Anda di halaman 1dari 11

GGGA5022 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK

NAMA : FATIN FARHANA BINTI ZURKARNAIN P123905


NURUL FATINI BINTI MUHAMAD PAUZI P124689
SITI MUTAALIAH BINTI MUSLIM P123141
HANISAH FATINI BINTI SHAMSUL AZMIN P123386
SITI NURHANANI BINTI CHE AZIZAN P123307
SITI BALQIS BINTI MOHD ZULKIFLI P122152
KUMPULAN : UKM 19
SEMESTER : 1
SESI : 2022/2023
PENSYARAH : DR. MOHD RADZANI BIN ABDUL RAZAK
PENGENALAN

Rubrik ialah kriteria pemarkahan untuk penggredan atau pemarkahan penilaian pelajar.
Sebelum membuat penilaian, kriteria dalam rubrik boleh menerangkan kepada pelajar
bagaimana mereka akan dinilai dan bagaimana mereka harus menunjukkan pengetahuan
mereka. Rubrik juga menjelaskan sebarang hasil pemarkahan atau penggredan, membantu
pelajar memahami sebab mereka menerima markah atau gred tertentu mereka. Kesimpulannya,
rubrik yang baik menggalakkan pembelajaran pelajar.

Menurut Christine Lee (2021), dalam penyelidikan pada tahun 2018, Brooks
menyatakan bahawa rubrik pertama kali dicadangkan sebagai alat untuk menganalisis
penulisan pada tahun 1912 apabila Noyes mencadangkan penggunaan rubrik sebagai cara
menyeragamkan penilaian gubahan pelajar, memandangkan pada ketika itu kaedah untuk
mengukur penilaian banyak dipengaruhi oleh factor pendapat peribadi, yang berbeza dengan
setiap individu.

Rubrik merupakan alat penilaian untuk penilaian subjektif. Hal ini adalah untuk satu
set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk
menilai prestasi murid seperti kertas, projek, esei dan tugasan lain. Standard rubrik
membolehkan kita menilai berdasarkan kriteria tertentu dan membuat pemarkahan dengan
lebih mudah dan telus. Selain itu, rubrik dapat membantu guru menjimatkan masa dalam
menilai dan memberi markah kepada murid. Kebiasaan rubrik mempunyai 2 bahagian iaitu
senarai kriteria tugas dan tahap pencapaian kriteria. Setiap kriteria di dalam rubrik merupakan
acuan prestasi sehingga dijadikan asas untuk menilai respons murid.
TUJUAN KAEDAH RUBRIK

Tujuan penilaian rubrik ini digunakan adalah untuk menilai dengan lebih terperinci tentang
prestasi murid. Guru-guru akan mendapat panduan atau rujukan yang jelas mengenai prestasi
murid melalui penilaian rubrik yang telah direkodkan. Sementara itu, rubrik juga diharapkan
keberkesanannya untuk menjadi pendorong kepada murid dalam proses pembelajaran. Rubrik
telah berkembang menjadi dialog yang canggih tentang pendekatan dan metodologi yang
berbeza, sama ada rubrik holistik, analitik atau satu titik yang masing-masing bertujuan
memupuk komponen pembelajaran yang berbeza.

KEPENTINGAN RUBRIK

Ramai pakar percaya bahawa rubrik dapat memperbaiki hasil kerja murid dan seterusnya
berupaya menambah baik proses pembelajaran. Menurut Linda Suskey (2019) melalui
penulisan artikel beliau bertajuk “10 Benefits of Well-Crafted Rubrics”, rubrik bukanlah
sejenis penawar. Walaubagaimanapun, rubrik bagus untuk menilai kemahiran berfikir dan
prestasi, seterusnya ujian berbentuk aneka pilihan jawapan ialah pilihan yang lebih baik untuk
menilai pengetahuan dan pemahaman asas, dan penulisan reflektif ialah pilihan yang lebih baik
untuk menilai banyak sikap dan nilai.

