Anda di halaman 1dari 7

1

IJAZAH SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING


(PENYALAHGUNAAN DADAH)
FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 1, SESI 2022/2023

TAJUK :

LAPORAN REFLEKSI KAUNSELING INDIVIDU

NAMA PELAJAR : HAMIDAH BINTI RAZALI (MP2212157T)

NAMA PENSYARAH : DR. NORAFIFAH BALI


1

KENALI DIRI

Nama saya Hamidah binti Razali. Berumur 43 tahun. Saya bertugas sebagai Pegawai

Penguatkuasa Agama sebelum ini dan sekarang saya adalah pelajar Sarjana Kaunseling

Penyalahgunaan Dadah. Saya telah berumahtangga dan mempunyai 5 orang cahayamata. Saya

merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarga dan mempunyai 5 orang adik beradik.

Ayah saya sudah meninggal dunia dan ibu saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Saya

mempunyai minat mengembara dan suka belajar benda-benda baru dalam kehidupan. Saya

juga cepat berasa bosan dengan perkara yang tidak mencabar dan akan cuba melaksanakan

perubahan bagi memastikan saya mencapai kepuasan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, saya

tidak menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Sabah Malaysia walaupun saya perlu

membawa keluarga dan menguruskan banyak benda. Saya merasakan ianya akan memberikan

manfaat kepada saya dan anak-anak saya dalam bergaul dengan kepelbagaian masyarakat dan

tempat.

PERSEPSI TERHADAP KAUNSELING

Saya banyak memberikan nasihat kepada rakan-rakan saya secara berkelompok

mahupun individu sebelum saya memulakan pengajian. Saya berpendapat bahawa itu adalah

sesi rundingcara atau nasihat daripada seorang individu kepada individu yang lain. Saya

seronok dapat membantu orang lain dengan memberikan sudut pandag yang berbeza. Saya

juga berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu menghadiri sesi kaunseling, dia perlu

menerima dan mendengar nasihat serta membuat keputusan yang diberikan oleh kaunselor.

Saya juga beranggapan sesi kaunseling akan dikongsi dengan orang lain dan didedahkan

sewenang-wenangnya kepada umum. Dari segi kelayakan kaunselor yang dilantik pula,
2

pemilihan adalah secara rawak berdasarkan kelayakan sedia ada tanpa perlu pengkitirafan dan

tidak dipantau oleh mana-mana badan. Saya juga mempunyai pemikiran negatif berkaitan

kaunseling dan kaunselor mungkin kerana kurang pendedahan berkaitan kerjaya ini. Saya juga

tidak mengenali dan melihat figura hebat di dalam bidang ini. Mungkin juga kerana saya tidak

pernah membaca tentang kaunselor yang terkenal. Saya juga membuat andaian bahawa hanya

mereka yang mengalami masalah rumah tangga atau masalah berkaitan jiwa sahaja perlu

menjalani sesi kaunseling.

EKSPEKTASI DIRI

Sesi kaunseling bersama kaunselor pelatih merupakan sesi pertama dan kali pertama

saya menghadiri kaunseling. Ianya memberikan perasaan gementar dan keterujaan kerana

pertama kali saya mendapatkan kaunseling dan saya tidak pasti apa yang perlu dikongsikan.

Walaupun sebelum ini, saya ada membuat sesi kaunseling bagi tujuan latihan, sesi bersama

kaunselor pelatih mungkin berbeza. Saya mengharapkan agar saya dapat belajar sesuatu dari

sesi yang dijalankan dan dapat memperbaiki diri saya sebagai seorang individu. Saya juga

mengharapkan agar saya dapat belajar perkara yang baik dari kaunselor pelatih saya dan saya

dapat memperbaiki diri dari kaunselor saya sekiranya saya mendapati terdapat kekurangan

pada kaunselor saya untuk dijadikan panduan pada masa hadapan.

Saya menjangkakan banyak perkara dapat saya pelajari dalam sesi ini dan saya

menjangkakan perubahan diri yang positif selepas saya menjalani sesi ini. Saya juga

mengharapkan kaunselor pelatih saya mengamalkan etika kaunseling yang baik semasa dan

selepas sesi kerana saya akan menceritakan kisah yang benar tentang diri saya. Saya berharap

agar apa yang saya ceritakan akan menjadi rahsia antara saya dan kaunselor.
3

Saya mengalami beberapa kesulitan dalam kehidupan namun setakat ini saya boleh

mengawal kesulitan tersebut, terutama berkaitan sifat buruk saya. Oleh itu, saya

mengharapkan setelah selesai daripada sesi yang dijalankan saya berjaya mengubah sifat buruk

saya dengan bantuan yang ditunjukkan oleh kaunselor dan atas kemahuan diri saya. Dalam

masa yang sama saya tidak mahu kaunselor mempunyai tanggapan yang negatif terhadap diri

saya kerana saya juga adalah manusia biasa. Saya juga mengharapkan agar kaunselor pelatih

saya akan memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang sesi dijalankan dan boleh

memahami kehendak dan keperluan saya di dalam kehidupan.

