Anda di halaman 1dari 8

Beri makna simpulan bahasa di bawah ini dan kemudian bina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut: 1.

hati bugis Makna : seorang yang berani Ayat : Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan Melayu yang mempunyaihati bugis. 2. Orang dapur Makna : orang perempuan Ayat : Sudah lama Mak Ngah teringin untuk mendapat orang dapur kerana semua anaknya lelaki. B. Membina Ayat daripada Peribahasa Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah. 1. jauhari juga mengenal manikam Bertanyalah kepada orang yang arif tentang undang-undang kerana jauhari juga mengenal manikam 2. Belakang parang diasah lagikan tajam Walaupun sudah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, namun Mahani yakin bahawa belakang parang diasah lagikan tajam

C. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa yang paling sesuai. 1. Ramasami memberikan pelbagai alasan apabila rakan-rakannya mengajaknya pergi ke perpustakaan (hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih) 2. Pak Cik Mahadi memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak mahu mengamalkan semua ilmu yang ada padanya itu. (laksana pohon kayu tidak berbuah)

D. Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Petikan Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan pengorbanan dan kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan dahulu. Setiap bulan keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat menyimpan wang walaupun sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya bankrap kerana dia tidak dapat membayar hutang piutang kepada pihak bank.

1. lupa daratan / lupa diri 2. berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap 3. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Showing newest posts with label Tatabahasa - morfologi (jawapan).Show older posts Showing newest posts with label Tatabahasa - morfologi (jawapan).Show older posts
28.7.11

Membina ayat (iii)


(i) Saya sentiasa ingat akan nasihat yang diberikan oleh ibu yang berada di kampung, kata Ali. (ii) Seingat Hashim, adiknya tidak pernah berselisih faham dengan jirannya itu. (iii) Ahmad memang seorang pengingat yang baik kerana masih dapat mengecam rakannya yang sudah lama tidak ditemuinya itu. (iv) Peringatan Kassim tidak dipedulikan oleh budak yang nakal itu. (v) Mukhlis masih teringat-ingat akan peristiwa malang yang menimpa sahabat baiknya dua tahun yang lepas. (vi) Beliau akan hadir dalam majlis yang diadakan untuk memperingati jasa pejuang kemerdekaan itu.
ASPEK: PADA

T AT AB AH AS A - MORFO LOGI ( JAWAP AN) 2 2 : 16

DIKIRIM OLEH MONASRIM

8.11.07

Membina ayat (i)


Latihan 1 (i) saksi Ahmad merupakan saksi pihak pendakwa dalam perbicaraan tersebut. (ii) disaksikan Peristiwa yang bersejarah itu disaksikan oleh rakyat menerusi televisyen. (iii) kesaksian Kesaksian orang yang melihat kejadian itu amat penting untuk membantu pihak polis. (iv) musnah

Harapannya untuk meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia telah musnah kerana pencapaiannya yang tidak memuaskan dalam peperiksaan. (v) dimusnahkan Rumah penduduk Palestin di Tebing Barat telah dimusnahkan oleh tentera Israel. (vi) kemusnahan Kemusnahan hutan yang semakin serius perlu ditangani segera oleh Jabatan Alam Sekitar.
ASPEK: PADA

T AT AB AH AS A - MORFO LOGI ( JAWAP AN) 0 8 : 33

DIKIRIM OLEH MONASRIM

Membina ayat (ii)


Latihan 1 (i) pergi Puan Aminah telah pergi ke rumah anaknya di Ipoh. pemergian Pemergian Ali ke Kuala Lumpur direstui oleh ibunya. (ii) jauh Walaupun tempat itu masih jauh, Pak Ahmad tetap tabah meneruskan perjalanannya. berjauhan Aminah dan Siti jarang-jarang berjumpa kerana mereka tinggal berjauhan antara satu sama lain. (iii) tenteram Suasana yang tenteram di rumah memudahkan Ali untuk mengulang kaji pelajaran. ketenteraman Semua rakyat Malaysia mesti bersatu padu menjaga ketenteraman negara. Latihan 2 (i) Setelah kemarahan ayah reda barulah kami berani menegurnya dan meminta maaf atas kesalahan yang kami lakukan. Jangan redah saja kawasan hutan itu kerana ada laporan bahawa terdapat binatang buas di situ, pesan Pak Abu kepada anggota pasukan Pengakap. (ii) Pada cuti semester yang lalu, Ali bekerja sambilan di restoran makanan segera di Shah Alam. Luasnya alam semesta ini menunjukkan betapa hebatnya kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. (iii) Jangan Ialai sewaktu melintas jalan, pesan ibu kepada kami. Kassim sudah lali mendengar leteran ibu setiap kali dia pulang lewat ke rumah. Latihan 3

(i) Rumah pusaka ini perlu kamu jaga dengan baik walaupun ayah telah tiada, kata Pak Abu kepada anak saudaranya. Penduduk kampung itu diminta berjaga-jaga supaya tidak diserang wabak taun. (ii) Haiwan yang jinak di taman itu menarik perhatian para pengunjung. Ramli mula berjinak-jinak dengan perniagaan setelah sekian lama bekerja sebagai petani. (iii) Keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan menyebabkan Ali lambat sampai ke pejabat. Orang ramai bersesak-sesak di pasar raya yang menawarkan potongan harga itu.

