Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah amalan budi bahasa dapat diamalkan dalam kehidupan? Apakah kebaikannya?

Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik sehingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan kembali budaya berbudi bahasa ini. Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa masyarakat kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan dalam salam dan senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang lebih mesra. Selain itu,masyarakat harus menunjukkan nilai hemah tinggi.Rakyat sepatutnya beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormatmenghormati antara satu sama lain juga amat dititikberatkan. Amalan ini akan dapat menjalinkan kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita hormati? Oleh itu,kita haruslah sentiasa mengamalkan amalan saling menghormati antara masayarakat. Di samping itu,masyarakat sepatutnya menunjukkan nilai toleransi.Mereka perlulah mempunyai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.Amalan saling bertolak ansur dapat menghindarkan diri kita daripada terlibat dalam pertelingkahan atau pergaduhan.Selain itu,amalan baik ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat.Sebagai contoh,semasa kita sedang menaiki bas awam,kita haruslah bertolak ansur dan membiarkan warga tua atau wanita

yang sedang mengandung duduk.Sikap enau di dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing harus dikikis. Sekiranya rakyat Malaysia mengamalkan amalan budi bahasa dalam kehidupan,nescaya kita akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat sombong, meninggi diri dan ujub.Selain itu,negara kita akan sentiasa harmoni dan aman sejahtera kerana tidak berlakunya persengketan atau pergaduhan antara kaum atau bangsa. Sudah terang lagi bersuluh,masyarakat haruslah memupuk sifat-sifat terpuji dalam jiwa masing-masing dan mengamalkan amalan budi bahasa.Budi Bahasa Budaya Kita .Ungkapan itu jelas mengambarkan betapa penting amalan budi bahasa dalam kehidupan kita.Lantaran itu,marilah kita memupuk amalan ini dalam diri kita supaya hidup bahagia.

Anda mungkin juga menyukai