Anda di halaman 1dari 11

NAMA DAN NO MATRIK

MOHAMAD NADI BIN NOR AZEMI


GB03007

KOD DAN NAMA KURSUS


SKPX2093 PRINSIP DAN BIMBINGAN KAUNSELING

SESI PENGAJIAN
SEMESTER 2 SESI 2018/2019

TUGASAN INDIVIDU
NAMA PENSYARAH
DR CHONG SHEAU TSUEY
Pengenalan

Sebagai seorang pelajar dalam proses pembelajaran subjek Prinsip Bimbingan & Kaunseling
SKPX 2093. Setiap mahasiswa PBJJ Program Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian ( PSIKOLOGI )
pada semester 6 perlu menghadiri sesi kaunseling dengan mana – mana kaunselor yang berdaftar ini
adalah untuk merasai pengalaman menghadiri sesi kaunseling daripada kaunselor-kaunselor berdaftar.

Merujuk pada Teori Bimbingan dan Kaunseling Pemusatan Perorangan oleh Carl Rogers,
manusia mempunyai keupayaan diri untuk menimbang dengan positif jika didedahkan dengan situasi
yang positif dan memberansangkan serta mendapat keperluan asas mereka ( Myint, luordusamy, Quek
& Angela, 2005). Kaunseling didefinisikan sebagai satu proses perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat
berlandaskan etika kaunseling. Kaunseling juga adalah suatu proses sistematik untuk membantu
perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar
mengikut kepada etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang
holistik baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan kemajuan dan penyesuaian itu akan
berterusan sepanjang hayat klien” Majalah Kaunseling, bil 1 2001.

Kaunseling membantu ke arah kesejahteraan diri individu melalui pendidikan, pencegahan, pemulihan
dan pengembangan. Kaunseling juga membimbing individu mencari sumber dirinya yang
menyumbang kepada isu yang dihadapinya. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting
dalam menghasilkan perubahan diri. Kaunselor memainkan peranan untuk merungkaikan
permasalahan secara sedikit demi sedikit melalui kaedah penerokaan masalah dan mencadangkan
penyelesaian yang terbaik kepada individu yang terlibat. Melalui Teori Pemusatan Perorangan menurut
Suradi ( 1997 ), manusia dianggap mempunyai sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi
penuh iaitu untuk hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Menurut Suradi ( 1997 ) lagi, kaunselor
harus menyedari beliau dipandu oleh hipotesis bahawa individu mempunyai cukup keupayaan untuk
menghadapi dengan membina semua aspek kehidupannya yang terpendam dan dia boleh dibawa
keluar kealam kesedaran. Maka Tujuan kaunseling dijalankan adalah untuk meningkatkan
pembangunan personal, jati diri dan kematangan social. Kaunseling juga membolehkan individu lebih
bertanggungjawab dan mampu mengendalikan tingkahlakunya. Selain daripada itu kaunseling juga
bertujuan membantu individu agar lebih bersikap tanggung jawab dan mampu membuat keputusan
sendiri. Kaunseling juga bertujuan membantu seseorang individu itu untuk menilai kekutan dan
kelemahan diri sendiri untuk mereka perbaiki dan gunakan sebaik-baiknya.
Kebanyakan orang sering kali tersalah anggap apakah itu sebenarnya kaunseling. Tanggapan-
tangggapan yang salah sering dikaitkan dengan kaunseling adalah seperti orang ramai menganggap
kaunseling hanyalah sekadar nasihat, kaunseling hanya untuk orang-orang yang bermasalah,
kaunseling hanya untuk pelajar sahaja, kaunseling hanyalah berbual-bual sahaja dan kaunseling boleh
mengubat semua penyakit serta lain-lain lagi.

Demi menjalankan tugasan ini saya merancang untuk berjumpa dengan Pegawai Kaunseling
Cik Jennifer A/P Alexander ( KB06605 PA 06085 ) yang bertugas di Hospital Seri Manjung, kelebihan
ini saya gunakan sebaiknya kerana jarak yang berdekatan memudahkan saya untuk menjalankan sesi
kaunseling seperti yang direncanakan. Sebagai permulaan terlebih dahulu saya telah merangka sebuah
situasi dan permasalahan yang sesuai sebelum sesi kaunseling berlangsung. Tujuan saya merangka
permasalahan ini adalah untuk menampakkan bahawa sesi kaunseling yang berlaku nanti merupakan
situasi dan keadaan yang sebenar, dan saya dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana proses itu
berlaku dan mempelajari kemahiran yang bersesuaian daripada pegawai kaunseling yang terlibat nanti.
REFLEKSI

Permasalahan dan situasi yang telah dirangka dan direncana adalah berkenaan
permasalahan ekonomi yakni kewangan yang dibebani hutang yang tinggi memberikan tekanan kepada
kehidupan seharian saya. Setelah segala persiapan dilakukan saya telah menghubungi Pegawai
Kaunseling Hospital Seri Manjung iaitu Cik Jennifer A/P Alexander ( KB06605 PA 06085 ) untuk
mendapatkan temujanji untuk khidmat sesi kaunseling dengan beliau.

