Anda di halaman 1dari 2

4.0 Kepentingan Kraf Industri kraf tangan bukanlah antara kegiatan ekonomi gergasi di Malaysia.

Hal ini menyebabkan industri kraf tangan negara kian lenyap ditelan zaman. Mengapakah keadaan ini berlaku? Sesetengah berpendapat bahawa kurangnya perhatian kerajaan terhadap industri ini menjadikan masalah ini berlarutan. Kurangnya pengusaha-pengusaha muda juga menyumbang kepada isu ini. Oleh itu, orang ramai seharusnya sedar akan kepentingan industri ini meskipun industri ini berskala kecil. Mari kita fokuskan minda kita kepada perkara yang pertama iaitu industri kraf tangan dapat menjadi sumber kewangan kepada penduduk luar bandar. Seperti mana yang kita sudah sedia maklum, terdapat jurang ekonomi yang besar antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar. Kegiatan industri kraf tangan pula sering dijalankan oleh penduduk luar bandar. Apabila penduduk luar bandar mula menceburi bidang ini, maka penduduk luar bandar dapat menjual produk ini dan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda. Mari kita lensakan skop pemikiran kita kepada perkara yang seterusnya iaitu kehadiran industri kraf tangan dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang terdapat dalam negara. Industri kraf tangan bukanlah industri yang setanding dengan industri pertanian atau pelancongan. Namun, jika hasil industri kraf tangan dieksport ke luar negara, hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, malah dapat menjadi suatu keunikan di Malaysia. Sementelahan itu, industri kraf tangan juga dapat membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya semangat yang tinggi. Hal ini kerana persaingan dalam industri kraf tangan amat sengit. Sesebuah hasil kraf tangan hendaklah mempunyai nilai komersial dan reka bentuk yang mampu menarik perhatian pembeli. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, maka pengusaha tersebut haruslah mempunyai kualiti seperti kreatif dan mampu berdaya saing. Mari kita luaskan takrifan minda kita kepada perkara yang seterusnya iaitu industri kraf tangan dapat memperbanyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat desa. Tenaga kerja sememangnya diperlukan bagi menghasilkan kraf tangan yang diperlukan bagi meningkatkan kadar

pengeluarannya. Kraf tangan membuka peluang kepada para remaja serta belia

untuk mengenali kraf tangan secara lebih mendalam melalui berbagai-bagai peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang ini. Selain itu, tenaga kerja yang terlatih juga diperlukan bagi berkongsi ilmu tentang penghasilan sesuatu produk kraf tangan. Hal ini dapat mewujudkan peluang bagi mereka yang hanya berkemahiran dalam bidang tersebut khususnya penduduk desa yang kebanyakannya hanya memperoleh kemahiran yang diturunkan oleh generasi terdahulu. Malah kraf juga dapat memenuhi keperluan penggunaan dalam penggunaan harian yang mana kraf dijadikan perhiasan dalaman rumah serta barangan yang digunakan seharian seperti beg tangan, selipar, baju dan sebagainya. Dengan adanya kraf, kepuasan hati isi rumah dapat ditingkatkan seterusnya dapat keinginan pengguna untuk membeli. Dengan itu, ekonomi negara dapat ditingkatkan dan menghasilkan keuntungan yang tinggi kepada negara. Justeru, industri kraf tangan dapat mengekalkan warisan dan budaya Melayu serta menyemai perasaan cinta akan budaya Melayu dalam kalangan masyarakat. Arus pemodenan telah menenggelamkan budaya tradisional masyarakat Melayu dalam diri remaja pada masa kini. Oleh itu, peluang haruslah diberi kepada setiap lapisan masyarakat untuk mengenali warisan dan budaya tersebut melalui konsep rekaan sesuatu kraf tangan yang menggunakan bahan tempatan sebagai ramuan utama. Budaya masyarakat Melayu juga dapat dipromosikan kepada negara-negara luar kerana kraf tangan itu sendiri sudah melambangkan identiti negara yang masih mengekalkan warisan unik secara turun-temurun.

Anda mungkin juga menyukai