Anda di halaman 1dari 3

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA A.

Kesalahan istilah: Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Contoh 1: Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Contoh 2: Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. B. Kesalahan tatabahasa: Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa. Contoh 1: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Contoh 2: Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu. Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

Dalam setiap ayat di bawah ada satu kesalahan, kenal pasti kesalahan tersebut dengan menggariskannya lalu menulis cadangan jawaban yang sesuai untuk menggantikannya. 1. Ada-ada saja yang tak kena kepada hati Puan Lina. 2. Guru sekolah kami rajin mengajar tetapi semua pelajar-pelajar di dalam kelas kami tidak. 3. Kursus yang dijalankan secara insentif itu mendapat sokongan daripada semua pihak. 4. Guru itu sudah memecat jawatannya minggu lepas. 5. Sebagai akibat penurunan mata wang Yen Jepun, pendudukan ekonomi di beberapa negara lain turut terjejas. 6. Encik Looi tidak dapat menghadiri ke majlis itu kerana isterinya sakit. 7. Encik Azli dirawat di hospital kerana diserang kesakitan jantung. 8. Para pelajar itu gembira kerana berpeluang menemui dengan Perdana Menteri. 9. Walaupun Maznah kurang upaya, saya terpikat dengan budi bahasanya yang baik. 10. Sesetengah ibu bapa terlalu termanjakan anak-anak mereka. 11. Semua pihak harus serious menangani kegiatan jenayah di sekolah. 12. Puan Chia gayat apabila diberitahu bahawa anaknya kemalangan. 13. Pemandu itu ditahan polis kerana memandu secara merbahaya. 14. Petani itu mendirikan gerai di tepi jalan untuk menjual hasil pertaniannya. 15. Hamizah mengundang banyak kawan-kawannya ke majlis kesyukuran itu. 16. Kelab Kembara menganjuri perkhemahan di Air Terjun Lata. 17. Ibu dan ayah sayalah yang dorong saya hingga mencapai kejayaan ini. 18. Para hadirin bertepok tangan setelah beliau selesai berucap. 19. Puan Doshan tidak pernah menyebelahi sesiapa pun dalam pertelingkahan kedua-dua orang anaknya itu. 20. Kamariah menangis tersedak-sedak apabila menerima berita kematian itu.

1. kepada --> pada 2. semua pelajar-pelajar --> semua pelajar 3. insentif --> intensif 4. memecat --> meletakkan 5. pendudukan --> kedudukan 6. menghadiri ke --> menghadiri / menghadirkan diri ke / hadir ke 7. kesakitan --> sakit 8. menemui --> bertemu 9. terpikat dengan --> terpikat oleh 10. termanjakan --> memanjakan 11. serious --> serius 12. gayat --> cemas / bimbang / gementar 13. merbahaya --> berbahaya 14. mendirikan --> membuka 15. banyak kawan-kawan --> banyak kawan 16. menganjuri --> menganjurkan 17. dorong --> mendorong 18. bertepok --> bertepuk 19. pertelingkahan kedua-dua --> pertelinkahan antara kedua-dua 20. tersedak-sedak --> teresak- esak

Anda mungkin juga menyukai