Oleh itu, kepentingan penilaian rubrik ini adalah, apabila guru menilai kertas kerja atau
projek, secara tidak langsung mereka tahu apa yang menyebabkan projek tersebut cemerlang,
baik atau lemah. Sebagai murid sekiranya rubrik diberikan terlebih dahulu, pemahaman tentang
cara penilaian akan dibuat membolehkan persediaan yang baik dilakukan. Hal ini turut dapat
membantu pelajar menilai prestasi sendiri dan membuat penambahbaikan secara kendiri.
Rubrik dikatakan dapat membantu guru dan murid dalam proses pembelajaran, kerana rubrik
mengandungi kriteria keberhasilan pencapaian murid hasil daripada pembelajaran contohnya
rubrik boleh membantu menjelaskan sesuatu objektif yang tidak jelas dan kabur mengikut
penerangan kriteria yang lebih terperinci sebagai panduan. Selain itu, rubrik boleh membawa
kepada reka bentuk kurikulum dan tugasan yang lebih baik melalui pemikiran yang teliti dan
terperinci yang masuk ke dalam perkembangan murid-murid. Seterusnya penilaian rubrik ini
boleh menjelaskan dengan mudah kepada murid-murid mengenai jangkaan penilai atau guru.

RUBRIK HOLISTIK

Berdasarkan Thavarajah (2021), pentaksiran secara holistik pula merujuk kepada suatu
pendekatan yang menuntut guru melakukan tanggapan secara keseluruhan dan bukan
bergantung pada bahagian-bahagian yang dirangka untuk melengkapkan sesebuah hasil
penulisan. Pentaksiran holistik juga dianggap sebagai satu skema pemarkahan yang disediakan
secara umum sebagai panduan untuk guru mudah menilai. Pentaksiran yang sesuai digunakan
dalam rubrik holistic adalah pentaksiran sumatif. Ini adalah kerana pentaksiran sumatif dapat
memberikan maklumat yang jelas dan terperinci tentang setiap aspek yang dinilai. Sebarang
penjelasan dan pemahaman rubrik boleh meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
semakan.

Antara ciri rubrik holistik ialah pemarkahan secara holistik terlebih dahulu memerlukan
pemeriksa memeriksa secara keseluruhan jawapan yang diberikan oleh murid. Kemudian
murid akan dikelaskan dengan pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum jangkaan
pemberian markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Pentaksiran holistik turut menggunakan
nilai ‘absolute’ iaitu dengan menggunakan skala yang kemudiannya diterjemahkan kepada
Cemerlang, Baik, Sederhana, Lemah atau Sangat lemah. Rubrik holistik dapat dibuktikan oleh
Uswah (2020), sebagai salah satu instrumen reflesksi pembelajaran yang berkesan dan juga
dianggap sebagai pentaksiran yang cepat kerana holistik menggunakan masa yang singkat
untuk memeriksa pencapaian murid dengan guru tidak perlu memeriksa kriteria secara
terperinci.

Terdapat beberapa kebaikan yang guru boleh peroleh semasa menggunakan rubrik
holistik. Antaranya ialah rubrik holistiK dapat memberi gambaran tentang pencaparan murid
secara keseluruhan dan guru tidak perlu membuang masa mereka dengan memeriksa kriteria
tersebut secara mendalam sekaligus dapat memberi gred atau markah dengan cepat. Selain tiu,
guru turut dapat mereka rubrik dalam masa yang lebih singkat kerana rubrik holsitik tidak
memerlukan penelitian yang terperinci dalam penilaian murid jadi guru dapat menyiapkan
rubrik holistik dalam masa yang singkat dan dapat menjimat masa mereka dalam masa yang
sama.

RUBRIK ANALITIK

Rubrik analitik membahagikan ciri-ciri tugasan kepada bahagian-bahagian, membenarkan


murid-murid untuk memperinci dan menentukan dengan tepat aspek-aspek yang kukuh, dan
yang mana perlu diperbaiki. Sealain itu, rubrik analitik boleh didefinisikan sebagai
pemeriksaan jawapan dimana markah diberikan berdasarkan kriteria yang lebih terperinci.
Kaedah yang digunakan dalam menganalisis rubrik analitik ini adalah berbentuk pentaksiran
formatif kerana ia memberi maklumat yang jelas dan terperinci terhadap setiap aspek yang
ditaksir. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan pentaksiran. Skema pemarkahan yang terperinci akan memudahkan
pemberian markah dengan tepat. Skrip jawapan boleh digunakan oleh pemeriksa sebagai
panduan dan rujukan pemarkahan. Di sinilah dapat dilihat kelebihan utama rubrik analitik
adalah dapat memberi pelajar gambaran yang lebih jelas tentang sebab mereka mendapat
markah yang mereka perolehi. Ia juga baik untuk guru, kerana ia memberinya keupayaan untuk
mewajarkan skor di atas kertas, tanpa perlu menjelaskan segala-galanya dalam perbualan
kemudian.
RUBRIK HOLISTIK LATIHAN CATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 6 2022.
BAB 2 PENGKARYAAN: SENI HALUS (CATAN).

Bil PENERANGAN KRITERIA TAKRIF GRED/MARKAH


Pengetahuan dan penghasilan karya berdasarkan
kemahiran apresiasi keindahan yang merangkumi:
• Mata pelajaran dan objek aspek formal
(komposisi dalam reka letak menyusun
elemen dan prinsip reka bentuk seni juga
1. • Penggunaan bahan daripada media basah Cemerlang 80-100
(cat air).
• Kemahiran yang sangat kreatif apabila
menggunakan teknik basah atas basah
atau basah atas kering yang betul dan
bersih semasa bekerja.
• Karya yang mengikut tema dan
menggunakan media basah yang sesuai
dengan betul
2. • Menggunakan teknik basah atas basah Baik 60-79
atau basah atas kering yang betul serta
fokus pada komposisi (proportion) yang
baik.
• Mengetahui cara menghasilkan kerja yang
memuaskan.
3. • Menggunakan media basah (cat air) dan Sederhana 40-59
teknik basah atas basah atau basah atas
kering yang betul.
• Kemahiran pengetahuan dan penghasilan
karya yang tidak mencukupi
• Penggunaan teknik basah atas basah atau
4. Lemah 20-39
basah atas kering penggunaan yang tidak
mencukupi. Penghasilan karya yang tidak
memenuhi kriteria yang tertera di atas.
• Kemahiran pengetahuan dan penghasilan
karya yang lemah
• Penggunaan media basah (cat air) dan
pengeluaran teknik basah atas basah atau Sangat
5. 0-19
basah atas kering yang sangat lemah. Lemah
Penghasilan karya yang memerlukan
penambahbaikan.

JUMLAH 100%
RUBRIK ANALITIK LATIHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 6 2022.
BAB 2 PENGKARYAAN: SENI HALUS

Kriteria
Cemerlang (16-20) Sederhana (8-15) Lemah (1-7)
Markah (%)

TOPIK LUKISAN (20)


Mengetahui dan memahami bahasa dan istilah seni visual dalam
• Soalan berstruktur
topik lukisan.
• Jawab semua soalan

Cemerlang (16-20) Sederhana (8-15) Lemah (1-7)


TOPIK CATAN (20)
• Soalan berstruktur
• Jawab semua soalan Mengetahui dan memahami bahasa dan istilah seni visual dalam
topik catan.

Cemerlang (18-25) Sederhana (8-17) Lemah (1-7)


TOPIK CETAKAN (25)
• Soalan berstruktur
• Jawab semua soalan Mengetahui dan memahami bahasa dan istilah seni visual dalam
topik cetakan.

Cemerlang (18-25) Sederhana (8-17) Lemah (1-7)


TOPIK ARCA (25)
• Soalan berstruktur
• Jawab semua soalan Mengetahui dan memahami bahasa dan istilah seni visual dalam
topik arca.

SIKAP DAN SAHSIAH (10) Cemerlang (8-10) Sederhana (4-7) Lemah (1-3)

JUMLAH 100%
CONTOH SOALAN RUBRIK HOLISTIK LATIHAN CATAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL TINGKATAN 6 2022.
BAB 2 PENGKARYAAN: SENI HALUS (CATAN).

Soalan:

Di atas sebuah meja, terdapat sesikat pisang yang diletakkan di atas sebiji pinggan. Di
hadapan pisang tersebut terdapat dua biji epal berwarna merah yang juga diletakkan di atas
pinggan yang sama. Kemudian terdapat sebiji lagi epal berwarna merah yang terletak di
atas meja berhampiran pinggan tersebut.
Anda dikehendaki menimbulkan bentuk, jalinan dan kesan pengcahayaan terhadap
kesemua objek tersebut menggunakan kaedah catan.

CONTOH PENGIRAAN MARKAH BAGI KARYA MURID

Rajah 1

CONTOH PENGIRAAN MARKAH


Soalan: Buat satu lukisan pengkaryaan atau perekaan bertemakan kaedah catan.
Markah akan diberi jika murid mengikuti kriteria yang telah ditetapkan.
a) Berdasarkan hasil karya yang dicipta murid, murid ini telah menggunakan media yang
sesuai dan betul namun dari segi kemahiran komposisi, murid masih kurang
menguasai kerana cahaya yang dilukis dalam karya tersebut tidak berapa menepati
nilai yang terdapat dalam elemen seni. Jadi markah yang diberikan oleh guru kepada
hasil karya oleh murid tersebut hanya 55% iaitu pada tahap sederhana.

