Anda di halaman 1dari 1

Sektor pertanian memainkan peranan yang penting dalam memajukan sesebuah negara.

Hal ini
menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu sektor yang berpotensi besar dalam
meningkatkatkan ekonomi negara. Pihak kerajaan perlulah menggalakkan masyarakat terutamanya
golongan muda untuk menceburi sektor pertanian. Hasilnya, nama negara akan lebih dikenali oleh
negara-negara luar. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pertanian kepada negara?

Kepentingan sektor pertanian kepada negara ialah pendapatan negara dapat ditingkatkan. Hal ini
kerana hasil lebihan sumber bahan makanan dan mentah utama dapat menggalakkan eksport
negara. Contohnya, kita dapat mengeksport bahan makanan seperti sayur-sayuran, padi dan bahan-
bahan mentah seperti getah dan kelapa sawit. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sektor pertanian
dapat meningkatkan pendapatan negara.

Seterusnya, sektor pertanian juga dapat mengurangkan kebergantungan makanan terhadap


negara luar. Hal ini dapat mengurangkan jumlah bahan makanan yang diimport dari negara luar
kerana negara kita mempunyai hasil makanan yang mencukupi. Contohnya, kita dapat
mengurangkan kebergantungan makanan yang diimport dari negara Thailand dan Vietnam.
Tuntasnya, jelaslah bahawa sumber makanan yang mencukupi dalam sektor pertanian dapat
mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar.

Disamping itu, SAMBUNGLERR

Anda mungkin juga menyukai