Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan dan Keburukan Rumah Terbuka

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat
Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan
dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk
mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan.
Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat.
Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata
pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang
lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara
satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman
antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian
dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama,
walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India,
Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan
begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha
untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah untuk
menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir,
iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan membuang
sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah
apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu,
perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak
mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri dan
tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain
yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan atau bersikap
tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan
tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak
menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada
orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung.

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak.
Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh anggota
masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan
mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata
pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota
masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang
dicita-citakan akan dapat dicapai.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat sendiri.
(i) Berikan maksud peribahasa berikut:
(a) rumah siap pahat berbunyi:

(b) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat:

(c) Tak kenal maka tak cinta:

(ii) Berdasarkan petikan, pengarang telah menyatakan bahawa majlis rumah terbuka mengundang amalan
pembaziran. Bagaimakah keadaan ini berlaku? [3 markah]

_______________________________________________________________________________________

(iv) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat pada hari ini kurang
mengadakan rumah terbuka? [4 markah]
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
(v) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menyuburkan amalan rumah terbuka dalam
kalangan masyarakat kita? [4 markah]
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
(vi) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus dilakukan oleh tuan rumah yang menganjurkan majlis
rumah untuk mengurangkan masalah gangguan dan kesulitan kepada jiran tetangga? [4 markah]
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
(vii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengelakkan amalan pembaziran dalam penganjuran
majlis rumah terbuka? [4 markah]
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

(viii) Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat berikut:

(a) Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya.

Subjek :
Predikat :

(b) Semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang
sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

Subjek :
Predikat :

(c) Orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.

Subjek :
Predikat :

Anda mungkin juga menyukai