Anda di halaman 1dari 10

Nama: Muhammad Rusyaidi bin Mohd.

Rusydan

No Matrik: D17309720

Kumpulan: G3

Tajuk Tugasan: Laporan Sesi Kaunseling bersama Kaunselor

Kursus: Kaunseling Individu

Sesi: 2019/2020

Nama Pensyarah: Mohd Fahrizal Asmy bin Mohd Ali


Isu yang dibincangkan semasa sesi bersama kaunselor

Isu: Saya merupakan seorang pelajar universiti yang ingin mengubah sikap ibu yang
fobia akan tempat yang ramai orang. Selain itu, ibu juga mempunyai kerisauan yang
tinggi. Saya ingin bertanyakan kaunselor adakah saya mampu untuk mengubah sikap
yang ada pada ibu saya atau tidak. Hal ini kerana, saya juga menginginkan kehidupan
seperti rakan-rakan yang selalu keluar melancong bersama ahli keluarga. Sebenarnya
isu ini tidaklah mendatangkan keurukan kepada saya tetapi saya hanya ingin
menjadikan keluarga saya lebih makmur dan bahagia. Ibu saya menjadi begini sejak 7
tahun dahulu, dia menjadi fobia selepas dia mengalami satu peristiwa yang perit iaitu
dia disantau oleh jiran saya di atas beberapa sebab dan sikapnya berubah sehingga
sekarang.

1
Bilangan Sesi: 1
Tarikh: 1 Oktober 2019
Masa: 12 tengah hari - 1 petang
Nama Kaunselor: Fairus binti Norli
Topik yang dibincangkan: Keluarga

Isu yang Dibincangkan

Dalam sesi pertama, kaunselor telah membina hubungan dengan bertanyakan latar
belakang saya dan keadaan saya untuk lebih mengenali saya dan memberi keselesaan
kepada saya. Kaunselor juga membuat penstrukturan mengenai perjalanan sesi yang
akan dijalankan bagi membantu klien untuk melihat perjalanan sesi yang akan
dijalankan. Seterusnya kaunselor mengajukan soalan terbuka seperti “adakah anda
berasa selesa ?”. Walaupun ini merupakan sesi yang pertama bersama kaunselor, saya
berasa selesa dan lebih terbuka untuk menceritakan isu yang ingin dibincangkan. Saya
menceritakan kepada kaunselor isu yang ingin dibincangkan iaitu berkaitan dengan
keinginan saya untuk mengubah sikap ibu yang fobia akan tempat yang ramai orang.
Selain itu, ibu juga mempunyai kerisauan yang tinggi. Sebagai anak sulung dalam
keluarga, saya berasa bertanggungjawab untuk mengubah ibu saya menjadi normal.
Saya ingin bertanyakan kaunselor adakah saya mampu untuk mengubah sikap yang
ada pada ibu saya atau tidak. Hal ini kerana, saya juga menginginkan kehidupan
seperti rakan-rakan yang selalu keluar melancong bersama ahli keluarga. Sebenarnya
isu ini tidaklah mendatangkan keburukan kepada saya tetapi saya hanya ingin
menjadikan keluarga saya lebih makmur dan bahagia. Ibu saya menjadi begini sejak 7
tahun dahulu, dia menjadi fobia selepas dia mengalami satu peristiwa yang perit iaitu
dia disantau oleh jiran saya di atas beberapa sebab dan sikapnya berubah sehingga
sekarang. Sebenarnya, ibu saya telah sembuh dari penyakit buatan orang itu namun
kesan daripada peristiwa itu, dia menjadi takod sehinggakan pergi ke
pasaraya-pasaraya besar pun tidak boleh. Selepas menceritakan keseluruhan isu,
kaunselor membuat rumusan agar dia dapat mengenal pasti masalah. Sejurus
membuat rumusan, saya berasa sangat selesa kerana kaunselor memahami dan
memberikan respon yang baik akan cerita yang disampaikan oleh saya.Setelah masa

2
hampir satu jam belangsung kaunselor menamatkan sesi dan memberi tahu bahawa
isu saya akan dibincangkan di dalam sesi seterusnya.

Matlamat yang dicapai

Antara matlamat yang tercapai pada sesi pertama ialah kaunselor lebih mengenali
saya dengan lebih dekat setelah membuad pembinaan hubungan. Selain itu, kaunselor
juga mendengar dan memahami isu yang ingin dibincangkan oleh saya. Kaunselor
juga telah berjaya membuat saya berasa selesa dan boleh bercerita secara terbuka.

Alternatif/ Pelan Tindakan

Setelah menjalani sesi pertama, tiada pelan tidakan ataupun jalan penyelesaian yang
telah diberikan oleh kaunselor oleh kerana pada sesi pertama masih dalam proses
mengenali dan mengenal pasti isu yang dibincangkan oleh saya.

