Anda di halaman 1dari 4

1) Tukarkan ayat yang bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan

biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Beberapa hari yang lalu Pak Abu telah menjual sawah di hujung kampung itu kepada
seorang lelaki.
(ii) Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, belum pernah terdetik di hati
Linda untuk meninggalkan kerjayanya sekarang
(iii) Bagi memenangi pertandingan badminton yang akan datang, pasangan anak beranak
itu berlatih dengan bersungguh-sungguh.

2) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

(i) Tenaga hidro ialah sumber tenaga yang paling meluas penggunaannya kerana
mewakili 19 peratus daripada keseluruhan penjanaan tenaga eletrik.
(ii) Pencuri motorsikal akan meleraikan bahagian-bahagiannya sebelum dijual kepada
pihak lain yang bersubahat dengan kegiatan mereka yang bersalahan undang-undang itu.
(iii) Tanaman buah-buahan yang diusahakan itu dapat mengimbang rutin harian beliau
sebagai penulis lagi pun kegiatan itu memberikan kepuasan kepadanya.

3) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama
lima setengah tahun.
(ii) Lukisan yang paling cantik sekali dalam pameran itu memikat perhatian para pencinta
seni tanah air.
(iii) Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Johor membanjiri stadium itu untuk
menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Johor dengan pasukan Kelantan
yang berlangsung pada malam semalam.
4) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Ibu bapa berperanan penting untuk mencorakkan kehidupan anak-anaknya. Hal ini
disebabkan, semua perlakuan dan sikap anak-anak ditiru daan diambil daripada ibu bapa
mereka. Jika ibu bapa seorang pemuzik, tidak mustahil anak mereka juga
berkecenderungan menjadi ahli muzik.
(ii) Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bandar kian luntur. Hal ini demikian
kerana masing-masing sibuk bekerja dan membuat hal masing-masing. Mereka juga
bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan hal masyarakat di
sekeliling.
(iii) Ali yang telah dituduh mencuri dompet rakan sekelasnya berjumpa dengan guru
disiplin untuk memberitahu bahawa bukan dia yang mencuri sebaliknya dia telah
dianiaya.

5) Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan
maksud dan struktur asalnya.

Dua orang nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak apabila bot mereka karam dipukul
ombak besar ketika menangkap ikan di perairan Pulau Beras Basah, Langkawi, Kedah.
Setelah hampir sembilan jam terapung-apung di tengah laut, akhirnya mereka
diselamatkan oleh sebuah kapal dagang Indonesia yang melalui perairan itu.

6) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Fenomena ombak besar sunami yang kali pertama berlaku dalam sejarah negara berikutan
bergegar gempa bumi dasar laut yang berpusat di utara Sumatera pada 20 Disember 2004
memberikan pengajaran besar kepada kita yang selama ini teranggap bahawa Malaysia
terselamat daripada mala petaka seumpama itu. Tidak ada sesiapa pun yang wajar
dipersalahkan berikutan trajedi yang telah meragut lebih 60 nyawa dan kemusnahan besar
di negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia kerana sememangnya kita belum bersedia
hadapi bencana sedemikian rupa.
7) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Salmiza telah menghiris ikan merah untuk dimasak oleh saya bersama-sama rakan
tengah hari ini.
ii. Setiap pagi Danial Iskandar pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi dengan
menumpang motosikal ayahnya.
iii. Koperal itu tidak mengindahkan kecederaan yang dialami sebaliknya mengejar
terus peragut itu.

8) Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa di bawah.


i. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
ii. Air dicencang tidak akan putus
iii. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

9) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal.
i. Universiti Malaya merupakan pusat pengajian tinggi yang telah banyak melahirkan
tokoh berwibawa.
ii. Kemalangan jalan raya itu bukan berlaku pada hari ini tetapi semalam.
iii. Empangan Timah Tasuh sebuah tasik buatan yang terletak di Perlis.

10) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

i. Cikgu Hasroni meminta murid-muridnya supaya memberikan definasi yang tepat


tentang konsep teknologi hijau dalam penghidupan pada hari ini.
ii. Filem Seniman Bujang Lapuk telah mempopularkan nama Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee dan beberapa pelakun yang berzaman dengan beliau.
iii. Bidang pelancongan di Malaysia mampu dimajukan memandang prospetnya yang
besar pada peringkat antarabangsa.
11) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Balai rawatan itu dibuka di setiap hari mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan
dikendalikan oleh tiga orang doktor.
ii.Pengemis yang berpakaian kusut-masai itu tidur di bawah pokok dengan beralaskan
surat khabar.
iii.Penjenayah warga asing itu saling berbalas-balas tembakan dengan pihak polis
selepas kereta yang dipandu oleh mereka tergelincir di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Anda mungkin juga menyukai