Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN

NAMA KURSUS:

GGGD5022- SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TUGASAN:

ULASAN BUKU / BOOK REVIEW

Sekolah dan Masyarakat di tulis oleh Mashitah Sulaiman & Haliza Harun: diterbit oleh
Penerbit USIM Nilaim Negeri Sembilan, 2018, 22 hlm

PENSYARAH:

DR. NUR ATIQAH BINTI JALALUDIN

DISEDIAKAN OLEH:

NADIA NAJEEBAH BINTI ZULKIFLI

NO MATRIK:

P122761
1.0 Sinopsis

Buku yang ditulis oleh Mashitah Sulaiman dan Haliza Harun, pada 2018 ini bertajuk Sekolah
dan Masyarakat yang telah diterbit oleh Penerbit USIM Nilai Negeri Sembilan. Terdapat dua
belas bab yang membincangkan pendidikan berkaitan antara sekolah dan masyarakat. Buku ini
mempunyai dua puluh dua halaman. Buku ini berteraskan sosiologi pendidikan yang
membincangkan kaitan di antara sekolah dan masyarakat. Buku ini juga mendedahkan pelbagai
aspek pendidikan berkaitan sekolah dan masyarakat antaranya teori interaksi sekolah, organisasi,
kepimpinan, professional, perubahan pendidikan, polisi konsep dan isu-isu dalam pendidikan.
Buku ini juga adalah bertujuan untuk menyediakan pembaca kepada pengetahuan sosiologikal
yang membolehkan pelajar boleh berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dalam pelbagai
situasi dunia pendidikan. Dalam buku ini, penulis memberi penekanan sosiologi pendidikan yang
membincangkan kaitan di antara sekolah dan masyarakat. Penulis juga telah menekankan tentang
membentuk hubungan sosial yang positif dalam praktikal pengajaran dan pembelajaran
seseorang pendidik. Penulis juga turut menekankan Antara topik yang dibincangkan adalah
teori, interaksi sosial, organisasi, kepimpinan, profesionalisme, perubahan pendidikan, polisi
konsep dan isu-isu dalam pendidikan. Melalui penulisan ini, penulis berharap dapat membantu
warga pendidik menambah pengetahuan sosiologikal dalam komunikasi dan menyelesaikan
masalah dalam pelbagai situasi pendidikan. Penulis juga memberi penerangan tentang ilmu
sosiologi dalam perkembangan kajian masyarakat dan kepentingan sosiologi pendidikan dalam
konteks masyarakat. Penulis juga telah membincangkan mengenai teori kajian sosial menurut
perspektif fungsionalisme, perspektif konflik dan perspektif interaksi. Melalui penulisan ini,
dengan adanya ilmu pengetahuan sosiologi pendidikan, seseorang guru dapat meransang
semangat, minat dan motivasi pelajar. Ini kerana guru yang memahami ilmu sosiologi pendidikan
bersedia untuk mengajar akan menguasai isi kandungan subjek itu dengan sempurna, memahami
pendekatan terbaik untuk menyampaikan isi kandungan kepada pelajar serta bersemangat tinggi
terhadap pengajaran. Ini jelaslah menunjukkan bahawa kepentingan ilmu sosiologi pendidikan
dalam meningkatkan mutu pengajaran untuk peningkatan prestasi pelajar. Penulis dapat
mencapai objektifnya dalam penulisan buku yang dihasilkan dan menjadikan buku ini sebagai
panduan kepada pembaca terutamanya kepada warga pendidik.
2.0 Nilai

Bab pertama ialah pengenalan sekolah dan masyarakat. Dalam bab pertama, penulis
menekankan tentang ilmu sosiologi. Dalam makalah ini dapat dilihat bahawa penulis
menggunakan bidang sosiologi bagi pengenalan sekolah dan masyarakat kerja bidang sosiologi
memberi tumpuan kepada kajian adat resam, tradisi dan nilai-nilai yang lahir dalam kehidupan
serta cara-cara kumpulan manusia berinteraksi dalam bidang sosiologi mencakupi sub-bidangnya
sebagai contoh komunikasi, pendapat awam, kriminologi, demografi, keluarga, sosiologi
industry, sosiologi perubatan, sosiologi pekerjaan dan banyak lagi. Tajuk yang amat menarik dan
perlu untuk difahami dengan betul ialah teori kajian sosial dalam bab kedua. Di awal penulisan
bagi bab ini, penulis menerangkan tentang pendekatan sosiologi pendidikan dengan jelas iaitu
sosiologi pendidikan menggunakan pendekatan yang melihat fenomena pendidikan dalam
konteks kumpulan manusia sosial yang hidup dalam suatu situasi sosial dengan tidak
mengabaikan aspek kemanusiaan yang sosial dengan mneggunakan pengetahuan daripada
disiplin lain. Dalam bab ketiga, penulis menghuraikan tentang perubahan sosial. Dalam
penghuraiannya, penulis mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses perubahan
untuk meningkatkan, memperbaiki, mengubah pengetahuan, keterampilan dan sikap serta tatlaku
seseorang atau kelompok orang dalam usaha mencerdaskan kehidupan manusia melalui kegiatan
bimbingan pengajaran dan pembelajaran.

