LATIHAN SPM 13
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Pihak guru sahaja tidak mampu mengawal pelajar-pelajar yang merokok jika ibu bapa
tidak mengambil berat terhadap anak mereka.
Pelajar-pelajar yang merokok tidak mampu dikawal oleh pihak guru sahaja jika ibu bapa
tidak mengambil berat terhadap anak mereka.
2. Shafiq mengajak Wan menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada
malam ini.
Wan diajak oleh Shafiq menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada
malam ini.
3. Asap tebal menyelubungi seluruh daerah itu selama beberapa jam akibat kebakaran
kilang mercun.
Seluruh daerah itu diselubungi oleh asap tebal selama beberapa jam akibat kebakaran
kilang mercun.
4. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian
akademik pelajar tahun ini.
Program ini kami adakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik
pelajar tahun ini.
5. Beliau sentiasa memberi sokongan terhadap usaha yang kami lakukan.
Sokongan terhadap usaha yang kami lakukan sentiasa diberikan sokongan oleh beliau.
LATIHAN SPM 14
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.
Bunga telur itu dibuat oleh Mimi untuk majlis perkahwinannya.
2. Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak.
Beg pakaian yang besar dibawa oleh Halim ke Sarawak.
3. Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.
Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.
4. Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
5. Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan
itu.
Badan peserta gimnastik Austria itu digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.
LATIHAN SPM 15
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.
2. Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu.
Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu.
3. Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi
bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka.
Semua anak buah syarikat itu diingatkan oleh pengarahnya agar sentiasa berbudi bahasa
sewaktu melayani pelanggan mereka.
Semua anak buah beliau diingatkan oleh pengarah syarikat itu agar sentiasa berbudi
bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka.
4. Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanan beberapa hari yang lepas.
Karnival Keusahawanan telah diadakan oleh sekolah kami beberapa hari yang lepas.
5. Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat sesuai dengan kehendak wawasan
negara.
Teknologi maklumat perlu dikuasai oleh belia hari ini sesuai dengan kehendak wawasan
negara.