Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah mengekalkan makanan tradisi

Mengadakan pertandingan masakan makanan tradisional


Pertandingan yang dijalankan ini boleh menarik minat orang ramai terutamanya
golongan uda kerana mereka dapat mempelajari cara masakan makanan tradisional
tersebut untuk dipertandingkan. Hadiah yang ditawarkan oelh pihak menganjur juga
dapat menrik minat dan membakar semangat para peserta untuk menyertai
pertandingan tersebut. Pertandingan ini bagus diadakan dalam pelbagai lapisan
masyarakat kerana dapat menarik minat golongan muda untuk mempelajari cara
masakan dari golongan yang lebih tua. Selain itu, pertandingan ini boleh diadakan di
tempat tarikan pelancong atau hari-hari bersejarah untuk menunjukkan semangat
patriotism selain mempromosikan kepada pelancong luar.

Mempromosikan makanan tradisional dalam pelbagai saluran media


Hal ini kerana, pada masa kini, semua info disebarkan melalui internet kerana ia
merupakan medium penyampai yang cepat, murah dan mudah untuk menyebarkan
makluamt dan masyarakat perlu bijak untuk menggunakan medium tersebut untuk
mempromosikan makanan tradisonal terutama kepada generasi muda. Hal ini kerana,
sekiranya golongan muda dididik lebih awal, mereka lebih senang untuk mereka
memahami dan memastikan makanan tradisional kita sentiasa dimasak dalam makanan
harian kita.

Mengadakan jualan makanan tradisional di tempat-tempat tumpuan ramai


Apabila makanan tradisional dijual kepada orang ramai, makanan tersebut
menjadi makanan kebiasaan masyarakat dan golongan muda mengenalinya. Selain itu,
ia dapat menarik minat pelancong yang dapat untuk mencuba makanan tradisi di
Malaysia sekaligus dapat memupuk masyarakat untuk menghargai makanan kita sendiri.

Membuat penjenamaan semula


Penjenamaan semula dapat meningkat popularity sesuatu makanan tradisional
kerana kebanyakkan golongan muda lebih mengenali dan menggemari makanan dari
negara luar kerana itu yang dididik dari kecil. Dengan ada inisiatif ini, makanan
tradisional boleh diubah sesuai mengikut citarasa masyarakat kini namun keaslian
makanan tersebut terus dipelihara. Kesannya, golongan muda lebih tertarik untuk
mencuba makanan tersebut serta mengenal makanan tradisional.

Memperkenalkan makanan tradisional negara di pelbagai institusi dalam dan luar


negara
Masyarakat dan pengusaha industri makanan perlulah mencari banyak peluang
untuk memperkenalkan produk local di peringkat tempatan dan global. Hal ini kerana,
sekiranya produk makanan tradisional mendapat tempat dipersada antarabangsa, ia
dapat duduk sebaris dengan makanan tradisonal antarabangsa lalu dapat
memperkenalkan kepada orang local dan orang luar bahawa makanan tradisional
Malaysia juga mampu setanding dengan makanan dari luar.
Rujukan:
https://www.scribd.com/document/536820331/MAKANAN-TRADISIONAL

Anda mungkin juga menyukai