Anda di halaman 1dari 3

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata

atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.

1) Para peniaga diingatkan agar mengibarkan tanda harga di barangan yang dijual untuk
mengelakkan unsur penipuan.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: mempamerkan
Kesalahan Tatabahasa: pada

2) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Zuraidi menerangkan lain-lain
faktor yang mengakibatkan kemusnahan Empayar Uthmaniyah.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: keruntuhan
Kesalahan Tatabahasa :faktor-faktor lain

3) Tahap kehidupan rakyat di negara ini semakin teruk dari semasa ke semasa dengan kejatuhan
nilai Ringgit Malaysia yang semakin membimbangkan.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: Taraf
Kesalahan Tatabahasa : kerana

4) Kajian yang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan telah


berjaya mengeluarkan baka pokok yang bermutu.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan
Kesalahan Tatabahasa : menghasilkan

5) Encik Nazlan berjanji untuk memberikan bonus sebagai intensif kepada semua pekerja-
pekerjanya jika mereka dapat meningkatkan produktiviti syarikat.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: insentif
Kesalahan Tatabahasa : semua pekerjanya/pekerja-pekerjanya

6) Nabilah melihat pakaian-pakaian yang bergayut di ampaian rumah neneknya meliuk-liuk


apabila angin petang tiup.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: bergayut - bersidai
Kesalahan Tatabahasa : angin petang tiup. - ditiup angin petang

7) Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai kanan itu kepada peserta program amat
dikagumi oleh saya.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: profesional
Kesalahan Tatabahasa : amat saya kagumi

8) Pembeli yang menjuarai cabutan bertuah itu berpeluang untuk mimilih apa barangan elektirk
seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: menjuarai - memenangi
Kesalahan Tatabahasa : apa - apa-apa
9) Saintis masih menyiasat sampel pelbagai spesies-spesies hidupan marin yang ditemui mati
untuk mengenal pasti puncanya.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: menyiasat - mengkaji
Kesalahan Tatabahasa :pelbagai spesies-spesies - pelbagai spesies/spesises-spesies

10) Kurikulum di institut pengajian tinggi awam bakal disetarakan dengan kehendak
majikan supaya mengelakkan masalah pengangguran.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: disetarakan - diselaraskan
Kesalahan Tatabahasa : supaya - untuk/bagi

11) Puan Rahimah sedang bertutur dalam perhimpunan bila para pelawat itu tiba di sekolah.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: bertutur - berucap
Kesalahan Tatabahasa: bila - apabila

12) Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima peluang untuk melanjutkan
pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah: peluang - tawaran
Kesalahan Tatabahasa: Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar - ketiga-tiga orang pelajar

13) Muka Farida bengkak oleh kerana disengat tebuan semasa dia mencolok buah mangga itu.
Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah: mencolok - menjolok
Kesalahan Tatabahasa: oleh kerana - kerana

14) Kereta yang Hairul pandu itu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.
Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah: pusingan - selekoh
Kesalahan Tatabahasa: Hairul pandu - dipandu oleh Hairul

15) Baginda mengingatkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di


dalam melaksanakan tugas dan tanggugjawab.
Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah: mengingatkan - menitahkan
Kesalahan Tatabahasa: di dalam - dalam

16) Kedua orang sahabat itu telah berkongsi modal untuk membuka sebuah
butik eksekutif berhampiran dengan pusat bandar.
Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah: eksekutif - ekslusif
Kesalahan Tatabahasa: Kedua orang - kedua-dua orang

17) Pandemik Covid-19 yang sungguh amat membimbangkan rakyat di negara kita menyebabkan
kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal penyambungan wabak tersebut.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: penyambungan - penularan
Kesalahan Tatabahasa : sungguh amat - sungguh/amat

18) Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang berkuantiti dan
diminati ramai.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: mengandungi - berkuantiti - berkualiti
Kesalahan Tatabahasa : koleksi lagu-lagu lama - koleksi lagu lama
19) Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru mereka
tetapkan.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: khusus - kursus
Kesalahan Tatabahasa : telah guru mereka tetapkan. - telah ditetapkan oleh guru mereka

20) Istana terpaling indah itu ialah tempat Sultan Muzzafar Shah tinggal.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: tinggal - bersemayam
Kesalahan Tatabahasa : terpaling indah - paling indah

Anda mungkin juga menyukai