Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN INDIVIDU:

REFLEKSI DIRI

NAMA PROGRAM:
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) EKSEKUTIF

NAMA PELAJAR:
BIBIYANA ANAK AJAI

NO MATRIK:
P129195

NAMA KURSUS:
ASAS KAUNSELING DAN PENGURUSAN BAKAT

KOD KURSUS:
GGGB5683

NAMA PENSYARAH:
DR. EDRIS ADEN
REFLEKSI DIRI

PENGHARGAAN

Sebelum memulakan penulisan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Dr. Edris Eden di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dan
begitu juga dengan Cik Lai Ko Xin, Pegawai Tadbir (Psikologi)(N41), Pejabat Kebajikan
Masyarakat bahagian Serian dan Puan Khyrol Etty Binti Abdul Hamid, Pegawai Psikologi (S41),
Universiti Teknologi Mara, Kampus 2, di atas kerjasama sepanjang proses pembelajaran dan
pelaksanaan kerja kursus individu ini.

REFLEKSI

Kaunselor Cik Lai Ko Xin Puan Khyrol Etty

Sesi Tarikh Sesi:

Pertama 27 September 2023 09 Oktober 2023

Kedua 25 Oktober 2023 13 Oktober 2023

Ketiga 27 Oktober 2023 17 Oktober 2023

Sepanjang persekolahan dari sekolah rendah hingga kini tidak pernah sekali terlintas di fikiran
untuk mempunyai sesi kaunseling. Menurut sudut pandangan saya sebelum mempelajari subjek
ini, GGGB5683 Asas Kaunseling dan Pengurusan Bakat. Mereka yang memerlukan khidmat
kaunseling adalah mereka yang mempunyai masalah dari segi pengurusan emosi, mempunyai
masalah tingkah laku dan sebagainya. Pendapat ini terbit adalah berdasarkan pemerhatian saya
semenjak di bangku sekolah lagi.
Oleh kerana kursus ini memerlukan saya untuk menjalani sesi kaunseling sekurangnya minimum
3 sesi. Saya telah memilih untuk menjalani sesi kaunseling bersama 2 orang Kaunselor berdaftar
dan menjalani 3 sesi bagi setiap seorang Kaunselor. Tujuan saya memilih untuk menjalani sesi
kaunseling bersama 2 Kaunselor adalah bertujuan untuk mempraktikkan apa yang dipelajari
sepanjang kelas iaitu melakukan pemerhatian dari segi karakter dan cara kaunselor menghadapi
klien. Tujuan mempraktikkan apa yang dipelajari adalah untuk membina karakter yang
bersesuaian dengan generasi masa kini bagi memudahkan pembinaan hubungan sesama manusia
tanpa mengira usia. Ini adalah kerana bagi pendapat saya setiap sesuatu perkara adalah saling
berkait. Dengan ini, sedikit sebanyak ilmu tersebut dapat saya gunakan untuk membantu
mengikut kemampuan saya. Selain itu juga, bagi melihat impak sesi kaunseling terhadap
perubahan diri saya.
Selepas tamat sesi kaunseling bersama kedua-dua kaunselor, saya berasa lebih ringan berbanding
sebelum ini. Setiap seorang kaunselor saya kongsikan satu perkara yang berbeza. Suasana bilik,
jarak komunikasi, penampilan kedua-dua kaunselor amat membantu dalam proses membina
hubungan. Mereka mendengar dengan baik dengan memberi ruang untuk saya menyampaikan
apa yang terbuku di hati. Memberi dorongan minima membuatkan saya lebih selesa. Bagi sesi
pertama, kedua-dua kaunselor bertanyakan soalan tertutup dan terbuka. Proses berkenaan
dilakukan dengan amat santai sekali. Kemudian untuk sesi kedua, lebih kepada soalan terbuka.
Kaunselor berkongsi pengalaman lepas, membuatkan saya berasa bahawa bukan saya seorang
sahaja mengalami situasi berkenaan. Sebelum tamat setiap sesi, salah seorang kaunselor akan
merumuskan sesi pada hari tersebut manakala seorang lagi merumuskan pada sesi yang terakhir.
Selepas tamat sesi bersama kedua-dua kaunselor dapat saya rasakan perubahan pada diri saya.
Sekarang saya lebih banyak senyum. Lebih aktif berbanding sebelumnya. Yang pasti dapat saya
rasakan perubahan positif yang ketara. Sifat yakin diri. Sesi kaunseling ini membantu saya
membina pengurusan emosi dan masa dengan lebih baik. Menambah baik hubungan saya dengan
mereka yang di sekeliling. Perbincangan bersama mereka sedikit sebanyak meringankan bahu
saya dan membuka minda. Sebelum ini, saya merasa buntu, keliru dan hilang fokus. Kini sedikit
sebanyak membina kembali apa yang ingin saya capai. Selepas sesi-sesi berkenaan saya dapat
melihat bukan hanya ada satu jalan sahaja yang boleh dilalui tetapi sebenarnya ada banyak ruang
dan jalan yang boleh dipilih. Apa yang saya pelajari selepas sesi-sesi ini adalah, jika menghadapi
sesuatu perkara, dengan bertenang dan kurangkan terlalu 'overthinking' dapat membuka minda
dan mengelak dari menyempitkan hati dan juga minda. Melalui sesi ini saya berharap agar
disampaikan kepada seluruh masyarakat yang lainnya akan kepentingan penjagaan kesihatan
bukan hanya pada fizikal tetapi juga mental. Masalah kecil mahupun besar kedua-duanya adalah
penyakit yang memerlukan solusi mahupun rawatan.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai