Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH Memetik madah agung, George Santayana, seorang ahli sejarawan dunia, seseorang yan g melupakan

n sejarah pasti akan mengulanginya. Justeru, bertepatan dengan kata-kata tersebut, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan dalam Kurikukum Bersepadu Sekolah Menengah. Terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah. Pertama, kita dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Semangat cinta akan negara amat vital dan perlu dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu wadah bagi menyuntik semangat kebangsaan ini. Melalui penggaluran semula kisah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pimpinan cakerawati Sultan Muzaffar dalam silibus seawal Tingkatan Satu Lagi misalnya, sudah pasti para pelajar akan berasa kagum akan sejarah negara. Maka jelaslah, patriotisme pasti terpasak padu dalam nurani pelajar menerusi instrument ini. Selain itu, pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Silibus Sejarah selama lima tahun yang cukup komprehensif izharnya dapat member kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang menderhakai ibunya. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu. Melalui pembelajaran Sejarah negara kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan antara berbilang kaum. Subjek Sejarah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kerjasama yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Hal ini dapat dilihat melalui pembentukan Parti Perikatan yang menggabungkan parti MIC, MCA, dan UMNO. Hal ini membuktikan untuk mencapai sesuatu kejayaan, perpaduan dan kerjasama antara kaum sangat penting.

Semangat patriotik dalam kalangan remaja juga dapat ditingkatkan melalui pembelajaran subjek Sejarah. Melalui subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan dan kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara. Contohnya, melalui sejarah, penentangan yang berlaku di Bukit Kepong. Para anggota polis telah bersusah payah untuk menentang pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para pelajar kepada tanah air sehingga menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi. Akhirnya, kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lampau melalui mata pelajaran Sejarah. Sarwajagat mengakui, kuasa-kuasa imperialis dunia menguasai Tanah Melayu silih berganti selama 446 tahun. Maka, dalam tempoh itu, kita ditekan dan ditindas selayak binatang oleh penjajah durjana. Justeru, apabila negara sudah merdeka, kita mula menyedari kepentingan sains dan teknologi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kuasa-kuasa danawa dunia. Lantas, mengambil iktibar dari peristiwa silam, Malaysia melestarikan teknologinya melalui Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. Atas prinsip, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Malaysia terus dikenali di seantero dunia. Maka, benarlah bahawa iktibar yang diperoleh daripada pembelajaran Sejarah dapat memajukan negara.