Anda di halaman 1dari 3

Program : Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian ( PSIKOLOGI ), PBJJ

Subjek : Kemahiran Menulis

Tugasan : Refleksi

Senarai Ahli : Mohamad Nadi Bin Norazemi GB03007

Daun ketum atau nama saintifiknya yang dikenali sebagai mitragyna speciosa adalah sejenis
tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan hutan tropika. Daun mula dikenali pada awalnya kerana
dijadikan sebagai ubatan tradisional bagi beberapa masalah penyakit. Daun ketum ini mudah didapati di
Asia oleh kerana cuaca dan iklimnya yang sesuai bagi pertumbuhan pokok tersebut. Kajian terhadap
daun ketum kini sedang giat dilakukan dilakukan di Luar Negara bagi tujuan pengubatan, Beberapa
institusi pendidikan di Malaysia juga sedang berusaha bagi tujuan yang sama antaranya adalah Universiti
Sains Malaysia yang berkerjasama dengan pihak RISDA sedang menjalankan beberapa kajian terhadap
daun ini bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan dengan kebaikan dan keburukan daun ini.
Kajian terhadap daun ketum ini amat diperlukan kerana tidak dinafikan bahawa daun ketum ini
mempunyai bahan yang tergolong dalam opiod seperti morfin yang boleh menyebabkan ketagihan.

Penyalahgunaan terhadap daun ketum ini sedang berleluasa bagi mereka yang menggunakan
daun ini bagi tujuan keseronokan berkhayal dan yang. Bagi penagih dadah pula mereka menggunakan
daun ini untuk mendapatkan rasa keseronokan yang lebih apabila berkhayal. Penagih dadah menjadikan
daun ketum ini sebagai pengganti kepada dadah yang mereka gunakan untuk mendapatkan kesan
keseronokan yang sama, perkara ini berlaku kerana daun ketum lebih murah dan mudah didapati. lebih
membimbangkan apabila kebanyakan mereka ini terdiri dalam kalangan remaja terutamanya di utara
tanah air.

Kajian terhadap penyalahgunaan ketum telah berjaya dijalankan oleh kami sekumpulan, pelbagai
dugaan terpaksa kami hadapi bagi menjayakan tugasan ini dan berharap bahawa kajian ini berjaya
membawa kebaikan kepada masyarakat dan terutamanya kepada setiap ahli. Didalam proses
menjalankan kajian ini timbul kesedaran bahawa isu ketum ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang
remeh. Usaha kerajaan dalam mengurangkan gejala penyalahgunaan ketum dengan penguatkuasaan
undang – undang dibawah Akta Racun adalah satu usaha yang baik dan bernas. Kajian terhadap daun ini
amat diperlukan agar dapat memberikan panduan, maklumat dan ilmu kefahaman yang baik kepada
masyarakat khususnya.

Pemahaman dan ilmu berkenaan daun ketum ini penting bagi masyarakat agar mendapat
kebaikan dan terelak daripada melakukan penyalahgunaan daun ketum. Semestinya melalui pembacaan
dan penelitian terhadap kajian – kajian literatur yang dilakukan sepanjang proses menjayakan tugasan ini
telah memberi sedikit sebanyak pengetahuan bagi kami khususnya mengenai kebaikan ketum ini sebagai
ubatan dan yang utama adalah kesan – kesan yang terjadi sekiranya menyalahgunakan daun ketum ini.
Banyak kebaikan yang diperoleh dalam menyiapkan tugasan ini walaupun tidak dinafikan terdapat
beberapa dugaan dan kelemahan terutamanya dalam proses menyiapkan tugasan.

Setiap tugasan sememangnya mempunyai cabaran dan kelemahan yang perlu diatasi kejayaan
dalam menyiapkan kajian ini lebih menarik apabila berjaya mengharungi cabaran dan mengatasi
kelemahan tersebut. Kelemahan yang dimaksudkan antaranya adalah kesukaran mendapatkan kerjasama
daripada daripada pengguna daun ketum. Kebanyakan mereka lebih suka merahsiakan penglibatan
mereka sebagai pengguna daun ketum walaupun telah dijanjikan bahawa setiap informasi yang
diberikan adalah rahsia. Ketum yang diletakkan dibawah Akta Racun oleh kerajaan dengan
penguatkuasaan daripada pihak berwajib menjadi punca kurangnya kerjasama daripada mereka
walaupun ada sebahagian responden yang tidak kekok untuk memberikan kerjasama mereka dan lebih
terbuka apabila berbicara dan diajukan soalan mengenai daun ketum ini. Kelemahan ini terpaksa kami
atasi demi mendapatkan jumlah responden yang sesuai bagi tujuan kajian.

Anda mungkin juga menyukai