Anda di halaman 1dari 2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(30 markah)
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (6 markah)

i) beras - biras
ii) tegas - teras
iii) sifat - sikap
[6 markah]

(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya. (6 markah)

i) Kejadian jenayah semakin meningkat di negara kita. Kejadian jenayah dilakukan oleh
pendatang asing.

ii) Mira memasak lauk kegemaran keluarga mereka di dapur. Kakak Mira membersihkan
ruang tamu rumah mereka.

iii) Guru Sejarah kami telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah. Guru
Sejarah kami berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Shazwan menghadiahkan ibunya seutas jam tangan kerana meraiekan ibunya yang
baru sahaja dinaikkan pangkat.

(ii) Proses pengtinan nenas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi
dari negara Jepun..

(iii) Kakak selalu menggunakan losyen melembab muka sebelum dia tidur.
[6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Murid-murid di sekolah itu saling bantu-membantu menjayakan projek Taman Herba
di kawasan gersang di belakang kantin sekolah.
(ii) Senarai peserta-peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan pada
pengetua untuk diluluskan.

(iii) Orang yang berusaha rajin kebanyakannya adalah orang yang tidak mengenal erti
kecewa dan putus asa untuk mencapai segala impiannya.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam ayat tersebut.
    
(i) Semasa dalam perjalanan ke pejabat, Aidil terlibat dalam kecelakaan jalan raya
kerana kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan.

(ii) Prestasi kerja Salim sangat lemah kerana dia hanya akan melakukan sesuatu kerja
apabila diarahkan oleh majikannya.

(iii) Suzana tidak lagi diterima oleh keluarga Rizal kerana sikapnya sombong dan suka
menunjuk-nunjuk kekayaannya. Rizal tidak lagi menemuinya atau menjemputnya ke
rumah tetapi Suzana tidak malu, dia masih datang ke rumah Rizal walaupun tidak
dijemput.   [6  markah]

Anda mungkin juga menyukai