Anda di halaman 1dari 6

Tugasan individu 1 :

1.0 PENGENALAN

Pada TARIKH (HARI), saya telah menjadi seorang klien dalam 3 sesi kaunseling
bersama 2 orang kaunselor yang berdaftar. Beliau merupakan kaunselor yang berdaftar
dan merupakan pegawai psikologi di Unit Kaunseling Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Setiap sesi kaunseling yang saya jalankan adalah selama 1jam 15 minit. Sepanjang hidup
saya, pengalaman menjadi seorang klien ini adalah merupakan pengalaman pertama kali
dalam hidup saya.Saya merasakan inilah pengalaman yang membuatkan saya berasa
sangat teruja kerana buat pertama kalinya saya menjalankan sesi kaunseling dengan
kaunselor yang langsung tidak saya kenali pada awalnya dan buat pertama kalinya juga
saya menjadi klien di mana saya juga turut sama mempelajari ilmu kaunseling atau
dengan kata lain, sebagai seorang bakal pelapis kepada kaunselor-kaunselor di masa akan
datang. Hal ini kerana, selain menjadi klien kepada kaunselor tersebut, saya juga ingin
mendapatkan pengalaman serta mempelajari ilmu kaunseling individu ini dengan secara
langsung. Namun, pengalaman ini tidak akan saya lupakan seumur hidup saya. Kami
telah menjalankan sesi kaunseling tersebut di pejabatnya di Unit Kaunseling Jabatan
Perkhidmatan Pelajar,Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi Selangor.

2.0 PENGALAMAN KAUNSELOR DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Saya telah menjalankan sesi bersama seorang kaunselor yang terlatih iaitu Cik Siti
Atiqah Binti Moamat Mastam. Menurut perbualan saya bersamanya, rupa-rupanya beliau
baru sahaja bergaduan pada tahun 2008 dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda di
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang Kaunseling. Beliau baru
berkhidmat 6 bulan di UKM.

1
3.0 LATAR BELAKANG SESI

1) Tarikh : 11 FEBRUARI 2009 (RABU).

2) Tempat : PEJABAT UNIT BIMBINGAN KAUNSELING,


JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR,
UNIVERSITI KEBANSAAN MALAYSIA,
43600 BANGI,SELANGOR.
3) Masa : 3.00-4.15 PETANG

4) Nama Kaunselor : CIK SITI ATIQAH BINTI MOAMAT MASTAM


5) No.telefon : 03-89215069

4.0 MASALAH YANG DIHADAPI

Masalah yang dihadapi oleh saya adalah berkaitan dengan masalah perhubungan dengan
seorang rakan iaitu dia mengugut akan membunuh diri jika saya tidak terimanya sebagai
teman lelaki saya.Masalahnya saya hanya menganggapnya sebagai kawan dan tidak lebih
daripada itu.Tambahan pula pengalaman buruk dalam hidup saya sering menghantui
perasaan saya kerana saya pernah ditinggalkan teman lelaki yang telah berkawan selama
4 tahun dengan saya.Masalah ini menyebabkan hidup saya tertekan dan takut jika rakan
saya betul-betul membunuh diri dan bagi mengurangkan tekanan ini, saya mengambil
keputusan untuk berjumpa dengan kauselor tersebut.

5.0 REFLEKSI SEBELUM MENJALANKAN SESI KAUNSELING

Sebelum saya menjalan sesi kaunseling, perasaan gemuruh di dalam diri saya semakin
menjadi-jadi dan perasaan itu juga bercampur baur antara takut, malu, dan banyak lagi.
Saya juga tidak pasti masalah saya dapat saya selesaikan ataupun tidak. Selain itu juga,
saya merasakan kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi.Selain itu juga, perjalanan

2
yang jauh mengambil masa selama 2 jam lebih dan keadaan kami yang terpaksa berkejar
untuk sampai ke Universiti tersebut kerana baru saja selesai kelas, telah membuatkan
kami sedikit penat. Perkara ini juga menyebabkan saya sedikit gemuruh dan bimbang
kaunselor tersebut menunggu kedatangan saya. Saya juga bimbang kaunselor tersebut
membuat penilaian yang kurang baik tentang saya. Bermacam-macam perkara yang saya
rasakan sebelum saya memulakan sesi tersebut. Mengenai masalah yang saya ingin
kemukakan pula, saya merasakan masalah saya ini bukanlah masalah yang begitu serius
kerana jika dibandingkan dengan masalah yang biasa kita dengar sebelum ini contohnya
kes rogol, masalah peribadi dan sebagainya adalah jauh lebih serius. Saya juga
menganggap kaunselor akan merasa bosan dengan masalah yang bakal saya kemukakan
ini.

6.0 REFLEKSI SEMASA MENJALANKAN SESI KAUNSELING

Sama seperti sebelum menjalankan sesi, perasaan saya bercampur baur iaitu merasa
gementar, takut, malu, semuanya saling berkaitan. Pada masa yang sama, ketika saya
masih dalam keadaan berkecamuk, kaunselor seperti dapat membaca perasaan saya pada
ketika itu. Sikap dan raut wajah kaunselor tersebut yang sentiasa tersenyum dan mula
berbual-bual dengan saya menyebabkan perasaan saya kembali tenang dan mula berasa
selesa ketika berada dengannya. Pada waktu itu, barulah saya merasakan satu pengalaman
yang didapati secara langsung oleh kaunselor tersebut dalam proses membina hubungan
dengan klien. Begitu natural dan “smooth” sehingga saya sendiri dapat merasakan
perubahan perasaan saya serta tanggapan saya terhadap kaunselor tersebut. Saya semakin
yakin untuk bercerita dengan lebih mendalam lagi masalah yang saya hadapi kepadanya.

Selepas kami semakin serasi dan yakin dengan kaunselor tersebut, saya mula
menceritakan masalah saya kepada kaunselor tersebut. Pada penilaian saya pada ketika
kaunselor tersebut menjalankan sesi kaunseling kepada saya,Kaunselor tersebut lebih
banyak mendengar dan memberi dorongan minima terhadap saya seperti mengangguk,
mimik muka dan sebagainya. Kaunselor juga telah bertanyakan kepada saya mengenai
pengalaman lepas yang menghantui saya bagi mengatasi masalah yang saya alami
3
ini.Pada ketika itu,air mata saya telah berlinangan.Malunya…Kaunselor itu segera
hulurkan tisu bagi saya.Ketekunan dan kesungguhan kaunselor dalam mendengar dan
memberi perhatian terhadap masalah yang saya ceritakan membuatkan saya semakin
tertarik untuk bercerita kepadanya. Walaupun saya tidak mempunyai masalah dalam
menceritakan masalah dan pengalaman saya, tetapi berasa hati amat terluka semasa
terkenangkan pengalaman pahit itu.Namun, kaunselor tersebut telah memberitahu saya
beberapa perkara yang boleh membuka hati saya supaya tidak menjadikan pengalaman
lampau itu sebagai masalah jiwa dalaman saya.Kaunselor itu juga mencadangkan saya
beberapa cara untuk berbincang dengan kawan saya yang tidak dapat berfikir secara
rasional itu. Beliau juga menceritakan serba sedikit pengalamannya dalam hidupnya
kepada sya.

7.0 REFLEKSI SELEPAS MENJALANKAN SESI KAUNSELING

Setelah sesi kaunseling ini tamat, hubungan saya dengan kaunselor yang pada awalnya
dirasakan sangat janggal, kini saya merasakan kami semakin rapat. Kaunselor itu ada
menberi cadangan kepada saya untuk menolong kawan saya supaya berfikiran secara
rasional.saya berasa lega ibarat telah meletakkan satu batu yang berat yang saya pikul
selama ini.Walaupun tidaklah semuanya,namun saya berasa amat lega.

Selain itu juga, beliau telah menasihatkan saya supaya sentiasa melibatkan diri
dengan aktiviti yang melibatkan orang ramai serta menjadi seseorang yang sentiasa yakin
pada dirinya sendiri. Bagi saya, cara kaunselor yang membawa saya supaya berfikir
secara positif membuatkan saya berasa diri saya lebih dihargai dan saya merasakan
bahawa saya perlu lebih yakin dengan diri sendiri serta percaya terhadap diri sendiri.

Selain itu juga, kaunselor itu juga telah menasihati saya menerima kenyataan
yang ‘he has gone forever and you need to put down all the things”.Selagi saya
menyimpankan pengalaman pahit itu dalam hati saya,selagi itu kenangan pahit itu akan
terus menghantui saya.Beliau menyarankan saya jangan jadikan pengalaman itu sebagai
penghalang saya untuk terus maju ke hadapan. Kaunselor menasihatkan saya membuka
pintu hati saya dan tidak memendamkan perasaan sedih dan sentiasa meluahkannya

4
kepada kawan yang boleh dipercayai.Menurut kaunselor tersebut jika seseorang asyik
memendamkan perasaan ia ibarat belon yang boleh meletup bila bila masa.

Secara menyeluruh, banyak perkara yang dapat saya pelajari ketika menjalankan
sesi kaunseling ini sebagai contoh, cara untuk membina hubungan, cara kaunselor
mengendalikan sesi kaunseling dan banyak lagi di samping ianya dapat mengurangkan
masalah yang saya hadapi. Selain itu juga, saya juga berasa sangat lega kerana setelah
banyak kekangan yang telah dihadapi, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan
individu ini dengan baik.

8.0 KOMEN, CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

8.1 Komen

Dari segi cara kaunselor menjalankan sesi kaunseling ini, saya merasakan ianya sangat
selesa walaupun saya hanya berhubung melalui telefon sahaja dengan kaunselor tersebut
sebelum menjalankan sesi tersebut. Namun, perasaan segan dan rasa janggal masih
dirasai.Cadangan dan nasihat yang diberi membolehkan saya berfikiran lebih terbuka dan
mendapat celik akal tentang masalah saya.

8.2 Cadangan dan Penambahbaikan

Pada pandangan saya,saya ingin adakan lagi sesi kaunseling bersama beliau kerana sesi
kaunseling bukan hanya dilakukan sekali sahaja.Untuk mendapat hasil yang lebih
baik,saya akan cuba meluangkan masa dan hari lain untuk sesi seterusnya supaya masalah
yang dihadapi dapat diselesaikan.

9.0 BUKTI

Bukti mengenai sesi ini adalah seperti yang saya telah lampirkan.

GAMBAR-GAMBAR

5
6

Anda mungkin juga menyukai