Anda di halaman 1dari 3

PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN PROFESIONAL

Guru wajib berfikir dan bertingkah laku sebagai seorang yang profprofesion. Salah satu strategi yang
dapat dilakukan adalah dengan melibatkan diri dengan badan atau Persatuan profesional

1. PERSATUAN PROFESIONAL

Persatuan ini ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, bebas daripada kerajaan dan
bertujuan memperluas pengajaran kepakaran subjek pada semua peringkat pendidikan. Persatuan
profesional menggalakkan piawai kecemerlangan menyokong inovasi dan menyebarluaskan kajian
terkini berkaitan dengan bidang profesional nya. Contoh badan profesional :

I. Persatuan Pendidika Malaysia (PERPEMA)


II. Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA)
III. Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
IV. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
V. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebanggsaan (KPPK)

2. KELEBIHAN MENGANGGOTAI PERSATAUN PROFESIONAL

 Meluaskan Jaringan
Ahli-ahli Persatuan dapat berkongsi idea, meminta nasihat atau menjadi ahli jawatankuasa.
manfaat lain yang diperoleh dengan peningkatan jaringan ialah ahli mendapat Mentor yang
boleh membantu keperluan profesional atau ahli juga boleh menjadi Mentor kepada seseorang.
 Meningkatkan Pengetahuan
Sebab untuk menyertai Persatuan profesional adalah untuk mengetahui lebih lanjut atau
mendapat maklumat tentang isu pendidikan yang pelbagai. Ahli juga dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dengan menyertai bengkel, kursus, latihan, kumpulan
perbincangan yang Biasanya dianjurkan oleh persatuan.
 Menjadi Pemimpin
Keadaan ini melatih beli menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin dalam
menunaikan tugas selain dapat mengasah bakat kepimpinan seseorang itu dan dapat
merangsang untuk mencapai kecemerlangan dalam tugas serta tanggungjawab sebagai seorang
guru yang merupakan pemimpin di dalam bilik darjah dan sekolah.

 Menyumbang kepada Komuniti


Sama ada membantu anak komuniti dalam pelajaran, membantu kalangan ahli komuniti yang
kekurangan dan apa-apa sahaja kerja atau hal-hal kebajikan yang dapat dilakukan untuk ahli
memberikan sumbangan Bakti kepada masyarakat.
 Kekal semangat dan motivasi
Membantu ahli untuk belajar menyukai apa apa yang dilakukan serta menjadi proaktif dalam
meneroka perkara baru dan mencabar dan akan didedahkan dengan maklumat berita dan idea
baharu yang dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah
 Sokongan dan bantuan
Dengan adanya sokongan dan bantuan daripada persatuan, masalah yang dihadapi oleh guru
dapat diselesaikan dengan cara yang baik

GURU DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud secara bersendirian. Sebagai sebuah organisasi yang
dinamik, terbuka dan kompleks sekolah perlu mewujudkan dan mengekalkan hubungan saling
bergantung dengan semua pihak.

KEPENTINGAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

1. MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU

guru persatuan bulan sabit merah perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan rawatan
dan kesihatan untuk diajar kepada murid dan dapat diperoleh melalui penglibatan dalam kursus,
bengkel, latihan dan program yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Selain itu,
guru juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pertubuhan bukan kerajaan yang
berkait dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Pihak sekolah, terutamanya guru pendidikan khas boleh
mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat berkaitan masalah murid berkeperluan khas dan
cara menanganinya daripada pelbagai pertubuhan seperti Malaysian Care.

2. MEMBANTU UNTUK MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Badan bukan kerajaan berperanan melalui penglibatan dengan pihak sekolah dalam program atau
aktiviti yang dilaksanakan. Sebagai contoh, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM) boleh
bersama-sama pihak sekolah untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah.

3. MEWUJUDKAN PERMUAFAKATAN DAN KERJASAMA

Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan guru berupaya meningkatkan kecemerlangan murid dalam
bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. PIBG juga dapat menjadi pemangkin kepada terjalinnya
hubungan rapat dengan jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan ke arah mewujudkan perkongsian
bijak Demi kebaikan bersama. Permuafakatan dan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dapat
dilaksanakan melalui sumbangan dana dan kepakaran seperti mengadakan ceramah motivasi murid.

KESEDIAAN UNTUK BERUBAH

Guru perlu bersedia untuk berubah kerana dunia pendidikan hari ini menghadapi pelbagai perubahan
yang menuntut warga sekolah untuk melakukan anjakan bagi memantapkan sistem pendidikan negara.
perubahan yang berlaku ini merupakan kesan daripada tuntutan dan cabaran globalisasi, liberalisasi,
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

FAKTOR PENGHALANG UNTUK BERUBAH


 Faktor Psikologi
Halangan wujud apabila konflik berlaku disebabkan oleh latarbelakang guru tidak diberi
pertimbangan atau Apabila masa diberi tidak mencukupi untuk mereka menyerap perubahan ke
dalam falsafah mereka
 Faktor Peribadi
Guru hanya akan menerima perubahan jika terdapat kesejajaran dengan kepakaran dan
kemahiran mereka. Faktor peribadi juga merupakan penghalang kepada guru untuk bersedia
berubah meningkatkan kompetensi profesional mereka
 Faktor Budaya sekolah
Budaya sekolah termasuklah cara normal dan nilai dibentuk, cara tugas diurus, cara
perhubungan interpersonal diwujudkan dan cara idea untuk perubahan dan pembaharuan
ditafsirkan di sekolah. Untuk menjayakan perubahan tersebut Norma dan nilai yang diwakili
oleh perubahan perlu selaras dengan budaya dan nilai asas organisasi dan jika berlaku
sebaliknya ia akan ditolak

KESEDIAAN GURU UNTUK BERUBAH DALAM ORGANISASI

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN GURU UNTUK BERUBAH

 Faktor Sikap
Sikap guru dikatakan dapat menterjemahkan tahap penerimaan mereka terhadap perubahan
yang telah dirancang. Guru yang bersikap positif akan bersedia untuk dilatih dengan
pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan perubahan di samping dapat
meningkatkan kompetensi profesional mereka
 Faktor Motivasi
Jika guru diberikan peluang serta kesempatan melaksanakan tugas penting dan dilibatkan
dalam proses membuat keputusan guru akan terdorong untuk memberikan komitmen yang
lebih baik dan bersedia untuk melaksanakan perubahan yang diperkenalkan dan jika guru
mempunyai tahap motivasi yang kurang memberangsangkan Mereka akan bersikap pesimis
terhadap apa-apa saja perubahan yang diperkenalkan di sekolah
 Faktor Pemimpin
Perubahan dapat dipermudahkan dengan pemimpin sekolah dan guru mempunyai visi yang
sama serta strategi komunikasi berkesan yang membantu untuk mengukuhkan perubahan
 Faktor Pengetahuan dan kemahiran
bagi mewujudkan kesediaan guru terhadap perubahan yang hendak diperkenalkan
pengetahuan dan kemahiran mereka perlu dipertingkatkan kerana ini akan memberikan
keyakinan dan kepercayaan dalam diri mereka untuk berhadapan dan melaksanakan perubahan

Anda mungkin juga menyukai