Manakala bab keempat bertajuk pendidikan moden. Penulis telah mengulas bahawa
Malaysia telah mengalami perubahan yang pesat dari segi pendidikan peringkat rendah,
menengah mahupun peringkat pengajian tinggi. Perubahan pendidikan moden di Malaysia
adalah sejajar dengan perkembangan semasa dalam dunia pendidikan global dan berasaskan citra
tempatan. Bab kelima menghuraikan interaksi dalam pendidikan dari sudut perspektif teori
interaksionalisme simbolik. Daripada perbincangan di atas dapat difahami bahawa teori
interaksionisme simbolik mengandaikan bahawa kehidupan sosial hanya bermakna pada tahap
individu yang tidak ada realiti sosial. Sebagai contoh, seorang pendidik tidak hanya mewajarkan
keputusan pelajarnya hanya melihat daripada hasil penilaian sementara tetapi penilaian harus
bersifat holistik berdasarkan interaksi sosial bersama secara dua hala. Dalam bab keenam
bertajuk stratifikasi sosial dalam pendidikan dimana ianya mengandungi penerangan mengenai
strafikasi sosial tradisi dan moden, kesan strafikasi sosial terhadap pendidikan dan mobiliti
sosial. Ketidakseimbangan sosial menggambarkan keadaan di mana anggota masyarakat
mempunyai perbezaan daripada status sosial, prestij atau kekuasaan. Apabila sistem
ketidakseimbangan sosial diasaskan pada hiraki kumpulan maka ia dikenali sebagai strafikasi
iaitu pemeringkatan struktur seluruh anggota kumpulan yang menonjol perbezaan dan
ketidakseimbangan dari segi ganjaran ekonomi dan kekuasaan dalam masyarakat.

Sosialisasi dibincangkan dalam bab ketujuh. Guru merupakan agen sosiolisasi yang
berfungsi dalam sesuatu organisasi atau sekolah. Selain membentuk konsep diri, guru juga
berperanan sebagai individu yang membentuk personality serta sahsiah seseorang pelajar untuk
menjadi sempurna selaras dengan kehendak masyarakat dan Negara. Dalam bab kelapan dengan
tajuk pendidikan di Malaysia dimana menjelaskan matlamat pendidikan di Malaysia iaitu
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, meningkatkan kreativiti, inovasi dan
budaya ilmu pelajar, membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat,
menyediakan sistem pendidkan yang lebih cekap, menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan, meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat
antarabangsa. Pendidikan dan masyarakat dibincangkan dalam bab kesembilan. Penulis
menekankan bahawa pentingnya untuk memupuk persekitaran sekolah yang positif yang dapat
merapatkan jurang perbezaan yang wujud dalam kalangan pelajar.

Seterusnya dalam bab ke sepuluh, penulis menghuraikan mengenai profesion guru.


