Anda di halaman 1dari 10

Modul 10

PEMIKIRAN
KRITIS
Konsep Pemikiran Kritis
 Tidak begitu mudah menerima sahaja atau
mempersetujui sesuatu; menimbang baik
buruknya dahulu.
 Memikir mendalam dan memberi pertimbangan
yang serius tentang sesuatu idea.
 Ianya melibatkan tiga jenis aktiviti mental;
analisis, sintesis dan penilaian.
 Penilaian adalah asas pemikiran kritis; menilai
idea, bukti, cadangan, tindakan dan penyelesaian.
 Penghujahan adalah aspek yang diutamakan
dalam pemikiran kritis; cara memberi alasan
untuk menyokong atau menentang sesuatu
pendapat.

Ciri-Ciri Pemikiran Kritis


 Reaktif; reaksi atau gerak balas terhadap idea-idea
yang sedia ada dengan yakin, munasabah dan
bernas.
 Penilaian; menentukan samada sesuatu idea itu
patut dipercayai ataupun diterima berdasarkan
keaslian, kebenaran, kejituan, kemunasabahan
dan nilai idea berkenaan.
 Analisis; melibatkan penggunaan operasi dan
kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis
sesuatu hujah secara terperinci, objektif dan gigih
supaya ianya difahami dengan jelas.
 Logik; merangkumi kaedah menaakul secara
logik dan bersepadu dengan menimbangkan
andaian yang dibuat serta sedar tentang hujah
yang berat sebelah.

Komponen Pemikiran Kritis


A. Kemahiran menganalisis secara kritis
 meningkatkan pemahaman dan menjelaskan
idea tentang maklumat yang ditemui.
 Terbahagi kepada 2 kategori;
1. Menganalisis sesuatu perkara atau idea
 Pengelasan; mengenalpasti ciri-ciri utama
dan implikasi ciri-ciri itu.
 Membanding dan membeza;
membandingkan dengan perkara lain untuk
mengenalpasti persamaan dan perbezaan.
 Meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan; memisahkan sesuatu perkara
kepada bahagian-bahagian kecil untuk
menentukan bagaimana setiap bahagian itu
berfungsi dengan merujuk kepada
keseluruhan perkara.

2. Menganalisis Hujah
 Menerangkan sebab; mencari sebab-sebab
yang digunakan dalam hujah seseorang bagi
menyokong idea-idea yang bertujuan
menyakinkan pihak lain.
 Mengusul periksa andaian; mengesan
andaian yang diambil dalam tindakan dan
kepercayaan seseorang.

B. Kemahiran Menilai Secara Kritis


 Untuk memastikan kata putus atau
kesimpulan yang dibuat berkemungkinan
lebih betul daripada kemungkinan salah.
 Terbahagi kepada 2 kategori;

1. Menilai maklumat
 Menentukan sumber yang diperolehi;
kemahiran yang berkaitan dengan punca
maklumat asas seperti media massa, buku
atau pendapat orang lain.
2. Menilai Inferens
 Membuat ramalan; satu bentuk kemahiran
menjangka tentang sesuatu perkara yang
akan berlaku.
 Membuat inferens; satu bentuk kemahiran
membuat kesimpulan awal berdasarkan
maklumat-maklumat pemerhatian yang talah
dikumpul.

Sikap Pemikir Kritis Yang Baik


 Berfikiran rasional; mampu meneliti
pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai
pendapat dan idea sebelum membuat keputusan.
Dan juga dikatakan mampu mempertimbangkan
dan memutuskan kesahihan penyataan yang
dikemukakan oleh pihak lain.
 Ingin tahu dan minda terbuka.
 Mengutamakan kejituan, objetiviti dan inginkan
kejelasan serta ketepatan; sentiasa mempunyai
maklumat yang cukup.
 Sentiasa mencari alternatif.
 Sensitif terhadap perasaan orang lain.

FALASI
(Hujah Lemah)
DEFINISI
 Hujah; pendapat yang disokong dengan alasan.
 Falasi; Hujah lemah atau juga dikenali satu
bentuk hujahan yang mengemukakan satu
pendapat yang tidak disertakan dengan alasan
yang dapat menyokong pendapat yang
dikemukakan.

JENIS- JENIS FALASI


1. Falasi Ad Hominem
 Kita bukan mengkritik idea seseorang tetapi
sebaliknya kita menghentam peribadi orang itu;
dia sudah nyayuk, dia tidak waras, dia
melampau dsb.
 Contoh; En Y. tidak perlu komen apa-apa
tentang bola. Apa dia tahu tentang bola, dia
sendiri kaki bangku.
2. Merujuk Kewibawaan
 Satu keadaan di mana si penghujah cuba
menguatkan hujah atau penyataannya dengan
merujuk kepada seseorang yang pendapatnya
biasa boleh dipercayai walaupun ianya belum
dibuktikan kebenaranya.
 Biasanya hujah ini akan lemah jika penyataan
tersebut dikeluarkan oleh mereka yang bukan
pakar dalam bidang tersebut .
 Contoh ; pemain bola x berkata : ‘minumlah
milo supaya anda menjadi sihat dan kuat’

3. Falasi Kejahilan
 Ianya berlaku apabila kita mempertahankan
idea kita dengan mengatakan tidak ada bukti-
bukti sahih yang mengatakan idea kita itu salah.
 Contoh ; ‘Hantu tidak wujud. Saya sendiri
belum melihatnya dan cerita-cerita orang tidak
menyakinkan saya’

4. Falasi Hitam atau Putih


 Penggunaan kata lawan seperti ‘hitam-putih’,
‘peperangan-keamanan’, ‘panas-sejuk’ dan
sebagainya
 Ianya seolah-olah terdapat hanya dua
kemungkinan sahaja untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
 Falasi jenis ini juga dikenali sebagai falasi
dilema ; kita hanya ada dua pilihan
 Umpamanya ; ‘Mahukah anda pemerintahan
yang berdasarkan sains, akal, dan teknologi
atau pemerintahan yang hanya meniru idea-idea
dari zaman silam’

5. Falasi Hujah Berbelit-belit


 Kita melakukan falasi ini apabila kesimpulan
yang kita buat serupa dengan premis hujah kita.
 Contoh;
‘Ibu, Minah hendak berkahwin dengan Ahmad’
‘Apakah kamu betul-betul yakin tentang hal ini’
‘Tentulah! Dia sayang akan minah’
‘Bagaimana kamu pasti tentang hal itu’
‘Kerana itulah yang dikatakannya.Tentu dia
tidak akan berdusta terhadap orang yang
disayanginya’.

Anda mungkin juga menyukai