3
Bilangan Sesi: 2
Tarikh: 3 Oktober 2019
Masa: 3 petang - 4 petang
Nama Kaunselor: Fairus binti Norli
Topik yang dibincangkan: Keluarga

Isu yang dibincangkan

Setelah menjalani sesi pertama, saya bersetuju untuk menjalani sesi yang kedua oleh
kerana saya belum mendapat jawapan atau jalan penyelesaian. Dalam sesi yang kedua
pada awal sesi, kaunselor memulakan dengan membuat sedikit “sosial talk” dengan
bertanyakan soal makan, pembelajaran dan yang berkaitan dengannya. Di samping itu,
kaunselor juga bertanyakan soal kesihatan ibu dan soal kepulangan saya ke kampung.
Selepas itu, kaunselor cuba mengulang atau membuat sedikit rumusan tentang isu
yang telah dibincangkan pada sesi pertama yang lepas. Selepas itu, kauselor
mengemukakan soalan kepada saya iaitu tindakan yang telah saya lakukan, saya pon
bercerita yang perkara yang saya telah lakukan, antaranya ialah saya menasihati
secara lisan. Saya juga bercerita bahawa saya pernah tertinggi suara kepada oleh
kerana kerisauannya yang terlampau tinggi, Saya hanya ingin ibu mengubah caranya
befikiran terhadap sesuatu perkara namun setalah dinasihati ibu masih bersikap
sebegitu. Selepas itu, kaunselor bertanyakan soal ahli keluarga yang lain tentang hal
ini, saya pun menceritakan bahawasanya ayah saya juga melakukan hal yang sama
dengan menegur secara lisan namun sikapnya masih tidak boleh diubah. Saya
bukannya tidak bersyukur kerana ibu bersikap begitu namun saya menginginkan ibu
saya kembali seperti dahulu yang seorang yang periang dan “sporting”. Di sesimini
juga saya menceritakan sedikit latar belakang yang tentang ibu saya, bahawasanya
kami pernah ditimpa bencana alam iaitu tsunami dan kemungkinan ibu saya sedikit
trauma dengan kemalangan tersebut. Selepas itu, kaunselor menyarankan saya untuk
berbincang dengan ayah saya kerana saya belum pernah berbincang soal ini bersama
ayah. Selain itu, kaunselor menyarankan saya untuk bersabar dan membuat tindakan
perlahan-lahan oleh kerana perkara ini telah berlaku lama hampir 6 atau 7 tahun.
Setelah hampir 50 minit berbincang isu ini, kaunselor membuat rumusan dengan
menyimpulkan isu ini dan ingin menyambung perbincangan pada sesi setrusnya.

4
Matlamat yang dicapai

Antara matlamat yang dicapai di dalam sesi ke dua ini ialah kaunselor telah membina
keselesaan di antara saya dengan klien selain itu kaunselor juga telah membuatkan
saya bercerita dengan lebih mendalam tentang isu. Kaunselor juga telah mengenal
pasti masalah dan boleh membuat rumusan dan kesimpulan dengan tepat tentang apa
yang telah dibincangkan oleh saya dalam sesi. Selain itu, kaunselor juga menetapkan
beberapa alternatif dan memberi celik akal kepada saya.

Alternatif / Pelan Tindakan

Antara alternatif atau pelan yang dibincangkan oleh saya bersama kaunselor di
dalam sesi ke dua ini ialah kaunselor cuba menetapkan mencari penyelesaian dengan
menyarankan saya untuk berbincang dengan ahli keluarga yang lain agar dapat
menyelesaikan isu ini tidak berseorangan dan dibantu oleh ahli keluarga yang lain.
Kaunselor juga memberi tahu bahawa isu ini bukanlah dapat diselesaikan dengan
segera berkemungkinan akan mengambil masa yang lama sedikit kerana isu yang
dibincangkan ini berkaitan orang ketiga iaitu ibu.

5
Bilangan Sesi: 3
Tarikh: 10 Oktober 2019
Masa: 12 tengah hari - 1 petang
Nama Kaunselor: Fairus binti Norli
Topik yang dibincangkan: Keluarga

Isu yang Dibincangkan

Dalam sesi ketiga merupakan sesi terakhir, setelah menjalani dua sesi yang lepas
kaunselor juga telah memahami isu yang ingin dibincangkan dan pada sesi lepas
kaunselor juga memberi beberapa celik akal, dan saya telah berbincang dengan ayah
tentang ibu tetapi ayah tidak mempunyai idea untuk mengambil tindakan untuk
merubah ibu menjadi dirinya yang dahulu, selepas itu kaunselor cuba berbincang
dengan saya untuk mendapatkan tindakan apa yang sesuai untuk dilakukan dan
kaunselor mencadangkan untuk membawa ibu membuat sesi sama ada dengan
kaunselor kerana dilihat perkara ini perlu datang dari diri ibu sendiri dan saya pon
berasa ia merupakan satu penyelesaian yang sesuai, kaunselor mencadangkan untuk
berbincang dengan ayah dan mencadangkan kepadanya untuk membawa ibu
berjumpa dengan pakar kaunselor untuk mengetahui punca ataupun cara untuk ibu
kembali seperti dahulu. Kaunselor juga menyatakan isu ini akan diselesaikan jika diri
ibu sendiri yang mahu mengubahnya dan kita sebagai anak hanya buleh membantu
sahaja. Setelah berbincang dan mendapatkan punca serta jalan penyelesaian,
kaunselor juga menyarankan untuk bekerjasama untuk menyelesaikan isu ini dengan
ahli keluarga yang lain kerana perkara ini akan lebih menyatukan ahli keluarga
dengan lebih rapat. Sebelum kaunselor membuat penamatan dia membuat sedikit
rumusan dan menetapkan penyelesaian iaitu dengan membawa ibu berjumpa dengan
kaunselor. Kaunselor juga memberitahu saya bahawasanya jika terdapat sebrang
permasalahan ataupun isu ini masih belum selesai, maka bulehlah menghubunnginya
lagi.