Dalam bab ini penulis memberi penerangan mengenai cabaran profesion perguruan yang wujud
pada masa kini. Hal ini dapat dilihat dengan kepesatan perkembangan ICT dan proses globalisasi
telah menjadikan profesion perguruan menjadi lebih kompleks dan mencabar, guru beperanan
sebagai agen perubahan yang radikal dimana mereka peril proaktif untuk menambahbaik proses
pembelajaran dan pengajaran dengan sokongan teknologi dalam memberi input kepada pelajar.
Peranan sekolah, ibu bapa dan komuniti dihuraikan oleh penulis dalam bab kesebelas, di awal
penulisan bab ini, penulis menegaskan tentang peranan sekolah sebagai organisasi formal.
Sebagai sebuah organisasi formal, kakitangan dan masyarakat sekolah perlu peka kepada
peranan mereka dalam membolehkan organisasi sekolah tersebut mencapai matlamat yang
diinginkan. Di antaranya ialah mengenalpasti cabaran-cabaran yang boleh menghalang
tercapainya matlamat yang telah digariskan. Cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah
teknologi, persekitaran dan kuasa. Penglibatan ibu bapa dan komuniti bersama sekolah mampu
memboleh sekolah untuk mencapai matlamat yang telah digariskan Akhirnya, jalinan kerjasama
di antara tiga pihak ini dapat memberi faedah dan kebaikan kepada pelajar. Dalam bab terakhir
yang bertajuk peranan guru di dalam pembelajaran abad ke-21. Di awal perbicangan, penulis
telah menerangkan asas pembelajaran abad ke-21 iaitu merangkumi tiga komponen utama.
Komponen pertama ialah kemahiran hidup dan kerjaya, kemponen kedua ialah kemahiran belajar
dan berinovasi dan komponen ketiga ialah kemahiran maklumat, media dan teknologi. Penulis
menekankan barisan guru perlu mempunyai kualiti seorang professional yang tinggi dalam
merealisasikan transformasi pendidikan Negara. Oleh itu, guru perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran yang pelbagai bagi mendapatkan kualiti keberhasilan pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Ilmu Dalam Organisasi

Buku Sekolah dan Masyarakat ini boleh dijadikan sebagai rujukan ataupun panduan kepada
semua. Pengisian buku ini dilengkapi oleh ilmu-ilmu tentang sekolah dan masyarakat yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian oleh seseorang individu yang bergelar pendidik. Buku ini
memberi penekanan daripada aspek ilmu sosiologi dimana mengkaji tentang perkembangan
masyarakat dan kepentingan sosiologi pendidikan dalam konteks masyarakat, iaitu satu ilmu
yang mampu memberi impak kepada para pendidik jika diaplikasikan pada pelajar. Pentingnya
ilmu sekolah dan masyarakat ini terutamanya ilmu sosiologi dalam pendidikan dapat memberi
impak kepada pelajar sekiranya seseorang pendidik itu menguasai ilmu sosiologi ini dengan
baik. Ini kerana pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusian dan pendidik harus tahu
peranan mereka dalam dunia sosial dan untuk memahami pelajar.. Pendidikan dan sosiologi
adalah satu perkara yang sangat terkait antara satu sama lain.

4.0 Refleksi

Melalui buku ini, banyak perkara yang saya boleh aplikasi dalam kehidupan sebagai seorang
pendidik. Antaranya ialah kepimpinan guru merupakan salah satu elemen yang perlu
dipraktikkan serta perlu dapat memberikan impak kepada pelajar di dalam mencapai kejayaan.
Oleh itu, sebagai seorang guru selain daripada menjaga nama baik guru dan sekolah,
pemeliharaan imej profesion serta pembentukan peribadi kepimpinan yang telus bukan sahaja
boleh mempengarahui pandangan masyarakat terhadap guru malah memberi impak positif
kepada para pelajar sebagai contoh dan tauladan yang boleh diikuti kepada generasi seterusnya
guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang pelbagai bagi mendapatkan kualiti
keberhasilan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru atau pendidik kita perlu
sentiasa belajar ilmu bah seperti kemahiran penggunaan alat bantu mengajar dan teknik
penyoalan yang bersesuaian di dalam mengembangkan daya pemikiran pelajar. Selain
membentuk konsep diri, guru juga berperanan sebagai individu yang membentuk personaliti
serta sahsiah seseorang pelajar untuk menjadi sempurna selaras dengan kehendak masyarakat
dan Negara. Dalam erti kata lain, peranan seorang guru adalah amat penting di dalam proses
sosialisasi seorang pelajar terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Malah
seorang pendidik tidak hanya mewajarkan keputusan pelajarnya hanya melihat daripada hasil
penilaian sementara tetapi penilaian harus bersifat holistik berdasarkan interaksi sosial bersama
secara dua hala.

Jadi secara keseluruhannya, buku Sekolah dan Masyarakat telah digarapkan dengan
secara ilmiah oleh penulisnya kerana kedua penulis adalah merupakan seorang pendidik yang
berwibawa dalam bidangnya. Buku ini dapat memberi maklumat berguna dan perangsang kepada
pelajar, bakal pendidik dan sarjana lain umumnya untuk mendapat maklumat tambahan.

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai