Anda di halaman 1dari 8

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

GGGD5022 SEKOLAH DAN


MASYARAKAT

TUGASAN INDIVIDU: ULASAN BUKU

NAMA PELAJAR : NURUL SYAMIMI BINTI MOHAMMOD


NO MATRIK : P128187
SET 14
NAMA PENSYARAH : PUAN YASMIN ZAKARIA
ULASAN BUKU / BOOK REVIEW

Membangun Malaysia Madani oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Selangor,
IDE Research Centre Sdn. Bhd, 2022, 317 hlm

Diulas oleh Nurul Syamimi binti Mohammod

Buku ini adalah hasil karya Perdana Menteri Malaysia yang ke 10, YAB Dato' Seri
Anwar bin Ibrahim pada tahun 2022 yang membingcangkan tentang membangunkan
Malaysia Madani. Buku ini adalah usaha beliau untuk memberi kefahaman yang yang lebih
utuh dalam kerangka pemikiran, falsafah, etika dan tindakan dalam membangun Malaysia
Madani.

Madani mempunyai agenda besar. Ia adalah sebuah pelan negara untuk dipacu ke
masa hadapan. Amanat penulis berkisarkan tentang pembangunan individu, masyarakat,
negara dan segala isinya berlandaskan konsep Malaysia Madani. Malaysia madani merupakan
wawasan kenegaraan dan juga sebuah falsafah sosial yang menggariskan enam prinsip asas
sebagai landasan pebangungan negara yang lebih maju dan adil.

Menariknya dalam buku ini, penggunaan istilah MADANI sebagai nama gagasan
sosial sekaligus berjaya mengkaitkan isu-isu semasa dengan falsafahnya. Madani secara
umumnya bermaksud maju dari segi rohani, jasmasi, dan intelektual. Malaysia Madani adalah
berlandaskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormaT,
keyakinaN, dan Ihsan.

Seperti sedia maklum negara mengalami detik sukar kebelakangan ini. Dengan
timbulnya pergolakan politik dan wabak COVID 19 semua lapisan rakyat turut terkesan. Isu-
isu politik kotor dan rasuah menjadi kebimbangan masyarakat setempat. Melalui buku ini
penulis menyampaikan wawasan negara untuk diberi kesegaran semula melalui pengalaman
dan kelebihan yang ada. Setiap rukun akan menerangkan takrifan kebiasaan, takrifan kami,
visi, masyarakat atau kewasan sasaran dan mencorak dasar. Antara elemen penting dalam
pembuatan mencorak dasar untuk setiap rukun adalah ekonomi dan kewangan, perundangan,
institusi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, bandar dan luar bandar. Kesalingkaitan
antara keenam-enam rukun Madani harus sentiasa diperkukuh sebagaimana setiap rukun
mempengaruhi rukun yang lain. Dalam masa yang sama mengambil kira sejarah semasa
negara. Dasar Madani juga harus bersedia untuk menghadapi kelajuan, skala, skop dan
keserentakan, percanggahan, kerumitan, serta kemampuan untuk menghadapi kekacauan.

Pendidikan sentiasa menjadi barisan hadapan kepada setiap enam rukun Madani. Bak
kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Melalui Pendidikan rendah dan
menengah nilai-nilai madani mudah diterapkan untuk difahami dan dihayati. Guru-guru
memainkan peranan besar dalam menyampaikan fahaman ini untuk melahirkan masyarakat
madani. Ianya bukan sekadar menyampaikan secara teori, malah turut mengamalkan secara
praktis bagi memastikan gaya hidup madani tidak hanya berlangsung disekolah sahaja malah
turut diamalkan di luar sekolah mahupun di alam pekerjaan.

Penekanan tidak hanya diberikan kepada sekolah rendah dan menengah, tapi turut
melibatkan institusi Pendidikan tinggi. Penyelidikan yang lebih meluas kepada enam-enam
rukun ini harus diberi galakkan kepada pelajar dengan menyediakan lebih banyak geran.
Penyelidikan yang lebih mendalam ini diharapkan mampu memberi lebih penghayataan
dikalangan professional seterusnya mencipta formula baru kepada lapisan masyarakat lain.
Setiap lapisan rakyat Malaysia tiada yang terkecuali. Ianya termasuklah golongan B40, M40,
T20, kanak-kanak, dewasa, pelajar, pendalaman, luar bandar, bandar, mahupun ahli politik.
Bahkan alam sekitar turut menerima kesan baik dari pengamalan budaya madani ini.

