Anda di halaman 1dari 1

Kesalahan tatabahasa PT3

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
perlu menyalin ayat itu semula.

Latihan 1

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi. -dari

2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan
kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka. -

3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm itu lebih
prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm mereka.

4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan mereka
mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu.

6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan-pelanggan
sempena cuti sekolah.

7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah- buahan tempatan seperti durian dan manggis .

8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid­
muridnya.

9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak berkuasa musnahkan.

10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah terpikat kepada keindahan Pulau lioman ketika kali
pertama berkunjung ke pulau itu.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut. Anda perlu menyalin
ayat itu semula.

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutama pada bulan Ramadan

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada orang
ramai.

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang musim perayaan berpunca daripada sikap peniaga yang
menangguk di air keruh.

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan tahunan dan
acara merentas desa.

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan pendatang tanpa izin dapat dikurangkan demi menjaga
imej negara.

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan antara
kaum.

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit hati itu .

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan itu amat mengkagumkan para panel juri yang rnengadili
acara berkenaan.

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha mernajukan barangan tempatan ialah menghadkan pengirnportan
barangan berjenarna dari luar negara.

10. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis akan mengambil masa yang jauh sekiranya seseorang itu menggunakan

Anda mungkin juga menyukai