Anda di halaman 1dari 4

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat

Malaysia?

Semangat cntakan warisan dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia,dengan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.Semangat patriotisme dapat dilihat apabila bangunan sejarah,seperti Stadium Merdeka menyambut ulangtahun hari kemerdekaan.Berduyun duyun rakyat Malaysia hadir menyaksikan barisan kontijen berkawad,persembahan tarian tradisional dan pakaian seragam yang melamnbangkan Negara kita merupakan Negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum.Terbukti,bahawa stadium ini memperingatkan kita bahawa Negara kita pernah dijajah dan sekarang kita sudah bebas namun rakyat Malaysia tetap bersatu padu mempertahan keamanan Negara.

Selain itu,semangat patriotisme yang mesti ditunjukkan oleh setiap rakyat melalui,pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah ialah rakyat Malaysia patuh dan taat satia kepada raja.Bak pepatah,rakyat umpama akar,raja umpama pohon.Tanpa rakyat yang yang taat ,raja tidak dapat memimpin Negara.Nescaya,kemungkinan jika rakyat menentang raja,tiada bangunan bersejarah yang

Berjaya dikekalkan sehingga sekarang.Oleh itu,pihak kerajaan telah menyeru agar semua rakyat menghargai pembinaan bangunan bersejarah yang telah banyak mendorong kepada kemerdekaan Negara kita.

Di samping itu,bangunan bersejarah menunjukkan betapa berertinya sebuah keamanan kepada rakyat.Sebagai contoh,Kota A Famosa merupakan tempat di mana berlakunya pertumpahan darah antara Purtugis dan Melaka.Dari situ,kita sedar bahawa sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,Malaysia pernah kehilangan ratusan nyawa.Bangunan bersejarah menyimpan beribu kenangan manis dan pahit pada zaman penjajahan.Kini,Tugas kita untuk terus menjaganya dan berusaha untuk tidak mengulangi zaman penjajahan tersebut.

Sehubungan dengan itu,bangunan bersejarah mengajar kita untuk terus bersatu padu mempertahankan Negara.Bangunan bersejarah dicipta atas tujuan tertentu.Bangunan bersejarah dicipta pada zaman sebelum kemerdekaan dan ia memerlukan ramai orang untuk membinanya.Bangunan Bersejarah seperti Stadium Merdeka dibina oleh Rakyat Malaysia pada zaman dulu .Mereka tetap berusaha

berganding bahu membinanya tanpa mengira bangsa dan latar belakang kerana pada masa itu mereka hanya memikirkan kebaikan anak cucu mereka pada masa hadapan.Kita haruslah berusaha mengekalkan usaha mereka yang dahulunya sudah bertungkus lumus mempertahankan Negara sehingga terpaksa menggadaikan nyawa sendiri

Malah,bangunan bersejarah dapat menaikkan semangat generasi muda zaman sekarang.Pihak kerajaan telah mewajibkan setiap rakyatnya mempelajari Sejarah Negara Malaysia.Tidak hairan,generasi muda masa sekarang tidak pernah lupa tentang bangunan bersejarah yang telah dibina.Mereka turut disemai perasaan cinta akan Negara.Merekalah yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.Merekalah juga yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini supaya generasi akan datang dapat mengetahui tentang sejarah bangunan yang ada di Malaysia.Berbekalkan ilmu Sejarah,pasti rakyat tidak pernah mahu mengulangi zaman pemerintahan sebelum Merdeka.

Akhir sekali,rakyat Malaysia dapat menunjukkan perasaan cinta

kepada Negara dengan terus membangunkan Negara.Selepas kemerdekaan,Negara kita mengalami perubahan yang mendadak.Hal ini disebabkan,rakyat Malaysia tidak mahu kemerdekaan Negara tergugat apabila Negara ini dijajah semula.Demi mengelakkan daripada penjajahan,rakyat Malaysia berusaha bersaing menjadi Negara yang maju dengan teknologi dan kaya dengan budi bahasa di samping tidak pernah melupai tentang sejarah yang telah dilalui Malaysia.Sistem pendidikan yang teratur membuatkan semua generasi muda dapat turut menyumbang kepada pembangunan Negara.

Anda mungkin juga menyukai