Anda di halaman 1dari 3

Latihan mengenal pasti kesalahan Ejaan dan Imbuhan.

Dalam petikan di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

1. Restoren Kak Uda menawarkan bufet bagi sajian tengah hari dengan pelbagai
hidangkan tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

2. Walaupun waktu bersekolah sudah lama tamat, murid perempuan itu tetap tidak
bergenjak dari tempat duduknya sehingga ibu bapanya tiba di sekolah.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

3. Produk herba negara kita mempunyai pontensi untuk dikomersialkan ke


peringkat antarabangsa kerana dimiliki khasiat yang tinggi.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

4. Strategi pengurusan haruslah diaplikasikan untuk jaminan industri


memanafaatkan sumber modal insan khususnya golongan profesional secara
optimum.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

5. Kumpulan orkestra di oditorium itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada


penonton setelah selesai lakukan persembahan.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

6. Kerajaan akan memperhalusi Peraturan-peraturan Makanan I985 yang melarang


pengilang menggunakan bahan pengawit yang berbahaya.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

7. Dalam masyarakat Cina, kelender memainkan peranan penting untuk penentuan


tarikh perkahwinan dan membuka bangunan baharu.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :
8. Pihak polis telah berjaya menumpaskan sendiket pemalsuan wang dengan
tangkapan ketua mereka dalam sekatan jalan raya malam tadi.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

9. Kempen Cintailah Sungai Kita perlu dipergiat demi menyadarkan masyarakat


tentang kepentingan sungai sebagai sumber pembekal air bersih.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

10. Pembacaan yang luas melalui majalah pendidikan, surat khabar,


ensklopedia boleh membantu murid untuk meningkat ilmu pengetahuan.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :

11. Kerajaan menyerukan rakyat untuk bersama-sama menggunakan


perkhidmatan pengangkutan awam bagi merialisasikan hasrat negara sebagai
negara mesra alam.

Kesalahan ejaan:
Kesalahan imbuhan :
Skema jawapan:

1. Kesalahan ejaan: restoren - restoran


Kesalahan imbuhan: hidangkan - hidangan

2. Kesalahan ejaan: bergenjak - berganjak


Kesalahan imbuhan: bersekolah - persekolahan

3. Kesalahan ejaan: pontensi - potensi


Kesalahan imbuhan: dimiliki - memiliki

4. Kesalahan ejaan: memanafaatkan - memanfaatkan


Kesalahan imbuhan: jaminan - menjamin

5. Kesalahan ejaan: oditorium - auditorium


Kesalahan imbuhan: lakukan - melakukan

6. Kesalahan ejaan: memperhalusi - menghalusi


Kesalahan imbuhan: pengawit - pengawet

7. Kesalahan ejaan: kelender - kalender


Kesalahan imbuhan: penentuan - menentukan

8. Kesalahan ejaan: sendiket - sindiket


Kesalahan imbuhan: tangkapan - penangkapan

9. Kesalahan ejaan: menyadarkan - menyedarkan


Kesalahan imbuhan: pembekal - bekalan

10. Kesalahan ejaan: ensklopedia - ensiklopedia


Kesalahan imbuhan: meningkat - meningkatkan

11. Kesalahan ejaan: merialisasikan - merealisasikan

Kesalahan imbuhan: menyerukan - menyeru

Anda mungkin juga menyukai