Anda di halaman 1dari 4

Betulkan DUA ejaan bagi kata yang salah dalam ayat-ayat di bawah dan

berikan SATU peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat-ayat tersebut

i Tindakan pengawai-pengawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal


Ehwal Pengguna membenteras kegiatan cetak rompak hanya bersifat sementara,
sekadar mematuhi arahan kerajaan.

ii Pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas di gudang simpanan barangan


elektrik di tahan oleh pihak polis kerana bersubhat dalam kes kehilangan barang-
barang elektrik yang bernilai RM1 juta.

iii Pihak Amerika Syarikat sering menuduh negara lain tidak megamalkan hak asasi
manusia, sedangkan kerajaan negara itu juga sering mezalimi pendatang asing.

iv Pak Ludin yang di buang kerja itu kini hidup lebih menderita apabila isterinya
turut diberhentikan daripada menjadi pembantu dirumah orang kaya itu.
                      
v Baju yang dibeli oleh Mardiah sejak lima tahun lalu masih eluk dan boleh di pakai
kerana harganya mahal serta dibuat daripada bahan yang berkualiti.

Betulkan EMPAT imbuhan yang salah penggunaannya dalam ayat –ayat di


bawah danberikan TIGA  peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat-ayat
tersebut.

i Mereka telah gaduh akibat pembahagian harta pusaka yang tidak adil. Namun ,
mereka telah baik semula setelah tidak tegur sapa hampir lima tahun lamanya. 
Semuanya mahu melupakan segala selisihan faham yang lalu dan membina hidup
baharu.  Mereka sedar bahawa semua manusia akan melakukan kesalahan dan
kesilapan dalam kehidupan

ii Setelah simpan  wang bertahun-tahun lamanya, Encik Raju telah berjaya beli
sebuah rumah yang selesa.  Beliau sentiasa mengingatkan anak-anak beliau  supaya
sedar bahawa jika melakukan sesuatu secara beransur-ansur, manusia akan capai
matlamat yang dihajat,  manusia juga tidak harus berhenti berusaha kerana selagi
manusia mahu berusaha, kejayaan pasti akan dicapai juga
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat
majmuk.

1. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke klinik sahaja?


2. Halim tinggal di sebelah rumah saya. Halim tidak pernah berkunjung ke
rumah saya.
3. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer. Para
pelajar dapat melayari internet.
4. Jefri yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah?
Hamsyar yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat
daerah?
5. Datuk pergi ke stor. Datuk mengambil cangkul.
6. Ayah sedang mengait buah rambutan. Abang membantu ayah menyapu
daun-daun kering.
7. Kakak sedang mengemas dapur. Kakak mendengar radio.
8. Syamil tidak dapat hadir di majlis hari jadi Faiz. Syamil pulang ke
kampung. Syamil memberitahu rakan baiknya.
9. Regina akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi. Thea akan menyertai
lawatan ke Pulau Langkawi.
10. Ariyan masuk ke kelas kami. Ariyan mengedarkan borang penyertaan
kokurikulum.
11. Saya datang lewat ke sekolah. Bas sekolah yang saya naiki rosak.
12. Cuaca agak terik. Budak-budak itu tetap bermain bola di padang.
13. Zahid hendak membeli buku Sains. Zahid ke kedai buku.
14. Pak Ismail mengaut sampah di dalam longkang itu. Pak Ismail membuang
sampah itu ke dalam plastik sampah.
15. Suzana menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat. Amir
menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat.

Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat


majmuk sahaja.

          Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan. Fenomena ini


berlaku di Malaysia. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Hampir setiap hari
media cetak menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Hampir setiap hari
media elektronik menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Pencemaran ini
bukan terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat. Terdapat juga
pencemaran air, udara dan bunyi juga.

Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal


tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan
masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja
tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka
memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari
laman-laman yang tidak berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai