Anda di halaman 1dari 4

(iii) Dia sedar bahawa sesuatu kejayaan bergantung pada usaha yang gigih. Dia sedar.

Sesuatu kejayaan bergantung pada usaha yang gigih. Set 10 Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Dia mengambil perca kain untuk membalut luka pada tangannya. Perca kain diambilnya untuk membalut luka pada tangannya. (ii) Pak Cik Imran membeli sebuah buku cerita untuk anaknya. Sebuah buku cerita untuk anaknya dibeli oleh Pak Cik Imran. (iii) Kami memberikan sumbangan kepada mangsa banjir melalui tabung khas di sekolah. Sumbangan kepada mangsa banjir kami berikan melalui tabung khas di sekolah.

SISTEM EJAAN DAN IMBUHAN

Set 1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Tanah yang kering itu merkah kerana terkurang air akibat musim kemarau. Tanah yang kering itu merekah kerana kekurangan air akibat musim kemarau. (ii) Segelinter ibu bapa pada masa kini menghadapi masalah besar dalam didikan anak-anak remaja mereka. Segelintir ibu bapa pada masa kini menghadapi masalah besar dalam mendidik anak-anak remaja mereka. (iii) Perdana Menteri menurunkan tanda tangan pada plak itu sebagai tanda perasmian Kempen Budi Bahasa. Perdana Menteri menurunkan tandatangan pada plak itu sebagai tanda merasmikan Kempen Budi Bahasa.

Set 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Ezren mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang anjuran oleh Persatuan Bahasa Inggeris. Ezren mendapat tempat ketiga dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Inggeris. (ii) Tukang rumah itu mendengari radio sambil memasang kikisi di rumah jirannya. Tukang rumah itu mendengar radio sambil memasang kekisi di rumah jirannya. (iii) Kajian yang dijalankan menunjukkan betapa jerebu peninggalan kesan yang negativ terhadap kesihatan manusia. Kajian yang dijalankan menunjukkan betapa jerebu meninggalkan kesan yang negatif terhadap kesihatan manusia.

47

Set 3 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Jenerasi muda perlu menghayati pengorbanan dan jasa yang telah mencurah oleh perajurit tanah air. Generasi muda perlu menghayati pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan oleh perajurit tanah air. (ii) Masyarakat seharusnya turut bermain peranan dalam membandung masalah sosial dalam kalangan remaja. Masyarakat seharusnya turut memainkan peranan dalam membendung masalah sosial dalam kalangan remaja. (iii) Sebagai pengerusi majlis, Izhar bertanggungjawab untuk kepastian semua aturcara dimuatkan dalam buku program. Sebagai pengerusi majlis, Izhar bertanggungjawab untuk memastikan semua atur cara dimuatkan dalam buku program.

Set 4 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Wang penebusan sebanyak RM1 juta telah diserahkan kepada para pencolek oleh orang kaya itu. Wang tebusan sebanyak RM1 juta telah diserahkan kepada para penculik oleh orang kaya itu. (ii) Abang kelihatan terpesuna melihat kejelitawan gadis yang diperkenalkan oleh kakak kepadanya. Abang kelihatan terpesona melihat kejelitaan gadis yang diperkenalkan oleh kakak kepadanya. (iii) Pemilik kedai alatulis yang baru dibuka itu mengadakan pertandingan cipta logo. Pemilik kedai alat tulis yang baru dibuka itu mengadakan pertandingan mencipta logo.

Set 5 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Untuk mengwujudkan perpaduan kaum, Perdana Menteri sering menekankan sikap bertolak ansor antara satu sama lain. Untuk mewujudkan perpaduan kaum, Perdana Menteri sering menekankan sikap bertolak ansur antara satu sama lain. (ii) Golongan wanita wajar memainkan peranan dalam pembangunan negara dan tidak tinggal di cerok dapur sahaja. Golongan wanita wajar memainkan peranan dalam membangunkan negara dan tidak tinggal di ceruk dapur sahaja. (iii) Ayah membawa adik ke kelinik untuk mendapat rawatan doktor kerana badan adik dijangkiti ruam panas. Ayah membawa adik ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor kerana badan adik dijangkiti ruam panas.

48

Set 6 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Ideanya selalu menerima oleh gurunya kerana lojik dan bernas. Ideanya selalu diterima oleh gurunya kerana logik dan bernas. (ii) Tahir yang kejiranan dengan Yazid memboncing motosikal Yazid setiap hari ke tempat kerjanya. Tahir yang berjiran dengan Yazid membonceng motosikal Yazid setiap hari ke tempat kerjanya. (iii) Sarjan Ahmad telah berkecempung dalam pasukan polis berlama 20 tahun. Sarjan Ahmad telah berkecimpung dalam pasukan polis selama 20 tahun. Set 7 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Gulungan muda hari ini lebih suka pekerja makan gaji daripada berniaga. Golongan muda hari ini lebih suka bekerja makan gaji daripada berniaga. (ii) Datuk Khalid membeli set barang kemas untok dihadiahi kepada isterinya. Datuk Khalid membeli set barang kemas untuk dihadiahkan kepada isterinya. (iii) Para atlit mula mendaftarkan nama di kampungan sukan itu sejak semalam. Para atlet mula mendaftarkan nama di perkampungan sukan itu sejak semalam. Set 8 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Beg yang digalasnya bercampak ke tengah jalan apabila diragut oleh seorang pemuda yang menungang motosikal. Beg yang digalasnya tercampak ke tengah jalan apabila diragut oleh seorang pemuda yang menunggang motosikal. (ii) Nenek tidak dapat mendengar kerana telinganya pekak dan pandangnya pula kabor. Nenek tidak dapat mendengar kerana telinganya pekak dan pandangannya pula kabur. (iii) Ahli silap mata itu memperlihatkan hebatannya membakar tangannya tanpa hangos. Ahli silap mata itu memperlihatkan kehebatannya membakar tangannya tanpa hangus. Set 9 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Pelita itu dipadam apabila dihembos angin. Pelita itu terpadam apabila dihembus angin. (ii) Perserta larian yang kelihatan lemah itu akhirnya jaya tiba di garisan penamat. Peserta larian yang kelihatan lemah itu akhirnya berjaya tiba di garisan penamat. (iii) Pamiran kereta nasional itu dilangsung selama sebulan. Pameran kereta nasional itu berlangsung selama sebulan.

49

Set 10 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Harga petrolium yang semakin meningkat di seluruh dunia pencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Harga petroleum yang semakin meningkat di seluruh dunia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. (ii) Cerek eletrik di rumahnya tidak berfungsi lagi kerana alat pemanasannya berkarat. Cerek elektrik di rumahnya tidak berfungsi lagi kerana alat pemanasnya berkarat. (iii) Antara faktor pendapat Syarikat Maju meningkat tahun demi tahun adalah kerana usaha gigih para perkerjanya. Antara faktor pendapatan Syarikat Maju meningkat tahun demi tahun adalah kerana usaha gigih para pekerjanya.

Anda mungkin juga menyukai