Anda di halaman 1dari 3

MODUL PdP

#LEARNING@HOME
BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TAHUN 2020

BAHASA MELAYU KERTAS 2


KEMAHIRAN TATABAHASA : SET 9

Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

1
LATIHAN PENGUKUHAN
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

SET 9
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama
khas.

(i) hidup-hidup

(ii) hampir-hampir

(iii) bulat-bulat

(iv) mentah-mentah

(v) comel-comel

(vi) oleh-oleh

(b) Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

(i) Majalah lama itu diberi kepada kawannya untuk disimpan di dalam stor.

(i) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

(ii) Penduduk kampung berlari ke tepi pantai untuk melihat ikan paus yang terdampar
di situ.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pesisiran pantai atau kawasan tanah tinggi yang menyajikan keindahan alam
semula jadi dan landskap yang menarik ialah lokasi paling sesuai untuk
beristirehat sambil menenangkan fikiran.

(ii) Hasrat tiga orang lelaki untuk melarikan sebuah kereta milik seorang pengurus
besar tidak tersampai apabila kenderaan yang dilengkapi dengan sistem
keselamatan berfekuensi radio itu dimatikan di tepi jalan berhampiran dengan
Plaza Tol Sungai Buloh.

(iii) Kerja-kerja penglebaran Jambatan Pulau Pinang dilakukan untuk mengurangkan


masalah kesesakkan lalu lintas.

2
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Banyak negara Afrika pada masa kini mengalami ketidakamanan politik.

(ii) Kerosakan lampu besar di Stadium Darul Aman menyebabkan perlawanan bola
sepak yang sedang berlangsung di antara pasukan Pulau Pinang dengan pasukan
Kedah terpaksa ditangguhkan.

(iii) Misteri kehilangan adik Sharlinie Mohd Nasar masih menjadi perbualan panas
dalam kalangan penduduk hingga ke hari ini.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-
kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Masyarakat Malaysia merangkumi orang awam, pihak sekolah, kakitangan awam dan swasta
haruslah bersatu padu dan bekerjasama secara bersungguh-sungguh tatkala mencuba
menyelesaikan masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Para ibu bapa tidak boleh memandang enteng dalam hal ini. Mereka sewajarnya mendidik anak-
anak mereka bergaul dengan semua kaum tanpa memilih warna kulit dan darjat. Masyarakat pula
tidak harus mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan persekitaran
mereka. Sekiranya tiada pihak yang mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, maka usaha
memupuk semangat muhibah dan perpaduan, sudah tentu akan menjadi realiti.

Anda mungkin juga menyukai