Anda di halaman 1dari 12

BAHASA

MELAYU
PENYUNTINGA
N
PENYUNTINGAN (Kesalahan ejaan, imbuhan, kata, istilah dan frasa)
Praktis 1
Kenal pasti ejaan yang salah dalam ayat di bawah dan betulkannya:

1. Mereka akan mengadakan progrem tersebut di seluruh negara.

Ejaan yang salah Ejaan yang betul


 progrem  program

2. Semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat pada zaman penjajahan Inggeris


amat kuat dan keadaan ini menggugat kewibawaan kerajaan inggeris.

Ejaan yang salah Ejaan yang betul


 inggeris.  Inggeris

3. Kami akan menyediakan pelbagai peluang yang akan memberikan manfaat


kepada rakyat, khususnya pendudok di luar bandar.

Ejaan yang salah Ejaan yang betul


 pendudok  penduduk
4. Generasi muda perlu memainkan peranan untuk menggembeling tenaga
bagi memajukan negara.

Ejaan yang salah Ejaan yang betul


 menggembeling  menggembleng
5. Kami terpaksa menungkah arus yang sangat deras untuk menuju ke Kawasan
pedalaman itu.
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
 menungkah  menongkah
6.Saya amat sukar untuk memahami kata-kata yang diujarkan kerana beliau
berbicara dengan menggunakan dailek Pantai Timur.
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
 dailek  dialek
7. Walau pun negara kita memiliki prasarana yang canggih, rakyat negara kita
tidak bijak menggunakannya.
Ejaan yang salah Ejaan yang betul
 Walau pun  walaupun
Praktis 2
Kenal pasti imbuhan yang salah dalam ayat di bawah dan betulkannya:

1. Aktiviti yang dijalankan ini melambangkan komitmen pihak universiti dalam bidang
penyelidikkan.
Imbuhan yang salah Imbuhan yang betul
 penyelidikkan.  penyelidikan
2. Negara itu telah pengisytiharan perang terhadap negara Iran kerana
mengaktifkan senjata nuklearnya.
Imbuhan yang salah Imbuhan yang betul
 pengisytiharan  mengisytiharkan
3. Kerajaan akan memberikan pemerhatian yang utama kepada sektor pelancongan
kerana sektor ini mampu menjanakan ekonomi negara
Imbuhan yang salah Imbuhan yang betul
 pemerhatian  perhatian
4. Ombak laut yang semakin mengila telah menyukarkan kami untuk merealisasikan
cita-cita sebagai rakyat pertama negara menyeberangi selat tersebut.
Imbuhan yang salah Imbuhan yang betul
 mengila  menggila
5. Orang yang merosakkan kemudahan awam dianggap tidak celik minda
kerana tidak punya pengetahuan yang tinggi.
Imbuhan yang salah Imbuhan yang betul
 punya  mempunyai

6. Kefasihan remaja dari negara China itu bertutur dalam Bahasa Melayu semasa
pertandingan pidato itu mengagumkan para penonton.
Imbuhan yang salah Imbuhan yang betul
 
Bahasa Melayu  
bahasa Melayu
Praktis 3
Kenal pasti penggunaan istilah yang salah dalam ayat di bawah dan betulkannya:
 

1. Tayangan video tersebut diadakan bagi menjelaskan peraturan mengundi yang betul dan
penerangan dapat dibuat dengan lebih afektif.
Istilah yang salah Istilah yang betul
 afektif.  efektif

2. Kerajaan mengesali tindakan klinik swasta yang mengenakan cas yang tinggi
kepada pesakit.
Istilah yang salah Istilah yang betul
 cas  caj
3. Untuk menjadi penulis terkenal, seseorang itu hendaklah banyak menulis dan
mencipta pelbagai jenis karya yang bermutu.
Istilah yang salah Istilah yang betul
 penulis  karyawan
4. Haji Sabran bukan sahaja hartawan di kampung itu malahan beliau juga seorang
penderma yang disegani di kampung tersebut.
Istilah yang salah Istilah yang betul
 penderma  dermawan
5. Kenderaan yang tidak melebihi tiga tan sahaja dibenarkan melalui titi ini
manakala kenderaan lain yang lebih berat tidak dibenarkan
Istilah yang salah Istilah yang betul
 titi  jambatan
6. Jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih belum dapat tentukan oleh mereka
kerana masih belum ditafsir oleh pihak bomba.
Istilah yang salah Istilah yang betul
 ditafsir  ditaksir
7. Beliau terpaksa memperbesar restorannya dan menambahkan bilangan penolong
untuk melayan pelanggannya yang semakin bertambah.
Istilah yang salah Istilah yang betul
 penolong  pembantu
Praktis 4
Kenal pasti frasa yang salah dalam ayat di bawah dan betulkannya:
 