Rukun madani pertama iaitu kemampanan lebih memberi penekanan memelihara dan
memulihara alam sekitar seperti hutan simpan, sumber air dan hidupan liar. Kepentingan
sumber-sumber semula jadi perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah samaada secara
langsung atau sebaliknya. Impak buruk daripada ketidakcaknaan manusia terhadap alam
sekitar juga mampu memberi kesedaran pelajar untuk lebih menghargai alam semula jadi.
Undang-undang yang memjaga hak alam sekitar juga turut diperkenalkan kepada pelajar agar
mereka lebih berwaspada. Hasil daripada kesedaran ini dapat menyelamatkan alam kita
dimasa akan datang dan melahirkan masyarakat yang mempunyai hubungan baik dengan
alam disekitarnya secara tidak langsung melindungi alam semula jadi dari kepupusan dimana
generasi akan datang masih berpeluang untuk menikmati dan meneroka keindahan dan
fungsinya.

Bagi istilah kesejahteraan pula, bermaksud keseimbangan kehidupan sejagat yang


mencakupi segala aspek. Dalam konteks pendidikan, kesejahteraan dan pemeliharaannya
amat penting untuk dititikberatkan dimana pelajar yang cemerlang bermula dari mereka yang
sejahtera. Kesejahteraan seorang pelajar itu datang dari kesejahteraan dan keharmonian
sesebuah keluarga. Malaysia harini sangat popular dengan kekangan kewangan yang
memaksa mereka bekerja keras untuk menafkahi ahli keluarga. Kurangnya masa bersama
keluarga mengakibatkan pengabaian terhadap anak-anak semakin banyak berlaku. Disamping
kos hidup yang semakin mencengkam, budaya yang terlalu berjimat cermat juga
mempengaruhi corak pemakanan mereka seterusnya menjejaskan kesihatan. Hari ini juga
dapat kita lihat di akhbar- akhbar dan media sosial yang menyatakan masalah mental rakyat
Malaysia yang kian meruncing. Penulis menyatakan melalui rukun kesejahteraan, bantuan
kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan ditambah baik. Proses permohonan
bantuan untuk memulakan perniagaan kecil dan sederhana dipermudahkan dan tidak perlu
mengambil masa yang lama. Mereka yang kurang mampu juga berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran yang lebih tinggi dengan bantuan kewangan seperti biasiswa mahupun mehapuskan
pembayaran semula PTPTN kepada golongan B40. Dengan ini membuka ruang untuk rakyat
mengubah nasib keluarga seterusnya keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia dapat
dipertingkatkan sementara jurang pendapatan rakyat juga dikurangkan.

Dalam buku ini juga penulis menyatakan impiannya untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju dari segi teknologi seiring dengan negara-negara maju yang lain.
Daya cipta yang tinggi mampu mengurangkan kebergantungan negara kita terhadap negara
lain. Kita mampu menjadi pengeluar sesebuah teknologi dan menggunakan teknologi itu
sendiri. Pendapatan negara dapat ditingkatkan dan membuka banyak lagi peluang kerjaya.
Memperkenalkan subjek sains komputer di sekolah dan menarik minat pelajar tentang ilmu
pengekodan dapat mengilap bakat mereka diperingkat awal. Masih ramai yang tidak celik IT
pada masa kini terutamanya dikawasan luar bandar dan pendalaman. Memberi pendedahan
seperti menganjurkan kelab komputer dapat memberi gambaran awal kepada mereka untuk
menunjukkan bakat-bakat yang terpendam. Undang-undang hak cipta dan perlindungan
produk harus diteroka dan dimantapkan lagi bagi mengurangkan risiko salah laku hak
pencipta. Sokongan ekonomi dan kewangan kepada daya cipta haruslah utuh bagi memberi
peluang anak muda membuktikan idea-idea mereka menjadi sebuah kenyataan.