Setelah menghubungi beliau dan menetapkan tarikh yang sesuai saya dikehendaki menghadiri
sesi kaunseling tersebut pada hari Rabu 5 Jun 2019 yang lepas. Berpandukan kepada jadual beliau
perjumpaan kami ditetapkan pada sebelah pagi. Seperti yang direncanakan pada tarikh dan waktu yang
ditetapkan saya hadir ke bilik pegawai kaunseling tersebut buat pertama kali untuk merasai
pengalaman sebenar menjalani sesi kaunseling daripada kaunselor berdaftar. Sesampainya saya di sana
saya disambut dengan senyuman dan ucapan selamat pagi daripada pegawai kaunseling tersebut.

Daripada pemerhatian saya apabila saya melangkah masuk ke dalam bilik kaunseling tersebut
saya merasakan suasana yang tenang dan aman mungkin pemilihan warna di bilik tersebut yang ceria
dan mententeramkan dan susun atur perabut yang kemas dan suhu yang agak nyaman tidak terlalu
sejuk dan tidak terlalu panas. Sempat saya memerhatikan di sekeliling bilik tersebut dan hanya
terdapat dua orang kakitangan sahaja yang ada pada waktu itu. Sesi kaunseling saya dijalankan di
bahagian hujung bilik yang terbahagi disebelah hujung, Susunan bilik itu menguntungkan bagi saya
kerana menghadirkan rasa privasi dalam diri saya, sebaliknya jika sesi kaunseling itu dijalankan di
bahagian tengah bilik tersebut mungkin saya akan lebih kekok. Di sudut tersebut terdapat dua sofa
yang selesa meja kopi untuk pelanggan dan pegawai kaunseling. Saya dijemput duduk oleh pegawai
kaunseling tersebut di sofa yang disediakan. Sebelum sesi kaunseling kami memperkenalkan diri
masing-masing terlebih dahulu.

Setelah mengenali diri masing - masing, pegawai kaunseling seterusnya memberi maklumat
awal mengenai kaunseling. Beliau menceritakan apa sebenarnya yang dikatakan kaunseling itu dan
pegawai kaunseling yang berdaftar adalah terikat dengan akta kaunselor 1998 (Akta 580). Di mana
adanya etika dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pegawai kaunseling. Di antara yang terpenting
adalah mengenai kerahsiaan pelanggan. Setelah diterangkan secara ringkas mengenai kaunseling
barulah saya berasa yakin dan selamat untuk menceritakan segala masalah kepada pegawai kaunseling.

Kemahiran berkomunikasi yang baik dapat dilihat dari awal sesi kaunseling itu bermula,
pegawai kaunseling memulakan sesi dengan berbual untuk lebih mengenali saya secara peribadi,
mungkin beliau ingin menghilangkan rasa kekok dalam diri saya, tetapi cara perbincangannya bertukar
tanpa disedari seperti perbualan antara saudara ataupun rakan yang sudah lama dikenali. Saya sungguh
tertarik dengan gaya lantunan bahasa dan riak wajahnya yang menimbulkan rasa selamat dan ikhlas
pada saya. Dengan perlahan – lahan perbincangan kami bertukar ke perkara utama permasalahan saya,
beliau meminta saya memberitahu masalah yang saya hadapi sekarang yang menyebabkan saya
memerlukan khidmat kaunseling. Saya pun memberitahu pegawai kaunseling tersebut bahawa saya
mempunyai masalah kewangan yang agak serius akibat hutang-hutang yang ditanggung yang mana
masalah tersebut telah mengganggu hidup saya dan memberi tekanan dalam kehidupan saya seharian.
Pegawai kaunseling mendengar dengan baik semasa saya menceritakan permasalahan saya tanpa
mengganggu percakapan saya. Setelah saya menceritakan permasalahan saya barulah pegawai tersebut
mengemukakan soalan-soalan secara terbuka kepada saya berkaitan permasalahan saya.

Tutur kata pegawai kaunseling tersebut sangat teratur dan beliau pandai mengemukakan
soalan-soalan yang penting berkaitan masalah saya dan bahasa tubuh dan menatap mata yang
digunakan sangat baik. Dapat dilihat pegawai kaunseling tersebut mempunyai kemahiran yang baik
dalam mengenal pasti masalah-masalah utama di dalam permasalahan saya. Beliau menggunakan cara
yang baik untuk mendapatkan maklumat daripada saya. Setelah beliau mendapat maklumat-maklumat
daripada permasalahan saya itu, beliau telah mengemukan beberapa cadangan penyelesaian kepada
masalah saya itu.

