Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN SPM 1

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam. 
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.

LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.
2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.
3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.
5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudahmembuat  ulang kaji.

LATIHAN SPM  5
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak
nakal.
3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya  memperoleh ‘A’ dalam
peperiksaan percubaan SPM.
4. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.
5. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.

LATIHAN SPM  6
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.
2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di dalamnya
memberikan ilmu kepada mereka.
3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.
4. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.
5. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.
Jawapan

LATIHAN SPM 1
1. Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
Atau Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
1. Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.
3. Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula. Atau Kerusi-kerusi
itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.
5. Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
1. Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.
2. Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.
3. Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.
4. Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.
5. Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.

LATIHAN SPM 4

1. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.


2. Mereka memegang jawatan yang sangat penting.
3. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
4. Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah.
5. Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji.

LATIHAN SPM 5

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.
3. Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh ’A’ dalam
peperiksaan percubaan SPM.
4. Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama.
5. Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi.

LATIHAN SPM 6

1. Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu.


2. Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di dalamnya
memberikan ilmu kepada mereka..
3. Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh.
4. Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu.
5. Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai