Anda di halaman 1dari 3

GGGB5222 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK: REFLEKSI

NAMA : MOHAMAD ZUL LUQMAN BIN MOHD ZULKEFLI


NOM. MATRIK : P122731
PENSYARAH : DR. SHAHLAN SURAT
Setelah memasuki kelas bagi subjek Psikologi pendidikan selama dua hari
bersama Dr Shahlan Surat serta menyiapkan segala tugasan yang diberikan, saya
mendapat banyak input dari pembelajaran subjek ini. Antara input yang diperoleh dari
mempelajari subjek ini ialah saya berpengetahuan dalam ilmu berkaitan psikologi
dalam pendidikan. Sebagai seorang yang bakal menjadi warga pendidikan, subjek ini
sangat memberi input serta ilmiah kepada saya dalam mendepani pelbagai cabaran
dimasa hadapan. Dalam subjek ini juga saya telah belajar banyak istilah dan juga
kaedah bagi menangani masalah pelajar serta salah laku pelajar bagi mengawal sesi
pembelajaran di sekolah. Saya juga dapat mengetahui pendapat serta pemikiran
beberapa ahli psikologi yang telah mengkaji perbezaan individu dengan mencipta teori
mereka sendiri.

Berdasarkan subjek ini juga, ia mengajar saya untuk memahami perbezaan


yang terdapat pada setiap pelajar. Perkara ini kerana sebagai seorang pendidik yang
semestinya akan berdepan dengan pelbagai tingkah laku pemikiran serta emosi yang
berlainan dalam kalangan pelajar. Oleh itu sangat penting untuk memahami
perbezaan karekter pelajar dari segi aspek pertumbuhan dan perkembangan pelajar
supaya proses pembelajaran yang cekap dan berkesan dapat diterapkan. Selain itu,
dengan mempelajari subjek ini juga, seorang guru itu mampu untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Pemahaman yang baik tentang ruangan kelas yang digunakandalam proses
pembelajaran sangat membantu pendidik untuk menyampaikan ilmu material kepada
pelajar dengan berkesan. Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan
oleh pendidik sehingga proses belajar mengajar dapat berjalan dengan berjaya.

Selain itu, dengan mempelajari subjek ini juga pendidik dapat membuat
pemilihan strategi mengajar dan juga metode untuk mengajar. Hal ini penting kerana
metode pembelajaran perlu disasarkan kepada karakter perkembangan pelajar.
Subjek ini juga mampu membantu para pendidik untuk membuat pemilihan metode
bagi mengaitkan karakter dan keunikan individu pelajar, jenis belajar dan tingkat
perkembangan yang sedang dialami oleh pelajar.
Secara kesimpulannya, subjek ini sangat membantu dan memberi banyak
imput kepada saya yang akan berhadapan dengan cabaran di alam pendidik nanti.
Sebagai seorang yang bakal menjadi warga pendidik nanti, subjek ini sangat
membantu dalam memberi idea untuk PdP serta memberi keyakinan kepada saya
untuk menjadi warga pendidik.

Anda mungkin juga menyukai