Anda di halaman 1dari 6

ULASAN JURNAL TAJUK JURNAL 1. Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR 2.

Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas PENULIS JURNAL 1. Samsudin Drahman dari SMK Baru Kuching , Sarawak dan Fatimah Saleh dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 2. Khairul Anuar bin Abd Rahman dan Norazrena bt Abu Samah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. ABSTRAK Jurnal yang pertama merupakan hasil kajian dan kertas cadangan oleh Samsudin Drahman dari SMK Baru Kuching , Sarawak dan Fatimah Saleh dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang terhadap masalah yang dihadapi oleh murid sekolah rendah tentang masalah matematik berayat(word problem). Perbincangan dalam jurnal ini adalah hasil dapatan satu kajian tentang sejauhmana murid Tahun Lima membuat visualisasi dalam memilih strategi penyelesaian masalah matematik berayat. Jurnal yang kedua adalah merupakan hasil kajian dan kertas cadangan oleh Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena Bt Abu Samah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap bagaimana perisian matematik membantu pelajar pendidikan khas dalam mengatasi masalah matematik di dalam tajuk pecahan. Jurnal pertama membincangkan tentang proses penyelesaian yang melibatkan lima bentuk gambaran yang dikenalpasti dalam proses visualisasi murid iaitu imej, komponen soalan, situasi masalah, matlamat dan konteks soalan. Hasil dapatan penulis juga menunjukkan murid menggunakan strategi yang berbeza seperti menggambarkan secara menta, melukis gambar/gambarajah atau membina pelambangan untuk mewakili gambaran mereka. Penulis juga turut membincangkan implikasi kajian yang dilakukan terhadapproses pengajaran dan pembelajaran matematik serta serta cadangan untuk pembangunan matematik. Jurnal kedua pula membincangkan tentang bagaimana penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dipercayai mampu menyelesaikan banyak masalah yang
1

melibatkan matematik serta mampu mengubah persepsi pelajar terhadap matematik yang dianggap sukar dan membosankan. Penulis mendapati kesukaran ini lebih dirasai oleh pelajar berkeperluan khas yang mempunyai kekurangan jika dibandingkan dengan pelajar normal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan perisian matematik bagi tajuk Pecahan terhadap pencapaian dan keberkesanannya dalam mengatasi kesilapan pelajar berkeperluan khas dalam tajuk Pecahan.

PENGENALAN Berdasarkan tajuk dan focus kajian, jurnal pertama membincangkan tentang masalah murid untuk menjawab soalan matematik berayat( word problem) dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Berdasarkan kajian penulis, murid sekolah rendah belum berupaya untuk menyelesaikan masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai kemahiran menjalankan operasi secara posedural (Mokhtar et al., 2001; Third International Mathematics and Science Study (TIMSS), 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd Daud et al.,1997). Kajian luar Negara seperti Verschaffel et al. (1999), Bransford et al. (1996), dan Hegarty et al. (1995) juga mendapati masalah matematik berayat menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan murid peringkat aal persekolahan. Penulis membuat perbandingan dimana sebelum ini, murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan teknik menghafal prosedur dan operasi matematik , menggunakan angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci (Mohd Uzi, 1999; Hassan, 1998; dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP), 1993). Selain itu penulis juga mendapati murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah matematik berayat ( Bransford et al., 1986; dan Hegarty, 1995) Menurut Khairul Anuar dan Norazrena di dalam jurnal mereka, kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak terkecuali kepada golongan kurang upaya atau pelajar berkeperluan khas. Malah golongan berkeperluan khas ini diberi penekanan dan bimbingan untuk turut serta dalam pendidikan dinegara ini. Pernyataan ini disokong dengan kewujudan Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah harian. Bahagian Pendidikan Khas melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk meningkatkan kemampuan pelajar berkeperluan khas dengan menyedia dan merangka perkhidmatan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas yang mempunyai beberapa
2

kategori iaitu masalah pendengaran, penglihatan, pembelajaran, autisme, down syndrom dan masalah akal. Jurnal ini juga memfokuskan berkaitan keperluan pelajar pendidikan khas terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, penggunaannya lebih tertumpu kepada pelajar normal dengan tujuan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah tersebut. Hal ini menyebabkan pelajar berkeperluan khas berasa tersisih dan kurang bermotivasi untuk belajar. Tambahan pula, penggunaan perisian dalam pembelajaran terutamanya dibina mengikut silibus mata pelajaran yang melibatkan subtopik yang banyak dan pelbagai. Hal ini menjadi bebanan kepada pelajar berkeperluan khas kerana mereka mempunyai kesukaran untuk menerima input yang banyak dalam satu masa.

