Anda di halaman 1dari 1

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.

Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan,negara akan berada
dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat melahirkan
melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupok semangat
muhibbah,saling dipercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.

Dalam setiap ayat di bawah mempunyai satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kedudokan politik dan ekonomi negara merupakan elemen penting dalam usaha untuk memantap sektor
pelancongan negara.
2. Agama Islam telah mengembang ke seluruh pelusuk Nusantara dalam abad ke-16 yang berpusat di Melaka dan
Sumatera.
3. Ajensi kerajaan dan swasta menggesa agar membuka peluang kepada golongan kurang upaya untuk memegang
jawatan dalam bidang pentadbiran.

Kenal pasti satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam setiap ayat
di bawah dengan membulatkan perkataan-perkataan tersebut.

1. Asrol telah meninggalkan dunia dalam satu kemalangan jalanraya dua hari yang lalu.

2. Bandaraya-bandaraya utama di Malaysia menghadapkan masalah pencemaran udara yang serius kerana
pertambahan jumlah kenderaan bermotor dari tahun ke tahun.

3. Salmah memikulkan tanggung jawab untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil selepas kedua-dua
ibu bapanya maut dalam tragedi tanah runtuh di Cameron Highland.

4. Para usahawan di negara ini diseru agar mempromosi barangan jualan mereka di peringkat antara
bangsa.

5. Para peserta kursus dikehendaki membuatkan pendaftaran di meja urusetia sebelum memasuki bilik
seminar.

6. Semua pelajar diminta untuk memberi kerja sama yang padu agar program yang dirancang itu
membuah hasil yang diharapkan .

Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

1. Ahmad mengkaji al-Quran di rumahTuk Mat selama satu setengah jam setiap hari.
2. Program Satu Murid Satu Sukan paling berjaya mengumpulkan murid dari seluruh negara berlari di satu masa.
3. Pimpinan kedua-dua buah negara itu telah menandatangani perjanjian persefahaman di dalam bidang ekonomi
dan pertanian semalam.

Anda mungkin juga menyukai