Anda di halaman 1dari 6

PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI UNIT KERJAYA

DAN KAUNSELING
Unit Kerjaya dan Kaunseling telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti dan memberi
perkhidmatan selaras dengan fungsinya. Ini meliputi khidmat kepada pelajar,
kakitangan UiTM serta organisasi yang memerlukan iaitu :

a. Kaunseling, Psikologi dan Perkembangan Kemahiran


b. Pengembangan Kerjaya, Perhubungan Industri dan Latihan
c. Maklumat, Penyelidikan dan Perundingan

KAUNSELING, PSIKOLOGI DAN PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

Kaunseling

1. Kaunseling Individu

Tujuan utama perkhidmatan ini ialah untuk membantu siswa dan siswi yang
menghadapi masalah psikososial, masalah personal-psikologikal dan seumpamanya
menerusi proses kaunseling supaya mereka dapat berfungsi dengan lebih efektif dan
berkesan serta dapat menumpukan perhatian terhadap bidang pengajian dan
seterusnya menjadi individu yang berjaya dengan cemerlang.

2. Kaunseling Kerjaya

Perkhidmatan ini adalah untuk membantu siswa siswi memahami diri (self
awareness) terhadap potensi dan kebolehan diri serta berpeluang menerokai bidang
kerjaya berdasarkan kepada minat, kecenderungan, kemampuan, kelayakan dan
minat dengan menghubungkaitkannya dengan bidang kerjaya yang sesuai dan yang
akan diceburi kelak. Seterusnya diberikan juga perkhidmatan penempatan pekerjaan
kepada para lulusan serta membimbing siswa siswi yang menghadapi masalah
pemilihan kerjaya, melanjutkan pelajaran dan yang berkaitan dengannya.

3. Kaunseling Kelompok

Tujuan utama perkhidmatan ini adalah sebagai suatu pendekatan terapeutik yang
memberikan bimbingan kepada beberapa orang individu pada sesuatu masa tertentu
berdasarkan kepada sesuatu matlamat atau fokus tertentu seperti pembelajaran,
kerjaya, masalah peribadi atau sosial. Mementingkan perhubungan dinamik individu
yang menekankan tentang kelakuan, fikiran dan perasaan sedar dalam
menyelesaikan masalah. Mencari dan seterusnya memperkembangkan kekuatan dan
potensi diri yang dimiliki (internal resources of strength) secara lebih positif,
meninggikan kesedaran diri, penerimaan nilai dan matlamat hidup dalam usaha
menukar sikap dan tingkahlaku.

Kaunseling Keluarga, Kakitangan UiTM, Komuniti, Laporan Kes, Bimbingan dan


Pendidikan serta Khidmat Nasihat kepada Persatuan dan Kelab juga dijalankan oleh
Unit Kerjaya dan Kaunseling.

Psikologi

1. Ujian Psikologi

1
2. Laporan Kes
3. Konferensi Kes
4. Membuat rujukan pakar

Pengembangan Kemahiran

Tujuan utama khidmat pengembangan kemahiran ialah untuk menyediakan dan


melaksanakan program dan aktiviti yang khusus untuk pelajar-pelajar dalam bidang
kaunseling, kerjaya dan psikologi. Menerusi khidmat ini, siswa dan siswi akan dapat
memperluaskan penguasaan dengan baik dalam usaha untuk mempertingkatkan
keyakinan diri dalam bidang tertentu. Antara contoh pengembangan kemahiran
ialah:

I. Kaunseling (Bengkel Teknik Asas Kaunseling, Program Kaunseling Remaja,


Psikologi Remaja dan lain-lain).
II. Kekeluargaan (Kaunseling Perkahwinan)
III. Teknik Belajar
IV. Pengurusan Organisasi
V. Kepimpinan
VI. Komunikasi
VII. Kemahiran Berfikir
VIII. "Team-Building"
IX. Penyediaan modul latihan

PENGEMBANGAN KERJAYA, PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN LATIHAN

Pengembangan Kerjaya

1. Program penempatan kerjaya


2. Sistem maklumat kerjaya pelajar
3. Ujian minat kerjaya
4. Temuduga dalam kampus/luar kampus
5. Ekspo kerjaya
6. Program-program pengembangan kerjaya :
a. Melanjutkan pelajaran
b. Pemilihan kursus
7. Program penempatan pekerja sambilan/harian
8. Program pendaftaran pekerjaan
9. Membantu melaksanakan program-program misi akademik UiTM
10. Penyebaran iklan jawatan