6
Matlamat yang Dicapai

Antara perkara yang telah berjaya pada sesi terakhir ini ialah kaunselor berjaya
menetapkan matlamat untuk dilakukan oleh saya. Selain itu, kaunselor juga telah
berjaya memberikan alternatif atau penyelesaian, dan saya pun telah mendapat celik
akal tentang punca dan penyelesaian akan isu ini. Tambahan pula, saya juga telah
mengambil tindakan pada sesi yang lalu iaitu berbincang dengan ayah saya dan
kaunselor telah memberi tindakan susulan atau tindakan seterusnya agar perkara ini
dapat diselesaikan. Akhir sekali, kaunselor telah membuat penamatan kerana perkara
ini terlihat sudah mempunyai jalan penyelesaian.

Alternatif atau Pelan Tindakan

Antara pelan tindakan yang telah dibincangkan oleh saya dan kaunselor semasa sesi
terakhir ialah saya perlu membuat tindakan susulan selepas saya telah berbincang
dengan ayah saya. Tindakan susulan yang dicadangkan oleh kaunselor ialah dengan
membawa ibu berjumpa dengan orang yang lebih pakar iaitu kaunselor kerana isu ini
hanya boleh diselesaikan dengan kemahuan diri ibu sendiri. Kauunselor juga
menyatakan bahawa jika perkara ini masih berlanjutan sehingga tahun hadapan
kemungkinan perkara ini buleh dirujuk kepada orang yang lebih pakar seperti pakar
psikologi oleh kerana perkara ini berkemungkinan disebabkan mental ibu yang
kemungkinan trauma atau sebagainya.

7
Refleksi Keseluruhan

Antara perkara yang saya dapat memberi refleksi kepada diri saya sepanjang mula
mendapat tugasan ini sehingga selesai laporan bagi subjek kaunseling individu ini
ialah:
Sebelum tugasan ini diberikan oleh cik Farizal untuk menjalakan sesi sebagai klien
bersama kunselor, saya tidak mempunyai sebarang permasalahan tetapi apabila
tugasan ini diberikan terlintas di pemikiran saya bahawa saya ingin bertanya soal ibu
saya. Selepas itu, saya membuat temu janji untuk membuat sesi bersama kaunselor
dan setelah berakhir ketiga-tiga sesi antara perkara yang saya dapati saya telah
mendapat celik akal untuk menyelesaikan isu ini.
Dari segi perasaan, saya berasa tenang walaupun perkara ini tidak dapat diselesaikan
secepat mungkin namun perkara ini sudah mempunyai jalan penyelesaiannya.
Sebelum ini saya berasa perkara ini tiada ajalan penyelesaian dan akan berterusan
sehingga akhir hayat saya, tetapi selepas berjumpa dengan kaunselor saya dapati
setiap perkara mampu diselesaikan.
Dari segi pemikiran pula, sebelum sesi saya tidak mampu memikirkan alternatif
yang berkesan tetapi selepas menjalankan sesi bersama kaunselor saya dapat berfikir
secara rasional dan mampu bebincang dengan kaunselor dan mendapatkan
penyelesaian.
Manakala dari segi tingkah laku pula, tidak banyak hasil dapat dilihat kerana isu ini
akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan tetapi saya akan cuba membuat
tindakan sedikit demi sedikit sehingga perkara ini dapat diselesaikan.
Sebagai penutup, selama 3 sesi ini terdapat perubahan yang dapat diubah dari segi
perasaan, pemikiran dan tingkah laku kepada diri saya untuk menyelesaikan isu yang
dibincangkan bersama kaunselor. Selain tentang isu, saya juga dapat belajar bagaiman
untuk mengendalikan sesi dengan berkesan dari proses yang dapat saya lihat daripada
kaunselor pelatih saya.

8
BORANG PENGESAHAN SESI KAUNSELING

Saya _______________________________________________________________
(Nama kaunselor)
mengesahkan bahawa pelajar yang bernama
berikut:___________________________________________________________
( no matrik:_____________________ )
telah menghadiri _______________ sesi (mohon nyatakan bilangan sesi kehadiran

pelajar/jumlah sesi) kaunseling individu bersama saya.

Tandatangan Kaunselor/Cop Rasmi: _____________________________

Anda mungkin juga menyukai