1. Penyanyi tersebut banyak menghasilkan album lagu-lagu Melayu asli dan moden sehinggakan penyanyi-
penyanyi lain sukar untuk menandingi beliau.
Frasa yang salah Frasa yang betul
 album lagu-lagu  album lagu
2. Gugusan pulau-pulau di sekitar Filipina menjadi tempat tumpuan pelancong dari luar.
Frasa yang salah Frasa yang betul
 Gugusan pulau-pulau  Gugusan pulau

3. Menteri Perdana kita yakin bahawa generasi pascamerdeka dapat meneruskan perjuangan.
Frasa yang salah Frasa yang betul
 Menteri Perdana  Perdana Menteri
4. Mazlina berasa terlalu sedih sekali apabila dimarahi oleh kakaknya kerana menumpahkan air
di atas lantai itu.
Frasa yang salah Frasa yang betul
 terlalu sedih sekali  terlalu sedih /sedih sekali
5. Lukisan-lukisan yang cantik-cantik di galeri itu telah musnah dijilat api dalam kebakaran
yang berlaku lewat malam tadi.
Frasa yang salah Frasa yang betul
  Lukisan-lukisan yang cantik-cantik   Lukisan-lukisan yang cantik/lukisan yang cantik-cantik

6. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan murid terlibat supaya bersabar menunggu
keputusan yang bakal dibuat pada minggu hadapan.
Frasa yang salah Frasa yang betul
 sehubungan itu  sehunbungan dengan itu
Praktis 4
 
Petikan di bawah mengandungi dua belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada dua belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak
perlu menyalin petikan tersebut.
 
Petikan 1

Me re ka ya n g la h ir se b e lu m ta h u n 1990a n , p a stin ya m e m p u n ya i
p e n g a la m a n b e rm a in p e rm a in a n tra d isio n a l se p e rti b a tu Se re m b a n , g a la h
p a n ja n g , ta rik u p ih , c o n g ka k, b a lin g se lip a r, te n g te n g , g a sin g d a n se p a k
ra g a .
Na m u n , dek p e re d a ra n m a sa , p ro se s p e m b a n d a ra n da n
p e rke m b a n g a n te kn o lo ji m e n ye b a b ka n p e rm a in a n b e rke n a a n te rke n a
te m p ia s ya n g m e n g a kib a tka n n ya kia n p u p u s d ite la n za m a n .
Pe rka ra itu De ka n Fa ku lti Ba h a sa Mo d e n d a n Ko m u n ika si Un ive rsiti Pu tra
Ma la ysia (UPM) a ku i, Pro f Dr Ab d u l Mu a ti Ah m a d b ila b a n ya k g e n e ra si
m u d a h a ri in i la n g su n g ku ra n g m e n g e ta h u i p e rm a in a n te rb a b it.
Su d a h te n t u sc e n a rio itu se su a tu ya n g m e ru g ika n ke ra n a p e rm a in a n
b e rke n a a n m e ru p a ka n se b a h a g ia n d a rip a d a ka za n a h w a risa n
m a sya ra ka t Me la yu ya n g d ilu p a i se d a n g ka n p e rm a in a n in i m e m p u n ya i n ila i
se n d iri d a n p e rlu d i p e lih a ra .
(Dip e tik d a n d iu b a h su a i d a rip a d a De ka ti p e rm a in a n tra d isio n a l
O le h N o r A syikin Ma t Ha y in M y M e tro , 16 Ja n u a ri 2019)
[12 m a rka h ]
Jawapan :

Kesalahan Pembetulan
 1990an  1990-an
 Seremban  seremban
 pembandaran  perbandaran
 teknoloji  teknologi
 perkara itu Dekan Fakulti…..akui  Perkara itu diakui oleh…(UPM)
 bila  apabila
 kurang tidak
 soenario Senario
 kazanah  khazanah
 dlupai  dilupakan
 sendiri  tersendiri
 di pelihara  dipelihara
TERIMA
KASIH
Cikgu Liza

Anda mungkin juga menyukai