Rukun madani keempat iaitu Hormat harus diselusuri untuk membentuk sebuah
masyarakat Malaysia yang adil dan saling menghormati, berdedikasi, punyai nilai
kesaksamaan dan berintegriti tinggi. Budaya kita sememangnya mengamalkan hormat-
menghormati, namun penekanan harus diberikan kepada kemajmukan bangsa,
kesaksamaan,dan hak sama rata.
Selain itu, dengan adanya nilai hormat dalam diri setiap individu, menjadikan negara
kita negara yang sangat harmoni. Masalah buli disekolah akan berkurangan apabila mereka
menghormati satu sama lain, baik sesama pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat
sekeliling. Bukan itu saja, mereka juga akan lebih berwaspada dalam penggunaan media
sosial. Mereka menghormati hak orang lain dalam membuat hantaran dan meninggalkan
komen di media sosial. Hormat juga menjadi alasan untuk mereka tidah mudah mengambil
hasil kerja orang lain untuk kepentingan sendiri. Dalam mengikat perpaduan dan
menyuburkan rasa hormat dalam kalangan rakyat, pendidikan sekali lagi menjadi barisan
hadapan. Nilai-nilai murni harus diterapkan disekolah serta turut memberi fokus kepada
tatasusila penggunaan media sosial dan teknologi baharu. Kurikulum baharu yang memberi
nilai menghormati alam semula jadi harus diketengahkan. Hasilnya, lahirlah masyarakat yang
menghormati hak orang lain,ibu bapa dihormati, guru-guru disanjungi dan alam sekitar yang
terjaga.

Rukun ke lima iaitu Keyakinan. Keyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah,
yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi. Keyakinan adalah
tonggak utama dalam mengukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kerajaan dan rakyat,
kalangan individu, keluarga, masyarakat dan semua pertubuhan yang berdiam dalam negara
ini. Memulihkan keyakinan juga menjadikan demokrasi kita lebih baik, dimana undang-
undang digubal berdasarkan idea-idea bernas dan progresif dari rakyat. Sektor ekonomi,
perundangan, pendidikan harus mempromosikan gaya yang lebih meyakinkan dalam
menggapai keyakinan rakyat dalam apa jua bidang. Rasuah dan diskriminasi yang
mengakibatkan ketidaksamaan ditempat kerja dan dalam masyarakat harus diperangi habis
habisan. Perundangan yang bersih dari politik wang dan rasuah lebih diyakini dan dihormati.
Persekitaran persekolahan yang meyakinkan antara ibu bapa, guru, pelajar, dan kementerian
menjadikan pembelajaran berlangsung dengan lebih baik. Guru-guru dan masyarakat akan
lebih berani bersuara kerana yakin hak mereka dilindungi.

Rukun Madani yang terakhir iaitu Ihsan. Ihsan itu sinonim dengan makna peduli dan
belas kasihan. Perasaan ihsan itu juga adalah menyelami penderitaan dan kemelaratan orang
lain, lalu mencari jalan penyelesaiannya. Visi Malaysia yang lebih ihsan bukan semata
mempedulikan golongan yang kurang bernasib baik, malah untuk seluruh rakyat melalui
penyediaan keperluan asas yang mencukupi, makanan yang berkhasiat seimbang, perumahan
yang mampu milik, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan yang bersesuaian serta sokongan
berterusan untuk golongan yang miskin dan terpinggir. Sebagai permulaan, kurikulum
berteraskan nilai ihsan di sekolah rendah dan menengah diperkenalkan. Manakala diluar bilik
darjah kempen-kempen yang mendukung dan menekankan nilai ihsan di rumah, di tempat
kerja, di sekolah, dan seluruh negara bagi menggabungkan nilai-nilai Islam, budaya peribumi,
konsep agama dan falsafah lain dipromosikan. Manakala penyelidikan mengenai isu dan
dasar ihsan di universitu dan institusi pendidikan lain harus digalakkan. Kerajaan juga harus
mempromosikan perkhidmatan kesihatan secara sukarela tanpa memikirkan soal keuntungan
semata. Kita juga seharusnya membudayakan nilai ihsan dalam Bahasa, agama, sejarah dan
system moral di Malaysia melalui kempen khidmat sukarelawan. Kerajaan haruslah bersikap
positif dan dan mesra terhadap petugas professional kesihatan dan sosial bagi mewujudkan
masyarakat Malaysia yang lebih menghargai jasa dan memberi ganjaran setimpal kepada
mereka yang berkhidmat untuk rakyat.

Buku ini juga turut membincangkan Madani untuk Malaysia Pasca-Covid.


Pengalaman dan pergelutan semasa kemuncak covid seharusnya menjadi ikhtibar untuk
persediaan akan datang terutamanya sektor kesihatan, ekonomi dan pendidikan. Melihat
angka yang terkorban, persediaan mestilah lebih rapi berbanding sebelumnya. Kemelut
kewangan negara dan rakyat yang begitu runcing juga harus ditangani dengan baik tanpa
mengadai hak negara mahupun rakyat. Bidang pendidikan pula harus lebih kreatif dan
fleksibel untuk tetap menyalurkan ilmu untuk para pelajar mahupun melalui landasan yang
lebih mencabar. Wabak dan bencana alam tidak lagi wajar dijadikan alasan dalam usaha
melahirkan kemenjadian generasi negara akan datang. Justeru rakyat dari setiap lapisan,
lapangan dan kemahiran harus berganding bahu membendung kemelut
yang mencengkam negara.

Hasil dari pembacaan buku ini, dapat saya simpulkan bahawa dalam menjayakan
Malaysia Madani ianya bukan dari pihak kerajaan semata-mata. Semua golongan kaya dan
miskin, bangsa, lapisan umur perlu memainkan peranan masing-masing. Namun dalam
menjayakan kerjasama ini, nilai-nilai teras madani harus terus disuburkan melalui peranan
kerajaan dan pemimpin terlebih dahulu. Memandangkan usaha Madani ini menuntut
sokongan dari setiap lapisan masyarakat, penyampaian rukun-rukun ini sewajarnya
disampaikan dalam bahasa dan tatabahasa yang mudah difahami. Pengunaan istilah-istilah
klasik menyukarkan pemahaman sesetengah pihak terutamanya dikalangan bukan melayu
dan masyarakat di bandar yang lebih gemar mengunakan bahasa penjajah berbanding bahasa
kebangsaan Malaysia. Saya juga berpendapat penulis terlalu memberi kritikan kepada
kerajaan pemerintah sebelumnya tanpa mengambil kira kekangan yang ada ketika itu. Penulis
juga seakan terlalu mencari kesalahan pemerintah terdahulu dan kurang memandang
kebaikan-kebaikan yang telah
disalurkan kepada rakyat terutama ketika dunia di serang COVID19 seperti bantuan
kewangan, pemberian vaksin percuma secara besar-besaran dan undang-undang dalam
menjaga kebajikan pekerja contohnya memastikan pembayaran gaji daripada pihak majikan
meskipun ketika perintah kawalan pergerakan. Syarikat-syarikat yang terjejas juga diberi
bantuan melalui pinjaman dan bantuan kewangan. Namun kerangka MADANI ini perlu
diberi sokongan memandangkan ia adalah sebuah pendekatan yang mencakupi segala bentuk
kebaikan dan kebajikan yang diingini dan diperlukan oleh sesama manusia, baik diperingkat
individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun antara bangsa seterusnya memacu Malaysia
Madani yang holistik, seimbang dan inklusif.
Rujukan

Ibrahim, A. (2022). Membangun Negara Madani:Visi dan Kerangka Dasar Reformasi (p.
217). IDE Research Centre Sdn. Bhd.

Nadmilail, A., & Subramaniam, P. (2011, August 24). Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Meningkatkan Tahap Penguasaan Murid Tahun 3 Bagi Tajuk Panjang (Learning Outside the
Classroom Improves Year 3 Pupils’ Mastery Levels for Titles “Length”)

Siong, W. H., Manaf, A. W. A., & Ali, J. M. (2020). Tinjauan tentang kesan Covid-19 dan
isu perundangan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. International
Journal of Law Government and Communication, 5(21), 72-82.

Anda mungkin juga menyukai