Pada permulaan sesi kaunseling yang dijalankan hingga ke akhir saya amat selesa dengan gaya
profesionalisma yang ditunjukkan oleh kaunselor tersebut sambil keramahan yang menghilangkan
jurang perbualan diantara kami dan tidak terganggu untuk menceritakan permasalahan saya. Gaya dan
sikap profesionalisme yang berjaya ditunjukkan menyakinkan saya bahawa kerahsiaan saya terjaga.
banyak yang saya dapat pelajari dan ketahui mengenai apa itu kaunseling pada pengalaman pertama
melalui sesi kaunseling ini.

Pada bahagian akhir sesi kaunseling ini pegawai kaunseling berkenaan ingin mengetahui
bagaimana perasaan saya setelah menjalani sesi kaunseling tersebut. Beliau juga mengalakkan saya
untuk mencuba beberapa cadangan yang telah diajukan lebih – lebih lagi berkenaan dengan gaya
pemikiran dan cara untuk saya membuka minda dan memandang segala permasalahan daripada sudut
yang berbeza dan sentiasa mencari hikmah daripada setiap apa yang dilalui. Selain daripada itu beliau
meminta saya untuk berjumpa dengan beliau pada masa yang lain untuk sesi kaunseling yang
selanjutnya untuk mengetahui adakah cadangan penyelesaiannya memberi kesan mahu pun tidak.

Jelaslah bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan tugas penting yang memerlukan
pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang
maksimum. Klien yang menaruh kepercayaan kepada seorang kaunselor akan menceritakan segala
masalahnya. Hubungan teraputik yang terbina akan memudahkan lagi proses mempelajari diri klien.
Secara keseluruhannya sesi kaunseling yang saya jalani memberikan gambaran sebenarnya apakah itu
sebenarnya kaunseling dan bagaimana kaunseling dapat membantu orang ramai dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang sedang mereka hadapi. Dapat dirumuskan kaunseling ini adalah satu bidang
yang penting dan menarik untuk dipelajari.
Client-Counsellor Feedback
This form allows you an opportunity to provide feedback to your counsellor after your sessions have finished. This
will help your counsellor’s professional development as well as helping to improve the service offered to others.
You DO NOT need to identify yourself.
Please place a mark in the box which most closely corresponds to how you feel about each statement.

About the Working Relationship With Your Counsellor


Strongly Somewhat No Somewhat Strongly
Agree Agree Strong Disagree Disagree
Feeling
My counsellor listened to me effectively. ×    
My counsellor understood things from my point of view. ×    
My counsellor focused on what was important to me. ×    
My counsellor accepted what I said without judging me. ×    
My counsellor showed warmth toward me.
×    
My counsellor fostered a safe and trusting environment.
My counsellor began and finished our sessions on time. ×    
My counsellor followed my lead during our sessions whenever ×    
that was appropriate. ×    
My counsellor provided leadership during our sessions when/if
that was appropriate. ×    
My counsellor challenged me when/if that was appropriate.
 ×   

About the Results of Working With Your Counsellor


Strongly Somewhat No Somewhat Strongly
Agree Agree Strong Disagree Disagree
Feeling
The sessions with my counsellor helped me with whatever  ×   
originally led me to seek counselling.
Any changes which might have occurred in me as a result of  ×   
my counselling have been positive and welcome.

Overall Satisfaction
Very Somewhat No Somewhat Strongly
Satisfied Satisfied Strong Dissatisfied Dissatisfied
Feeling
My overall level of satisfaction with the service provided by
×    
my counsellor is:
Based on my experience, I would recommend my counsellor Yes No
to others. × 

Other Comments
Please use the space below for any other comments you would like to bring to your counsellor’s attention. (If there are
any matters which you specifically would not have wanted to discuss with your counsellor in person, your counsellor
would be especially glad to know of these.) If you include your name in this section, it will be treated as
CONFIDENTIAL. If you need more space, please continue on the back or add another page.