KAEDAH YANG DIJALANKAN Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh, mereka memilih beberapa langkah penyelesaian bagi mambantu mengatasi maslah murid untuk menjawab soalan matematik berayat. Langkah yang diambil oleh penulis adalah memperkenalkan teknik Visualisasi dalam penyelesaian masalah matematik. Melalui teknik ini, murid akan menggambarkan secara mental proses atau situasi dalam soalan. Hasil yang terbina daripada visualisasi mungkin terdiri daripada sebarang imej visual sesuatu objek /proses/situasi yang digambarkan oleh individu. Selain itu teknik penyelesaian masalah matematik secara visualisasi membabitkan penggunaan imej visual yang wujud samada dalam bentuk gambar atau tanpa gambar. Teknik ini membenarkan murid menggambarkan objek yang terkandung di dalam soalan seperti kilang, jam, kotak, kamera, alamari dan seterusnya. proses visualisasi murid juga meliputi hubungan antara nombor-nombor yang digambarkan. Kaedah seterusnya ialah berkaitan dengan komponen soalan dimana soalan matematik berayat yang diberi terdiri daripada komponen seperti maklumat yang diberi dan keperluan soalan. Murid menjelaskan bahawa sesuatu yang digambarkan semasa mereka menyelesai soalan matematik berayat ialah komponen soalan. Murid menggambarkan sebahagian daripada komponen soalan seperti maklumat-maklumat yang diberi dalam soalan. Bagi kajian yang dilakukan oleh Khairul Anuar dan Norazrena, mereka menggunakan kaedah pre eksperimental di mana setiap responden diberikan ujian pre, rawatan dan ujian pos. Kaedah ini digunakan untuk mengkaji keberkesanan pembangunan perisian Matematik
3

bagi tajuk pecahan yang dibuat terhadap kemahiran pelajar berdasarkan pencapaian ujian pre dan ujian pos mereka. Pada peringkat permulaan temubual dilakukan kepada guru matapelajaran matematik yang mengajar pelajar pendidikan khas. Seterusnya isi kandungan dan aktiviti pembelajaran didokumenkan untuk pembangunan perisian Matematik. Perisian yang telah dibangunkan diaplikasikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ujian pre dan ujian pos dilakukan terhadap pelajar untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian terhadap pelajar pendidikan khas dari segi pencapaian mereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Di samping itu, kesilapan yang mereka lakukan dalam ujian tersebut dianalisis untuk didokumentasikan.

IMPLIKASI KAJIAN Melalui kajian dalam jurnal yng pertama, penulis telah mengenalpasti murid yang membuat visualisasi semasa menyelesai soalan matematik berayat telah berjaya mendapatkan penyelesaian, walaupun sebelumnya murid gagal memberi jawapan yang betul. Perlakuan ini menunjukkan bahawa teknik visualisasi dapat membantu murid mendapatkan penyelesaian bagi masalah matematik berayat. Penulis mencadangkan agar para pendidik menggalakkan murid menggunakan teknik visualisasi dalam menyelesaikan masalah matematik supaya tercetus perubahan dalam teknik penyelesaian murid. Para pendidik sendiri seharusnya menggalakkan murid untuk menggunakan teknik visualisasi dengan membimbing dan melatih murid membuat visualisasi bagi membantu mereka memahami maksud soalan dan mendapat gambaran yang jelas tentang keperluan dan matlamat soalan. Bagi jurnal yang kedua, hasil dapatan kajian membuktikan prestasi semua pelajar telah meningkat setelah belajar menggunakan perisian yang dibangunkan. Terdapat juga di antara mereka yang memperoleh markah penuh dalam Ujian Pencapaian 2 walaupun gagal memperoleh sebarang markah dalam Ujian Pencapaian 1. Hal ini membuktikan bahawa mereka mampu memperoleh pencapaian yang baik setelah belajar menggunakan perisian multimedia yang dibangunkan. Hal tersebut menyokong dapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011) di mana teknologi terutama Perisian dalam pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Keberkesanan perisian yang dibangunkan ini membuktikan elemen visual dan
4

audio mampu menarik perhatian para pelajar untuk menerokai dan mengikuti aktiviti pembelajaran yang sedang diikuti. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang melakukan kesilapan yang sama kerana kelalaian pelajar semasa proses pembelajaran.

PANDANGAN Secara kasarnya saya berpendapat jurnal tulisan penulis dalam kedua-dua jurnal adalah teratur dan berstruktur. Penyelidik menggunakan pendekatan ilmiah bercorak penyelidikan. Ini memudahkan para pembaca mengikuti siri perbincangan ilmiah oleh penyelidik secara berperingkat-peringkat. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau bahasa ilmiah saintifik yang memerlukan penggunaan istilah-istilah tertentu dalam mengungkap dan membicarakan penyelidikan yang dijalankan. Walaubagaimanapun pembaca perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang matematik dan bidang ICT untuk mencapai kefahaman yang maksimum. Secara peribadi, saya tertarik dengan jurnal tulisan Khairul Anuar dan Norazrena dimana focus kajian yang dijalankan amat bersesuaian bukan hanya untuk pelajar pendidikan khas malah untuk pelajar arus perdana. Selain itu kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Oleh itu sebagai guru, seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ICT bagi memudahkan proses pengajaran dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan isu-isu di sekolah seperti ponteng dan sebagainya.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa teknik visualisasi yang dijalankan oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh telah dapat membantu murid terutamanya mereka yang berada dalam tahap pencapaian sederhana dalam proses penyelesaian masalah matematik berayat. Murid yang berpencapaian baik juga boleh menggunakan teknik visualisasi tetapi gambaran mereka lebih bersifat abstrak. Lazimnya, pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah kurang memberi penekanan kepada aspek membuat visualisasi kerana batasan masa. Bagaimanapun, jika diukur dengan kesan pembelajaran jangka panjang dan pengukuhan yang murid perolehi daripada aktiviti membuat visualisasi, masa tidak harus menjadi alasan. Kefahaman dan
5

pengukuhan konsep matematik kepada murid adalah jauh lebih penting dan berguna dalam mencapai matlamat pendidikan matematik. Justeru, adalah dicadangkan supaya amalan membuat visualisasi menjadi satu teknik pengajaran penyelesaian masalah di peringkat sekolah rendah. Para guru harus memberi peluang kepada murid, malah perlu menggalakkan murid melakukan aktiviti visualisasi walaupun mereka mungkin memerlukan banyak masa diperingkat permulaan. Apabila proses ini menjadi amalan kepada murid, guru juga akan menikmati hasilnya apabila murid lebih berupaya untuk menyelesaikan masalah matematik berayat. Bagi jurnal tulisan Khairul Anuar dan Norazrena, mereka menekankan betapa pentingnya ICT dalam proses pengajaran. Perisian yang telah dibangunkan yang menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 serta menggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio bagi menyediakan medium pembelajaran yang menarik dan efektif. Walaupun perisian ini dibangunkan khusus untuk pelajar berkeperluan khas, namun perisian ini juga sesuai digunakan dalam penerapan konsep asas pecahan dikalangan pelajar normal. Pembangun berharap agar perisian ini dapat membantu guru-guru dalam menerapkan pemahaman berkaitan tajuk pecahan kepada pelajar. Pembangun juga berharap agar perisian ini dapat membantu pelajar dalam menguasai dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalam pembelajaran Pecahan. Seterusnya, diharapkan agar pembangunan perisian ini dapat mengatasi masalah kesukaran dan kesilapan yang berlaku dalam tajuk Pecahan.

Anda mungkin juga menyukai