CONTOH SOALAN RUBRIK HOLISTIK LATIHAN CATAN PENDIDIKAN SENI


VISUAL TINGKATAN 6 2022.
BAB 2 PENGKARYAAN: SENI HALUS

Topik Lukisan (20 markah)

1) Jelaskan tiga tujuan utama penghasilan lukisan. (6 markah)

2) Berikan penjelasan tentang jenis lukisan yang dinyatakan di bawah. (6 markah)


a) Lukisan figuratif.
b) Lukisan teknikal
c) Lukisan ilustrasi

3) Jelaskan empat teknik penghasilan lukisan. (8 markah)

Topik Catan (20 markah)

1) Berikan penjelasan tentang teknik-teknik catan air. (6 markah)

2) Huraikan empat teknik catan minyak. (8 markah)

3) Nyatakan ciri-ciri gerakan aliran Renaisans. (6 markah)

Topik Cetakan (25 markah)

1) Apakah yang dimaksudkan dengan cetakan? (6 markah)

2) Nyatakan tiga jenis cetakan timbulan. (6 markah)

3) berikan kegunaan media cetakan yang dinyatakan di bawah. (8 markah)


a) Imulsi.
b) Sekuji.
c) Kotak lampu.
d) Pemidang skrin.
e) Minyak linsid.

4) Namakan jenis-jenis cetakan. (4 markah)


Topik Arca (25 markah)

1) Berikan tiga seni kraf trasidisional Melayu yang boleh dikategorikan sebagai arca
berfungsi dalam masyarakat Melayu tradisi. (6 markah)

2) Apakah jenis arca yang ditunjukkan dalam gambar di bawah? (2 markah)

3) Berikan penjelasan apa yang dimaksudkan dengan: (4 markah)


a) arca berfungsi
b) arca estetika

4) Jelaskan teknik penghasilan arca asemblaj (6 markah)

5) Namakan tujuh jenis arca (7 markah)

CONTOH PENGIRAAN MARKAH


Soalan: Jelaskan tiga tujuan utama penghasilan lukisan. (6 markah)
Huraian pemarkahan: 6 markah memerlukan 3 huraian + 3 contoh

Jawapan:
i) Menggambarkan ilusi tiga dimensi pada permukaan dua dimensi. (1 markah)
Contohnya, dengan memasukkan kajian perspektif atau mengkaji kesan cahaya. (1 markah)
ii) Mengkaji struktur sesuatu benda. (1 markah)
Contohnya, melalui penggunaan garisan. (1 markah)
iii) Menyampaikan mesej melalui komentar sosial. (1 markah)
Contohnya melukis kartun. (1 markah)
RUJUKAN
1) Thavarajah, S., & Sarudin, A. (2021). Pentaksiran Analitik dan Holistik Elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Penulisan Berdasarkan Teori Metafora
KonsepsiI. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education
Journal – MyLEJ), 11. https://doi.org/http://journalarticle.ukm.my/16759/1/256-492-1-
SM.pdf

2) Uswah. (2020, December 31). Memulai membuat Rubrik Sebagai Alat Penilaian.
BINUS University. Retrieved January 2022, from
https://binus.ac.id/knowledge/2020/12/rubric/

3) Know your terms: Holistic, analytic, and single-point rubrics. Cult of Pedagogy. (2021,
August 19). Retrieved January 2, 2023, from
https://www.cultofpedagogy.com/holistic-analytic-single-point-rubrics/

4) Suskie, L., & Author, W. (2019, August 26). 10 benefits of well-crafted rubrics.
Wiley. Retrieved January 2, 2023, from https://www.wiley.com/en-
us/network/education/instructors/teaching-strategies/10-benefits-of-well-crafted-
rubrics

5) What is the history of Rubrics? why do rubrics matter? Turnitin. (2022, December 30).
Retrieved January 2, 2023, from https://www.turnitin.com/blog/what-is-the-history-of-
rubrics-why-do-rubrics
matter#:~:text=The%20first%20use%20of%20the,capitals%2C%20and%20religiousl
y%20significant%20names.

Anda mungkin juga menyukai