Menggabungkan ayat
Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan ayat-ayat itu. Iklan memainkan peranan.Peranan iklan sangat penting.Iklan mempengaruhi pengguna.Pengguna membeli barangan.Pengguna menggunakan perkhidmatan.Iklan mempunyai kuasa yang tersembunyi.Iklan mampu mendorong pengguna membeli sesuatu barangan.Barangan itu sebenarnya tidak diperlukan.Kini, bidang pengiklanan di negara ini telah menjadi industri.Industri ini mendatangkan keuntungan.Industri ini cepat berkembang.

Memisahkan ayat
Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat dasar.Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek dan aktiviti pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri.Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan juga untuk membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.Oleh sebab itu, badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan remaja dan masyarakat umum.

Mengenal pasti perkataan yang tertinggal dalam ayat


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua perkataan yang tertinggal.Tulis semula setiap ayat dengan menambahkan perkataan yang tertinggal itu dan garisi perkataan yang anda tambah itu. (i) Gugusan Melayu memang masyhur semenjak abad ke-15 sebagai kawasan rempah

ratus. (ii) Persatuan Bekas Perajurit mengadakan program untuk ahlinya pada persaraan mereka. (iii) Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan akan pembangunan di Sepang.

Menukar cakap ajuk kepada cakap pindah


Tulis dialog di bawah ini semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Siti : Hai, Ani! Mengapa termenung? Ani : Aku susah hati. Peperiksaan dah dekat tapi aku belum bersedia. Siti : Kita mesti belajar betul-betul. Ani : Siti, boleh kautolong aku? Siti : Bagaimana? Ani : Pinjamkan nota-nota pelajaran. Aku hendak baca dan salin. Siti : Boleh, tapi engkau mesti berjanji akan tekun belajar. Ani : Janji. Aku pun nak berjaya macam orang lain.

Menukar ayat aktif kepada ayat pasif


Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Saya menulis surat itu kepada ibu untuk bertanyakan khabar. (ii) Ali membaiki kereta Encik Ahmad pada petang semalam. (iii) Ibu bapa harus mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Showing newest posts with label Tatabahasa - sintaksis (jawapan).Show older posts Showing newest posts with label Tatabahasa - sintaksis (jawapan).Show older posts
28.7.11

Mengenal pasti perkataan yang tertinggal dalam ayat (ii)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua perkataan yang tertinggal.Tulis semula setiap ayat dengan menambahkan perkataan yang tertinggal itu.Garisi perkataan yang anda tambahkan itu. (i) Jambatan dibina oleh penduduk kampung gotong-royong itu dijangka siap dua atau tiga hari lagi. (ii) Ahmad membeli akhbar dan sebuah buku di kedai yang berhampiran pejabatnya. (iii) Tindakan yang mesti diambil untuk membendung gejala rasuah berleluasa dalam kalangan masyarakat.
ASPEK:

T AT AB AH AS A - S I NT AKS I S ( JAWAP AN)

DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA

23:10
1.1.08

Menggabungkan ayat
i. Iklan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengguna membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan. ii. Iklan mempunyai kuasa yang tersembunyi sehingga mampu mendorong pengguna membeli sesuatu barangan walaupun barangan itu sebenarnya tidak diperlukan. iii. Kini, bidang pengiklanan di negara ini telah menjadi industri yang menguntungkan dan cepat berkembang.
ASPEK:

T AT AB AH AS A - S I NT AKS I S ( JAWAP AN)

DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA

09:56

Memisahkan ayat
i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri. ii. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri. iii. Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan untuk membina kesedaran berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. iv. Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan untuk mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

v. Badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan remaja. vi. Badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan masyarakat umum.

Mengenal pasti perkataan yang tertinggal dalam ayat


(i) Gugusan kepulauan Melayu memang masyhur semenjak abad ke-15 sebagai kawasan tanaman rempah ratus. (ii) Persatuan Bekas Perajurit mengadakan program untuk membantu ahlinya pada masa persaraan mereka. (iii) Pengisytiharan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan akanmeningkatkan / merancakkan pembangunan di Sepang.

Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah


Siti ingin tahu akan sebab Ani termenung. Ani menjelaskan bahawa dia susah hati kerana peperiksaan kian menjelang sedangkan dia belum membuat persiapan yang mencukupi. Siti mengingatkan Ani bahawa mereka mesti belajar bersungguh-sungguh. Ani meminta kepastian daripada Siti sama ada Siti boleh membantunya. Siti meminta penjelasan lanjut daripada Ani berhubung dengan hal itu. Ani menjelaskan bahawa dia hendak meminjam nota pelajaran Siti kerana dia hendak membaca dan menyalinnya. Siti memberitahunya bahawa dia tidak keberatan dengan syarat Ani mesti belajar bersungguh-sungguh. Ani berjanji bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh kerana dia juga mahu berjaya seperti pelajar-pelajar yang lain.

Menukar ayat aktif kepada ayat pasif


(i) Surat itu saya tulis kepada ibu untuk bertanyakan khabar. (ii) Kereta Encik Ahmad dibaiki oleh Ali pada petang semalam. (iii) Anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Anda mungkin juga menyukai