Perhubungan Industri

Tujuan utama khidmat perhubungan majikan/industri adalah untuk merapatkan


hubungan antara majikan/industri sebagai "Pelanggan" penting Universiti Teknologi
MARA. Selain daripada itu, siswa dan siswi juga dapat mengetahui prospek dan
peluang kerjaya untuk lulusan, pengetahuan tentang perkembangan industri,
teknologi, sains pengurusan terkini serta bertukar-tukar maklumat dan pandangan
mengenai keperluan majikan masa kini terhadap lulusan dari segi pencapaian
akademik, kualiti lulusan, kesediaan dan ketahanan mental, rohani dan jasmani
apabila melangkah kaki dalam lapangan/kerjaya masing-masing.Hubungan ini juga
membuka ruang kepada siswa siswi menjalankan latihan praktikal dan latihan
industri kepada kakitangan yang berminat.

2
1. Lawatan industri/organisasi
2. Maklumat organisasi/majikan
3. Maklumat penempatan latihan praktikal pelajar
4. Program promosi oleh majikan
5. Pengembangan sumber manusia mengikut keperluan industri
6. Seminar dan dialog industri

Program Latihan

1. Seminar peningkatan kerjaya


2. Seminar penyediaan resume dan portfolio
3. Latihan temuduga
4. Merangka dan menyemak sukatan modul latihan dan kursus
5. Penerbitan modul
6. Program-program asas kerjaya
i. Tatacara majlis
ii. Etika sosial
7. Menyelaras kokurikulum (peperiksaan/latihan kokurikulum/validasi
keputusan peperiksaan Kolej Francais)

a. Asas Bina Negara

Kursus Asas Bina Negara ditawarkan kepada semua pelajar daripada semester
pertama hingga akhir mulai tahun 1992. Objektifnya adalah :

I. Mengenal potensi diri ke arah pembentukan insan cemerlang di masa


hadapan.
II. Membentuk dan menjiwai sahsiah kepimpinan yang unggul.
III. Meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran membuat keputusan dan
kemahiran kepimpinan.
IV. Persediaan untuk menjadi pemimpin pelapis di masa hadapan.
V. Meningkatkan kemahiran berorganisasi dan pengurusan.
VI. Memupuk rasa cinta dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan
tanahair.
VII. Membina semangat juang dan daya saing yang tinggi sebagai bakal
pemimpin masa hadapan.

b. Pengucapan Awam

Kokurikulum ini dirangka dan ditawarkan khas untuk membimbing pelajar agar
mempunyai keyakinan diri dan berkeupayaan mengasah potensi berucap di khalayak
ramai. Objektifnya adalah :

I. Memahami kepentingan berkomunikasi dan berucap di hadapan khalayak


ramai.
II. Mengasah potensi yang ada disamping mengaplikasi teori-teori yang
dipelajari secara praktikal melalui persembahan dan latihan.

c. Kaunselor Rakan Sebaya

Diperkenalkan di UiTM pada tahun 1976. Objektifnya adalah :

3
I. Memahami dan menyedari kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat
membina nilai, sikap dan tingkahlaku yang positif.
II. Menguasai teknik dan kemahiran asas kaunseling.
III. Menguasai teknik dan kemahiran asas kaunseling dan mempraktikkannya
dalam hubungan dengan orang lain.
IV. Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan menghayati
dalam kehidupan seharian.
V. Meningkatkan keprihatinan terhadap perasaan, pemikiran dan keperluan
orang lain ke arah mewujudkan budaya ikram (masyarakat penyayang).
VI. Mengenalpasti dan membina ciri-ciri kepimpinan yang unggul bagi
melahirkan generasi pemimpin yang berwawasan.
VII. Memainkan peranan sebagai pembantu kepada Kaunselor UiTM di dalam
menjalankan tugas-tugas kaunseling dan melaksanakan program-program
anjuran unit kerjaya dan kaunseling.

