Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan mengekalkan seni kraf negara.

Seni kraf iaitu hasil kerja tangan yang sangat halus dan indah merupakan salah satu warisan
budaya yang harus dikekalkan. Pada masa hadapan, penghasilan produk kraf lebih bertumpu kepada
barang kegunaan harian misalnya bakul, tikar dan tudung saji. Walupun seni kraf masih terpelihara
sehingga kini dan kegunaannya diperluaskan merangkumi perabot, perhiasan diri, malah elemen
dekorasi. Namun, seni kraf kian dilupakan oleh generasi muda. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa
terdapat banyak kepentingan seni kraf negara.

Antara kepetingan mengekalkan seni kraf negara ialah seni kraf negara dapat menegkalkan
kesinambunagn tamadun. Hal ini diikatakan demikian kerana seni kraf melambangkan identiti
sebuah negara. Contohnya, kraftangan songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik
warisan agung ialah salah satu seni kraf negara kita. Dengan ini, nilai yang murna dapat dikekalkan
supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Selain itu, seni kraf dapat mempelbagaikan sumber ekonomi yang sedia ada di negara kita.
Hal ini dikatakan demikian kerana seni kraf yang unik dan kreaktif dapat menarik minat pelancong
luar negara. Bukan itu sahaja, hasil seni kraf yang dieksport ke luar negara dapat meningkatkan
pendapatan negara. Dengan ini, sektor pelacongan negara dapat dimajukan. Jadi, keistimewaan
negara juga dapat dipopulerkan.

Di samping itu, seni kraf dapat menjadi sumber kewangan kepada manusia. Hal ini
dikatakan demikian kerana seni kraf memperbanyakan peluang perkerjaan dalam kalangan
masyarakat. Tenaga kerja amat diperlukan untuk menghasilkan seni kraf. Generasi muda dapat
memperoleh kemahiran menghasilkan seni kraf yang diturunkan. Dengan ini, tradisional seni kraf
dapat dikekalkan. Taraf hidup generasi muda juga dapat diwujudkan kerana mereka mahir dalam
menghasilkan seni kraf.

Tambahan pula, senni kraf dapat melahirkan remaja yang kreatif dan inovatif. Hal ini
dikatakan demikian kerana penghasilan seni kraf amat sukar. Remaja dapat memupuk sifat sabar
kreatif dan mampu berdaya saing apabila menghasilkan hasil seni kraf. Jadi, sesebuah hasil seni kraf
yang mempunyai nilai komersial dan reka bentuk yang unik dapat dihasilkan supaya dapat menarik
perhatian pembeli. Dengan ini, remaja yang cemerlang dapat dilahirkan dan mereka akan menjadi
tulang belakang negara.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluhlah bahawa terdapat banyak kepentingan


mengekalkan seni kraf negara. Jika seni kraf negara tidak dapat dikekalkan, seni kraf mungkin
menjadi sejarah dan generasi muda pada masa hadapan hanya dapat melihatnya di buku sejarah.Oleh
itu, kepentingan-kepentingan mengekalkan seni kraf negara yang dihuraikan di atas haruslah diingati
oleh masyarakat. Pihak yang berkaitan patutlah bertanggungjawab dengan mengambil langkah yang
proaktif untuk mengekalkan seni kraf negara. Setiap individu juga wajarlah berganding bahu dengan
pihak yang berkaitan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Dengan ini, warisan
budaya negara dapat dilindungi.

(417 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai