Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

GGGB5682
ASAS KAUNSELING & PENGURUSAN BAKAT

SET / KUMPULAN
SET 2 KUCHING

TUGASAN INDIVIDU
PENGALAMAN MENGIKUTI SESI KAUNSELING

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. EDRIS BIN ADEN

DISEDIAKAN OLEH:

LYDIA ANAK SAWA (P123810)

Pada permulaannya, saya membuat temujanji untuk berjumpa dengan kaunselor.


Semasa proses temujanji kaunselor telah bersetuju untuk menjalankan sesi kaunseling tetapi
perlu ada surat permohonan melaksanakan sesi kaunseling daripada pensyarah. Setelah itu,
kaunselor menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan beliau iaitu pada 17 April 2023
bertempat di Klinik Kesihatan Kapit.

Pada sesi pertama adalah fasa membina hubungan, kaunselor memperkenalkan diri
dan bertanya khabar, tempat tinggal dan bagaimana keadaan klien. Setelah itu, kaunselor juga
membuat fasa penstukturan iaitu kaunselor menerangkan etika ketika menjalankan sesi
kaunseling dan bagaimana perjalanan setiap sesi kaunseling individu yang sebenar
dijalankan. Selain daripada itu, kaunselor mengajukan soalan terbuka kepada saya seperti
‘ada apa-apa isu yang ingin dibincangkan?’. Saya berasa ragu-ragu untuk menjawab soalan
tersebut. Hal ini kerana, ini merupakan pertama kali saya berjumpa dengan kaunselor dan
saya rasa belum berani untuk menceritakan masalah kepada orang yang baru saya kenal
selain daripada keluarga dan kawan rapat.

Seterusnya adalah sesi kedua iaitu fasa penerokaan masalah, kaunselor bertanya
tentang isu yang ingin dibincangkan. Mula-mula saya hanya berdiam diri sebab saya masih
keliru dengan apa yang saya hendak ceritakan. Tambahan lagi, saya seorang yang introvert
dan kaunselor tersebut bukan orang terdekat dengan saya. Jadi sukar untuk saya bercerita
tentang masalah saya walaupun sebelum ini saya ada masalah tetapi tidak sampai berjumpa
dengan kaunselor. Setelah itu, kaunselor menggunakan strategi Blob Tree untuk membuka
ruang kepada saya untuk bercakap tentang diri saya. Dalam Blob Tree terdapat pelbagai
perwatakan yang dapat dijadikan panduan untuk kita beri gambaran terhadap diri kita.
Justeru itu, Kaunselor menunjukkan gambar kartun tersebut dan meminta saya untuk pilih
perwatakkan kartun apa yang menggambarkan diri saya. Sehubungan dengan itu, kaunselor
juga berkongsikan kartun yang menggambarkan diri nya. Dari situ, saya mula memberanikan
diri untuk menceritakan isu yang saya ingin bincangkan dengan kaunselor. Selain daripada
itu kaunselor juga menggunakan teknik dorong dan menunjukkan riak wajah bahawa dia
fokus mendengar cerita saya. Kaunselor turut mengajukan soalan terbuka kepada saya. Hal
ini dapat membantu saya dalam meneruskan cerita saya dengan menyatakan isi hati saya
kepada kaunselor.

Pada akhir sesi kaunseling, kaunselor meumuskan perbincangan kami berdua. Di


samping itu, kaunselor memberi banyak dorongan serta memberi refleksi terhadap
perbincangan kami pada sesi kedua kaunseling. Dari situ saya percaya bahawa kaunselor
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap luahan isi hati saya.
Secara keseluruhanya, saya amat berterima kasih kepada pensyarah dan kaunselor
kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman bagaimana perasaan
menjadi seorang klien dalam sesi kaunseling yang sebenar walaupun saya berasa ragu-ragu
berjumpa dengan kaunselor berdaftar untuk berkongsi masalah yang saya hadapi. Hal ini
kerana, tanggapan saya adalah orang yang berjumpa dengan kaunselor adalah orang yang
bermasalah. Setelah menjalankan ketiga-tiga sesi tersebut saya berasa sangat-sangat lega
kerana selama ini saya hanya menyimpan segala permasalahan dan malu untuk berkongsi
dengan orang lain lebih-lebih lagi tidak dikenali. Namun, melalui pengalaman ini saya rasa
diri saya telah berjaya meluahkan apa yang saya hadapi. Akhir sekali, saya berasa selesa
dengan kaunselor yang saya pilih sepanjang menjalankan sesi kaunseling individu kerana
beliau menggunakan banyak kemahiran-kemahiran kaunseling untuk meneroka,
mengenalpasti masalah dan membantu untuk membincangkan alternatif penyelesaian
masalah yang saya hadapi. 

Lampiran
Borang Temu Janji
Sesi Pertama pada 17 April 2023 bertempat di Klinik Kesihatan Kapit.

Sesi kedua pada 3 Mei 2023 bertempat di Klinik Kesihatan Kapit.

Sesi Ketiga pada 15 Mei 2023 bertempat di Klinik Kesihatan Kapit.


Blob Tree yang digunakan dalam sesi kedua.

Anda mungkin juga menyukai