d. Kolej Francais

MAKLUMAT PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN

Maklumat

1. Mengumpul maklumat berkaitan kaunseling, psikologi, isu-isu kekeluargaan,


sosial, personaliti dan kesihatan mental.
2. Penerbitan maklumat bersiri/berkala.
3. Penyebaran maklumat dan penerbitan.
4. Pengurusan maklumat Pusat Sumber :

I. Panduan Pendidikan Tinggi


II. Panduan melanjutkan pelajaran

5. Laporan tahunan organisasi/majikan


6. Pita-pita rakaman dan bahan-bahan rujukan
7. Bahan-bahan bacaan umum bidang kaunseling, psikologi dan kerjaya

Penyelidikan

Menyediakan dan mendapatkan alat pengukuran

Tujuan utama perkhidmatan ini ialah untuk menyediakan bahan atau alat-alat ujian
psikologi tertentu yang boleh digunakan oleh pihak yang memerlukannya untuk
menjalankan pengkajian atau penyelidikan. Berdasarkan ujian tersebut dapatlah
berbagai maklum balas yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan baik. Dalam
masa yang sama langkah-langkah boleh diambil dan dilaksanakan untuk membantu
alat ujian dan membuat intepretasi ujian berdasarkan kepada kepakaran yang ada.
Dengan terbentuknya alat-alat ujian secara berterusan, sebuah "Bank Soal

4
selidik/Ujian" dapat diwujudkan untuk kepentingan dan penggunaannya secara
berterusan.

1. Membuat kaji selidik berkaitan dengan kaunseling, psikologi dan


kerjaya.
2. Mengumpul dan menganalisa data.
3. Laporan penyelidikan.
4. Urusetia bank soal selidik dan dapatan majikan.
5. Laporan tahunan.
6. Penyebaran maklumat dan penerbitan bersiri/berkala hasil
penyelidikan.

Perundingan.

Perkhidmatan komuniti

Tujuan utama perkhidmatan ini adalah bagi membolehkan unit mewakili Universiti
terlibat dalam program membangunkan masyarakat dan negara menerusi berbagai
bentuk sumbangan profesional yang ada. Dalam masa yang sama ianya dapat
mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan Universiti Teknologi MARA di
samping menaikkan imej sebagai Universiti yang unggul.

1. Kerjasama kepakaran dengan agensi dalaman dan luar


2. Kerjasama kepakaran penyelidikan berkaitan kaunseling, psikologi dan
kerjaya.
3. Kerjasama sebagai penceramah dan tetamu bagi program-program ceramah,
rancangan televisyen, penulisan dan program latihan.
4. Gunasama tenaga kepakaran di berbagai fakulti/bahagian/kolej/unit atau
pusat.
5. Penjanaan sumber kewangan menangani program perundingan.

LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

Untuk melicinkan lagi aktiviti di unit ini, berbagai-bagai kemudahan telah disediakan
antaranya ialah :

Pusat Sumber (Perpustakaan Mini)

Pusat Sumber ini dilengkapkan dengan buku-buku yang berkaitan dengan kaunseling,
kerjaya, psikologi, sosiologi, prospektus syarikat, prospektus universiti tempatan dan
luar negeri serta majalah-majalah.

Bilik Mesyuarat/Bilik Temuduga

Unit Kerjaya dan kaunseling menyediakan sebuah bilik khas untuk kegunaan semasa
mesyuarat atau menjalankan temuduga oleh para majikan.

Bilik Kaunseling

Terdapat lapan buah bilik khas untuk menjalankan sesi kaunseling. Tiap-tiap satunya
ditempatkan dengan seorang kaunselor. Dengan kemudahan yang disediakan ini,
pelajar-pelajar akan mendapat keselesaan yang sepenuhnya untuk berkongsi
masalah mereka kepada kaunselor yang ditemui.

5
Pejabat Am

Berfungsi sebagai tempat urusetia.

Video

Unit ini juga turut menyediakan tayangan rakamaman video yang menunjukkan cara-
cara menghadapi temuduga, khusus untuk membantu pelajar yang sedang mencari
pekerjaan.

Pita-pita rakaman/kaset

Berfungsi untuk membantu pelajar dengan berbagai panduan. Sebagai contoh,


rakaman mengenai ceramah-ceramah.

Anda mungkin juga menyukai