Anda di halaman 1dari 17

Contoh Soalan Peperiksaan

  1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


      pasti  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
      berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

      i.     Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua
             projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
      ii.    Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan
             nasional di dalam negara yang berbilang kaum.

 
  Jawapan:

      i.     Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek


             agar pelaksanaannya dapat berjalan lancar.
     ii.     Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan
             nasional di negara yang berbilang kaum.

  2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


      pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
      berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

      i.     Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi
             hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi 
             Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).

     ii.     Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

  Jawapan:
      i.     Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh
             anugerah  khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi 
             Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).

      ii.    Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.

  3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


      pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
      berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

      i.       Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
      ii.      Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.

  Jawapan:
      i.      Kain-kain sutera yang dijual di  butik itu sangat cantik.
     ii.      Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu  akan saya pakai pada  pagi
              hari raya.

  Latihan 1
  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan


      tahun yang  lalu.

  2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa  dan Angsa sejak
      kecil lagi.

  Latihan 2
  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,


      Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.
  2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang
      pintar.

 
  Latihan 3
  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan


      keselamatan bayi yang di kandung.

  2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam


      tahun," berkata pensyarah tersebut.

  Latihan 4
  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan  anekaragam," kata Alias 


      kepada ibunya.
  2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif  kalangan
      ahli persatuan ini.

  Latihan 5

  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa 
  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
  2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik
      dan perfileman tanahair.

  Latihan 6
  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi
      kepada anaknya.

  2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam


      kepada lelaki itu.

  Latihan 7
  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
  2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam
      melaksanakan tugas-tugas tersebut.

  Contoh Jawapan
  Latihan 1
  
  1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu
      semenjak lapan tahun yang lalu.

  2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa  dan angsa


      sejak kecil lagi.

  Latihan 2
  
  1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
      Vietnam, Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.

  2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang


      yang pintar.

  Latihan 3
  
  1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan
      keselamatan bayi yang dikandung. 

  2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam


      tahun," kata pensyarah tersebut.

  Latihan 4
  1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata
      Alias kepada ibunya.

  2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif  di


      kalangan ahli persatuan ini.

  Latihan 5
  
  1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan
      ekonomi negara.
  2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya
      industri muzik dan perfileman tanah air.

  Latihan 6
  
  1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya
      Ramzi kepada anaknya.

  2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam


      kepada lelaki itu.

  Latihan 7
  
  1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan
      tersebut.
  2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam
      melaksanakan tugas-tugas tersebut.

KESALAHAN LAZIM BM SPM


Kesalahan Lazim Tatabahasa
SALAH
1. daripada luar negara
2. demi untuk masa hadapan
3. di musim perayaan
4. kerana sayangkan anaknya
5. di dalam bidang ekonomi
6. mengenepikan
7. mempastikan
8. mengkagumkan
9. memperindahkan tempat itu
10. beliau adalah pemimpin
11. paling indah sekali
12. lain-lain usaha yang dilakukan
13. banyak rumah-rumah musnah
14. bilik urusetia ditutup tengahari
15. menyambut ulangtahun ke 48
16. kasih-sayang yang di curahkan
17. kumpulan anti-pengganas
18. wakil ibu-bapa yang datang
19. mereka memasuki ke negara ini
20. yang dibincangkan oleh kami
PEMBETULAN
1. dari luar negara
2. untuk masa hadapan
3. pada musim perayaan
4. kerana sayang akan anaknya
5. dalam bidang ekonomi
6. mengetepikan
7. memastikan
8. mengagumkan
9. memperindah tempat itu
10. beliau ialah pemimpin
11. paling indah / indah sekali
12. usaha-usaha lain yang dilakukan
13. banyak rumah musnah
14. bilik urus setia ditutup tengah hari
15. menyambut ulang tahun ke-48
16. kasih sayang yang dicurahkan
17. kumpulan antipengganas
18. wakil ibu bapa
19. mereka memasuki negara ini
20. yang kami bincangkan

KATA KERJA TRANSITIF


Kata Kerja Transitif

a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk
singkat -Nya,
    awalan meN- perlulah digunakan;

    “Kami sekeluarga suka makannya.” beritahuku kepada Pak Man 

    “Kami sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man 

b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat
aktif;

    Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua 

    Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua 


c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata
selain daripada
    kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;

    Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu 

    Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu 

d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat
majmuk aktif;

    Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi 

    Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi 

e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif
yang lain dalam
    binaan ayat aktif;

    Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu 

    Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu 

f.  Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada satu objek.

    - Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN-…-
kan digunakan.
    - Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan digunakan.

    Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain 

    Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain 

g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak balas
akibat perbuatan  iaitu mengalami perpindahan;

    - Kata kerja berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.
    Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak 

    Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda 

h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak
mengalami tindakbalas, iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);

    - Kata kerja berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.

    Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda 

    Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak 

i.  Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada dua objek;

    - Apitan meN-…-I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.


    - Apitan meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.

    Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu 

    Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu 

j.  Perbezaan antara meN- dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;

    - Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja
transitif
      berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
    - Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-kan boleh
menerima dua
      objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.

      Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai 


      Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai

PERBEZAAN PERKATAAN
Agen, Ejen & Agenda

1. Agen = bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau memberi kesan langsung kepada
sesuatu tindak balas.
Con: agen pencemaran, agen pengoksidaan

2. Ejen = orang dan lain-lain yang menjalankan

Con: ejen eksport, ejen perkapalan

3. Agenda = program sesuatu mesyuarat yang formal


(* Perlu diingat tiap-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyai satu atau sesuatu agenda sahaja.
* Sesuatu agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.)

Con:
Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang adalah seperti
berikut:

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa ke-2 yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Kegiatan Sukan
4.1 Sukaneka Keluarga
4.2 Pertandingan bola sepak antara mukin
5. Hal-hal lain
5.1 …
5.2 …
6. Ucapan penangguhan

_______________________________________________________________

Antara, “di antara”, dengan, “antara”

“Antara” digunakan = menunjukkan perbandingan (Con: Antara Johor dan Singapura,banyak


perbezaannya.)
= biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. ( con: Pertandingan debat antara
maktab perguruan Malaysia.
‘bukannya’ Pertandingan debat di antara Maktab A dengan Maktab B. (maktab A dan B adalah
kata nama am yang diulang)
= kata ganda yang dapat mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik. (con: mereka
berbincang antara adik-beradik.)

“ di antara” digunakan = menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.


Con: Tambak Johor terletak di antara Johor bahru dengan Singapura.
Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkt tiga.

Nota:
1. “di antara” & “antara” hanya diikuti dengan kta sendi nama dengan atau hingga bukan kata
hubung dan.
2. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata nama “antara” diikuti oleh lebih
daripada dua frasa nama.
MAKNA PERKATAAN
1. ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)

2. ulam-ulaman (sayur)

3. para-para (rak)

4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah


(kumpulan yang jahat)

5. jarang-jarang (kadang-kadang)

6. sahur (makan sebelum subuh)

7. sarapan (makan pada waktu pagi)

8. kudapan (minum pagi (10 pagi)

9. merarau (makan tengah hari)

10. mengombe (makan petang)

11. menggabi (makan malam)

12. menuruk (makan tengah malam (supper)

invesmen (labur/simpan)

hadirat (tempat duduk tetamu di Istana)

patik (anak anjing)

kaos (tapak kaki)

ahli (pakar/hebat)

kakitangan (simpulan bahasa)


SALAH & BETUL IV
Budak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan (salah)
Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul)

membincangkan akan hal itu (salah)


membincangkan tentang hal itu. (betul)

Berbincang akan hal itu. (salah)


Berbincang tentang hal itu. (betul)

dengan/dalam lain perkataan. (salah)


dengan perkataan lain (betul)

hadirin hadirat sekalin (salah)


hadirin sekalian (betul)

balik kampung (salah)


balik ke kampung (betul) - kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll)

mertua (salah)
mentua (betul)

jangan pandang belakang (salah)


jangan pandang ke belakang (betul)

Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah)


Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul)

mulai dari sekarang. (salah)


mulai sekarang (betul)
Bermula dari sekarang (betul)

Ahli bomba (salah)


Anggota bomba (betul) - 'Ahli' digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja.

baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran


baru - bermaksut 'just'(kata tugas)con: Baru makan

SALAH & BETUL III


salah satu daripada (salah)
salah satu (betul)

selain dari/daripada (salah)


selain/selain itu (betul)

SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah)


SUKMA X (betul)

sekali-sekala (salah)
sekalipun (betul)
setengah murid (salah)
sesetengah murid (betul)

ada pekerja-pekerja (salah)


ada pekerja (betul) - 'ada' membawa maksud 'terkumpul' / 'banyak'. (menunjukkan jamak, tak
boleh digandakan)

daun-daun kering berguguran (salah)


daun kering berguguran (betul) - apabila bertemu dengan imbuhan 'ber'...'an'( membawa mksud
jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan.

bintang-bintang berkerdipan (salah)


bintang berkerdipan (betul)

Ketua Menteri-ketua Menteri (salah)


Ketua-ketua menteri (betul) - kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja.

tengahari(salah)
tengah hari (betul)

Daku terkenang akan dia (salah)


Daku terkenangkan akan dia (betul) - 'Daku' mesti berakhir dengaan huruf 'n'. (terkenang (tiada n
di belakang perkataan) terkenangkan (ada 'n' di belakang perkataan)

sarapan pagi (salah)


sarapan (betul)- 'sarapan' memang digunakan hanya untuk makan pada waktu pagi. tak perlu
tambah perkataan 'pagi.'

layan diri (salah)


swalayan (betul)

cenderahati (salah)
cenderamata (betul)

pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan


pedalaman (betul)

perasmian penutup majlis (salah)


perasmian penutupan majlis (betul)

Agenda minit mesyuarat


1. Perutusan Pengerusi
2. Hal-hal lain (salah) - 'agenda' bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja

Agenda minit mesyuarat operasi


Perkara-perkara mesyuarat:
1. Perutusan Pengerusi
2. Hal-hal lain (betul)

Awalan di-, di-…-kan dan di-…-i


Awalan “di-“

Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang
subjeknya pelaku orang ketiga.

Ch.:
Ayat Contoh: (a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga)
(b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3)

(a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3)
(b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3)

(a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3)
(b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3)

Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu

Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut:

1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif.
Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.)
2. (c) Ayah membaca surat khabar.
3. (c) Raju memukul ular it.

Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran –kan; sama
seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) – 3 (a) (b)

Apitan “di-...-kan” dan “di-...-i”

Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran –kan dan –i .

Ch.:
(a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu.
(b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali.

(a) Siva membaiki radio.


(b) Radio dibaiki oleh Siva.

Makna 'Diterajui:'

Ada 4 erti teraju:


neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional)
tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang)
tali untuk meregang khemah.\
pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi.

Ayat contoh: (a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif)


(b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif)

**Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif
transitif (ayat b).

KESALAHAN STRUKTUR AYAT


1) Ayat gabungan

- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang


dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll

Contoh:
Suraya dan Yati ke sekolah
Dia bangun kemudian berjalan

- Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal


yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)


Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)

2) Ayat tergantung
- Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat
- Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di
belakang.

Contoh:
Budak itu / menangis
Subjek / predikat

- Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.

Contoh:
Siapakah / gadis itu?
Predikat / subjek
3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung”

4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan
kerana penggunaan kata yang salah.

Contoh:
Di seluruh negara mengalami banjir (salah)
Seluruh negara mengalami baanjir (betul)

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)


Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)

Yang manakah betul? (salah)


Yang manakah yang betul? (betul)

                           Panduan Untuk Ejaan Yang Gramatis

SALAH BETUL
anti agama antiagama
anti dadah antidadah
anti Israel anti-Israel
anti kapal selam antikapal selam
anti komunis antikomunis
anti lelaki antilelaki
anti nuklear antinuklear
anti perang antiperang
anti sosial antisosial
anti-aparteid antiaparteid
anti jenayah antijenayah
dwi bahasa dwibahasa
dwi budaya dwibudaya
dwi bulanan dwibulanan
dwi cabang dwicabang
dwi cara dwicara
dwi fokus dwifokus
dwi fungsi dwifungsi
dwi tahunan dwitahunan
eka atom ek atom
eka bahasa ekabahasa
eka fungsi ekafungsi
eka suku kata ekasuku kata
eka warna ekawarna
pasca ijazah pascaijazah
pasca merdeka pascamerdeka
pasca modenisme pascamodenisme
pra kata prakata
pra Olimpik pra-Olimpik
pra sejarah prasejarah
pra-moden pramoden
pra-sekolah prasekolah
pra-syarat prasyarat
pro aktif proaktif
pro Barat pro-Barat
pro kemerdekaan prokemerdekaan
pro-pembangkang propembangkang
sub tajuk subtajuk
sub-judul subjudul
sub-kelas subkelas
sub-kontraktor subkontraktor
sub-seksyen subseksyen
sub-standard substandard
tata nama tatanama
tata rias tatarias
tata susila tatasusila
tata-tertib tatatertib
tatatur / tata atur tataatur

KESILAPAN EJAAN (KATA)

SALAH BETUL SALAH BETUL


auto matif automotif geraf graf
audien audiens geharu gaharu
agreget agregat hajjah hajah
arithmetik aritmetik hurmat hormat
agen (wakil) ejen (wakil) ide idea
ampangan empangan idap hidap
aked arked iktizam iltizam
akitek arkitek impot import
analisa analisis injin enjin
atlit atlet inspekter inspektor
atnik etnik insuran insurans
anggrik anggerik Insyaallah / Insya Allah insya- Allah
baucer baucar istihar isytihar
bistari bestari istirehat istirahat
bowling boling isya isyak
buffet bufet justru justeru
bumiputra bumiputera jeket jaket
buroh buruh kampong kampung
calun calon kapitalisma kapitalisme
cocok (tusuk) cucuk (tusuk) katun kartun
cucuk (sesuai) cocok (sesuai) kefeteria kafeteria
catit catat komidi komedi
cendiawan cendekiawan komisyen komisen
cop cap (cetak) kondaktor konduktor
dasyhat dahsyat konsotium konsortium
dialog dialog kontrek kontrak
definasi definisi korum kuorum
deligasi delegasi kaptain kapten
deraf draf karenah (ragam) kerenah
durhaka derhaka kelender kalendar
efisyen efisien keredhaan keredaan
ekur ekor kerinting keriting
ehsan ihsan kianat khianat
engzos ekzos ko-kurikulum kokurikulum
ekslusif eksklusif kolestrol kolesterol
ekspot eksport komersil komersial
ekspress ekspres komplek kompleks
emel e-mel kontingen kontinjen
engkar ingkar lagenda legenda
fadhilat fadilat lakun lakon
fax faks lapuran laporan
faksimili faksimile lebel label
Febuari Februari lencungan lencongan
gembeling / gembeleng gembleng leukimia leukemia
SALAH BETUL SALAH BETUL
lojik logik protin protein
losyen losen pekej pakej
letrik elektrik pesonal (kakitangan) personel
lojistik logistik petrolium petroleum
maksima maksimum platfom platform
manafaat manfaat profail profil
masaalah masalah profesyenal profesional
mee mi sekala skala
mekanisma mekanisme sekelian sekalian
mencatit mencatat sekim skim
mengenengahkan mengetengahkan sessi sesi
megenepikan megetepikan setor stor
mengujudkan mewujudkan siksa seksa
mengwujudkan mewujudkan silaturrahim silaturahim
mentera mantera snooker snuker
merbahaya berbahaya stesyen stesen
minima minimum stokin stoking
munshi munsyi sunnah sunah
nasionalisma nasionalisme sabsidi subsidi
odit audit sanwic sandwic
oditorium auditorium selinder silinder
optima optimum skima skema
organisme organisma spesis spesies
otomatik automatik stem setem
otomobil automobil talipon telefon
pamir pamer taugeh (sayuran) tauge
paspot pasport trampil terampil
patriotisma patriotisme tulin tulen
pehak pihak ugama agama
pelancung pelancong usek usik
pemerosesan pemprosesan warong warung
pemilekan pemilikan vokasyenal vokasional
pengembala penggembala yunit unit
pengemblengan penggemblengan
pensil pensel
perabut perabot
perihatin prihatin
perlaburan pelaburan
perlancaran pelancaran
perletakan peletakan
pertunjukkan pertunjukan
pesaraan persaraan
pesiaran persiaran
plan pelan
profession profesion
prosidur prosedur

Anda mungkin juga menyukai