selain itu, pelancongan juga
membuka peluang pekerjaan yang lebih
luas dalam sektor tersebut.Pelancongan
merupakan antara industri yang memerlukan
ramai tenaga kerja seperti pekerja
hotel,pemandu pelancongan, pekerja kedai
cenderamata dan pekerja kedai kraftangan.
Perkembangan industri pelancongan yang
menggalakkan di negara kita ini meningkatkan
permintaan tenaga kerja yang terlatih dan
berpengalaman dalam industri ini pada peringkat
pengurusan dan penyeliaan dan golongan
pekerja mahir dan separa mahir.Kesimpulannya,
pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai
faedah kepada pembangunan negara.Semua
pihak perlu bahu-membahu bagi memastikan
impian negara untuk menjadi destinasi
pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus
subur.

Anda mungkin juga menyukai