TEROKA MASALAH KENDIRI

Saya telah berkongsi masalah saya iaitu berkaitan sifat panas baran saya kepada anak-

anak dan saya keliru dengan sikap ini adakah ianya ketegasan atau panas baran. Saya

merasakan sifat ini membuatkan anak saya jauh dari saya dan membuatkan saya merasa

bersalah kepada anak-anak saya. Walau bagaimana pun, semasa sesi, kaunselor telah

membuatkan saya memahami diri saya bahawa saya bukanlah panas baran tetapi saya tegas

dalam membuat keputusan dan mendidik anak saya. Apabila saya meluahkan kebimbangan

saya kepada kaunselor saya berkaitan perasaan saya, saya menyedari dan dapat membezakan

dua perkara ini yang pertama, saya menemui kekuatan diri saya iaitu kepercayaan saya untuk

mencapai kepuasan dalam setiap perkara yang saya inginkan. Kedua, saya menemui

kepercayaan diri selepas menjalani sesi kaunseling dan berfikir secara waras dan betul

berkaitan persepsi dan melihat tindakan saya dengan betul dan berasas.

Saya mula memahami bahawa anak-anak adalah motivasi besar dalam kehidupan saya

untuk berubah dalam banyak perkara. Saya berkeinginan untuk menjadi ibu dan contoh terbaik

kepada anak-anak saya. Saya tidak berniat mengongkong atau menyekat kebebasan anak-anak
4

dalam kehidupan dan keputusan mereka. Namun saya perlu memandu mereka ke jalan yang

betul agar keputusan yang mereka lakukan tidak menimbulkan kekesalan dalam hidup. Saya

akan merasa sesal dan bersalah sekiranya saya tidak membantu anak-anak saya dalam

keputusan mereka.

KENALI KAUNSELOR ANDA (KUALITI BAIK KAUNSELOR PELATIH)

Kaunselor pelatih saya merupakan seorang pegawai polis dan berasal dari Sabah. Telah

lama berkhidmat sebagai seorang pegawai beruniform dan telah mendirikan rumahtangga.

Beliau mempunyai 4 orang cahayamata. Pada permulaan sesi, saya agar gementar kerana

beliau nampak garang dan tegas. Namun, setelah memulakan sesi saya mendapati beliau

mudah untuk didekati dan mudah memberikan kerjasama. Pada permulaan temujanji beliau

telah menetapkan temujanji pada tengahari selepas kelas, namun terpaksa dibatalkan kerana

kelas beliau terpaksa di awalkan dan beliau telah menemui saya untuk membatalkan sesi. Ianya

merupakan sifat bertanggungjawab beliau terhadap klien. Kami memulai sesi baru pada minggu

berikut. Beliau bersedia menunggu kehadiran saya dan berpakaian kemas. Pada permulaan

sesi , beliau menimbulkan suasana yang mesra dan membuatkan saya tidak canggung untuk

bercakap. Beliau mempunyai teknik untuk membuatkan saya terus bercakap di dalam sesi

tanpa batas. Beliau juga menjelaskan kepada saya berkaitan limitasi di dalam sesi yang

dijalankan dengan jelas dan meminta izin dan persetujuan saya sebelum memulakan rakaman.

Cara pertanyaan beliau semasa sesi juga memberikan keselesaan kepada saya untuk

menceritakan kisah saya secara terbuka. Beliau juga tidak memotong percakapan saya dengan

memberikan pendapat kepada apa yang saya ceritakan.

Kaunselor pelatih juga tidak tergesa-gesa mencari isu untuk dibincangkan di dalam sesi

namun memberikan ruang yang sempurna untuk membina hubungan dengan tidak

menimbulkan kegagalan. Saya menceritakan perasaan saya dengan jujur dan beliau mendengar
5

dengan baik apa yang diceritakan. Beliau juga memberikan reaksi yang wajar kepada

penceritaan saya dan membuat penyataan balas dengan mendalami apa yang saya rasakan.

Sifat menerima dan mendengar beliau memudahkan saya untuk bercerita apa yang terbuku di

dalam jiwa saya serta perasaan bersalah yang menghantui diri saya. Beliau juga tidak prejudis

dengan cerita yang didengari dari saya dan mendengar setiap cerita saya.

Beliau juga membuat pengesahan apabila tidak boleh membuat sesi atau meminda

masa sesi ke masa yang lain atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. Ianya membuatkan

saya selesa kerana saya boleh mengatur masa saya. Tempat dan masa untuk menjalankan sesi

juga baik di mana kaunselor saya menyediakan tempat yang tertutup dan sesuai untuk

menjalankan sesi. Pernah saya bertembung dengan beliau di jalan, dan beliau hanya menyapa

yang perlu sahaja kepada saya tanpa berlebih-lebihan. Ianya merupakan etika yang baik

sebagai seorang kaunselor. Semasa sesi juga kaunselor saya ada menerangkan kondisi beliau

yang tidak boleh duduk dengan betul kerana masalah kesihatan tulang belakang yang dialami

oleh beliau menyebabkan beliau tidak boleh di satu posisi dengan lama. Sikap ini membuatkan

saya memahami keadaan beliau dan tidak menyebabkan saya bersalah anggap dengan keadaan

ini. Penerokaan yang dilakukan oleh kaunselor juga baik serta tidak menimbulkan rasa kurang

selesa dan tidak selamat. Saya merasakan saya bercerita kepada seorang yang telah lama saya

kenali dan merasakan kelegaan perasaan setelah bercerita.

Saya berharap apabila saya menjalani latihan, saya akan dapat menjadi seperti

kaunselor pelatih saya dan menjalankan sesi dengan baik kepada klien saya.
6

Anda mungkin juga menyukai