Anda di halaman 1dari 20

TATABAHASA PRA SPM

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

LATIHAN 1
1. Puan Azizah telah memanggil Azmi kerana memecahkan pasu bunga. Azmi telah dipanggil oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.

2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah. Tingkah laku anak-anak haruslah diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.

3.Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu. Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah telah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.

4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah. Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.

5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Sampan itu didayung dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN 2
Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri. Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula. Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan. Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur. Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

Latihan 3
Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti. Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti. Ali telah mengambil buku itu semalam. Buku itu telah diambil oleh Ali semalam. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam. Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam. Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air. Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.

Latihan 4
1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.

2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga. 4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut. Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh beliau. 5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

Latihan 5
Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang. Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera. Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda. Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian. Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa. Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

Latihan 6
Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi pembangunan Struktur Informasi menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya. Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan. Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva. Buah rambutan di belakang rumah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur. Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun yang gugur.

Latihan 7
Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan. Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai. Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang cemerlang. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan Awam daripada pelajar yang cemerlang. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik. Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Pahlawan itu dianugerahi baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Latihan 8
Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak sejak kecil lagi. Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil lagi. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM. Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi. Pendulik kanak-kanak itu ditangkap oleh polis pada pagi tadi. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman. Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

Latihan 9
Mereka ke sekolah dengan menaiki bas. Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu. Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung. Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah. Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.

Latihan 10
Ahmad menendang bola itu ke pintu gol. Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin. Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah. Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga. Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera. Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

Latihan 11
Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan. Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan. Raket badminton Iswan mahu disimpan oleh Irna sebagai kenang-kenangan. Pihak kerajaan akan memberikan intensif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Intensif akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar. Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan perubatan. Jurusan perubatan akan saya pilih jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Latihan 12
Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat bersaing dengan bangsa lain. Ilmu pengetahuan dan kemahiraan harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing dengan bangsa lain. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen sebelum dihantar ke mahkamah. Segala dokumen diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah sebelum dihantar ke mahkamah. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu. Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara larian merentas desa. Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara larian merentas desa. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka. Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.

Latihan 13
Pihak guru sahaja tidak mampu mengawal pelajar-pelajar yang merokok jika ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak mereka. Pelajar-pelajar yang merokok tidak mampu dikawal oleh pihak guru sahaja jika ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak mereka. Shafiq mengajak Wan menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini. Wan diajak oleh Shafiq menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini. Asap tebal menyelubungi seluruh daerah itu selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun. Seluruh daerah itu diselubungi oleh asap tebal selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar tahun ini. Program ini kami adakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar tahun ini. Beliau sentiasa memberi sokongan terhadap usaha yang kami lakukan. Sokongan terhadap usaha yang kami lakukan sentiasa disokong oleh beliau.

Latihan 14
Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya. Bunga telur itu dibuat oleh Mimi untuk majlis perkahwinannya. Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak. Beg pakaian yang besar dibawa oleh Halim ke Sarawak. Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis. Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis. Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura. Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek saya di Singapura. Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan itu. Badan peserta gimnastik Austria itu digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.

Latihan 15
Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya. Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu. Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu. Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu. Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka. Semua anak buah syarikat itu diingatkan oleh pengarahnya agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka. Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanaan beberapa hari yang lepas Karnival Keusahawanan telah diadakan oleh sekolah kami beberapa hari yang lepas. Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat sesuai dengan kehendak wawasan negara. Teknologi maklumat perlu dikuasai oleh belia hari ini sesuai dengan keehendak wawasan negara.

Anda mungkin juga menyukai