Please return this form in the stamped envelope provided. Thank you
Client-Counsellor Feedback
Rating at counselling
Client’s rating of psychological health status
Start End
(anxiety, depression, problem emotions and feelings)
12 19
Poor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Good

Client’s rating of overall quality of life


(ability to enjoy life, gets on well with family and partner) 13 18

Poor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Good

Client’s rating of their motivation for change 10 17

Poor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Good
Source: http://www.pocounsellingservice.org.uk/

Client Interview Protocol


What were you hoping to get out of counseling?
What are your goals for counseling?
Has counseling met your expectations? In what ways?
Can you tell me about today’s session?
How do you feel about today’s session?
What was your reaction when you see the picture and the word cards?
What do you feel when you see the cards?
How does these cards help you to express your thoughts and feelings?
What have you learned through counseling about yourself?
Can you describe the relationship you have with your counselor?
Can you tell me about today’s session?
How do you feel about today’s session?
When you think about today’s session, I want you to think about what was meaningful to you...
What stood out for you in today’s session? Which of those things stood out the most for you?
What things seemed most important to you? What of those seemed most important?
What things felt most meaningful to you in today’s session? Which of those things felt the
most meaningful?
What do you imagine your counselor might say was most meaningful in today’s session?
Is there anything that you wish would have come up in today’s session that didn’t?
Is there anything else that you would like to tell me about today’s session?

Source: Sackett, C., Lawson, G., & Burge, P. L. (2012). Meaningful Experiences in the Counseling
Process. Professional Counselor, 2(3), 208-225 (adapted)
TRANSKRIP RINGKAS DIALOG SESI KAUNSELING

Kaunselor : Selamat pagi En Nadi kan?

Klien : Ye betul cik,

Kaunselor : Apa khabar pagi ni, sihat?

Klien : Alhamdulillah sihat

Kaunselor : Encik datang hari ini untuk jalani sesi kaunseling bukan? Sebelum ni
Pernah ada pengalaman tak jalani sesi kaunseling?

Klien : Ye betul cik saya datang hari ni untuk dapatkan kaunseling dan nasihat
Untuk masalah yang saya hadapi sekarang. Saya tidak pernah ada
pengalaman menjalani sesi kaunseling,

Kaunselor : Owh iye ke? Kalau macam tu apa kata saya ceritakan dulu perkara-
perkara asas dalam kaunseling ni dulu ye tak? Mungkin akan dapat
membantu En Nadi mengetahui serba sedikit dahulu tentang
kaunseling ni

Klien : Bagus juga tu, saya pun masih kurang faham sebenarnya.

Kaunselor : Tujuan kaunseling adalah untuk membantu atau membimbing encik


dalam membincangkan bersama persoalan encik. Tugas saya sebagai
kaunselor adalah untuk mendengar dan memahami apa yang encik rasa
dan fikirkan. Kemudian bersama-sama kita mencari langkah-
langkah yang perlu diambil bagi persoalan encik´.

Klien : Baiklah. tapi apa pula yang perlu saya lakukan, cik?

Kaunselor : Tugas encik adalah membantu saya untuk memahami apa yang encik
rasa dan fikirkan. Encik perlu memberi maklumat, membuat keputusan
yang sesuai dan memberitahu saya perkara-perkara yang perlu untuk
mencapai objektif encik´.

Klien : Agak susah jugalah untuk menangani masalah saya ini , cik´.

Kaunselor :Itulah menjadi pokok utama di sini. Kita akan cuba bersama-sama
memfokuskan pada sasaran spesifik yang ingin encik capai. Adakalanya
sasaran atau objektif ini hanya sebahagian kecil daripada permasalahan
encik dan kita akan bersama-sama menanganinya dari yang ringan
kepada yang lebih berat´.
Klien :Oh!.begitu, Jadi, maksud Cik kita cuma membincangkan satu persoalan
sahajalah dalam satu masa?´.

Kaunselor : Tepat sekali. Satu lagi, saya mahu encik tahu bahawa kaunseling
adalah secara sukarela. Encik boleh menamatkan sesi pada bila-bila
masa.dan sesi ini adalah peribadi dan sulit. Ini menjadi kerahsiaan bagi
saya dan amanah bagi saya.

Klien : kalau begitu saya pun rasa selamat untuk berkongsi dengan cik,
Masalah peribadi selalunya memang malu untuk dikongsikan dengan
orang lain.

Kaunselor : tidak mengapa untuk rasa malu, tetapi anggaplah saya seperti saudara
nadi yang ikhlas untuk berkongsi cerita dengan nadi dan kalau boleh
saya teringin nak membantu nadi.

……………. Sesi kaunseling diteruskan dengan perlahan – lahan, menjadi lebih dalam
dan peribadi, tetapi apa yang saya dapat rasakan gaya percakapan pegawai kaunselor
tersebut berjaya menghilangkan rasa kekok dalam diri saya, tanpa disedari mungkin
kerana gaya bahasa dan riak wajahnya saya merasakan seperti berbual dengan ahli
keluarga sendiri dengan pegawai tersebut……..
Rujukan

Suradi Salim. ( 1997 ) . Siri pengajian dan pendidikan utusan bimbingan dan
kaunseling Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai