Anda di halaman 1dari 11

Falsafah tentang makanan lemang

Orang tua-tua Melayu mengajar saya, iaitu, kalau hendak mengetahui akan
seseorang itu dari bangsa Melayu, ialah, dia tahu membuat dan suka atau gemar
makan lemang dan ketupat. Lemang dan ketupat mengandungi falsafah yang
tersembunyi.
Lemang
Pucuk pisang melambai awan,
Santan lemak kelapa bergayut,
Buluh muda di paya dura,
Beras pulut dari huma,
Garam putih dari laut,
Dalam pembetungan semuanya bersatu.
Palang kayu lemang bersandar,
Kayu api dari belukar belakang desa,
Tiada api lemang tak masak juga.
Lemang menjadi lambang kekuatan dan keberanian orang Melayu. Walaupun
buluh muda, tetapi sanggup menghadapi api. Walaupun api menyala marak, namun
buluh lemang tidak menjadi arang. Ada orang yang pandai, sebatang buluh boleh
memasak tiga hingga lima kali lemang.
Lemang juga mengajar orang Melayu kekal dengan maruah dan adat
bersendikan agama Islam, iaitu lemang yang telah masak, dikeluarkan dari buluh,
pulutnya berbalut dengan daun pisang yang masak juga; keadaannya seperti orang
yang berpakaian.
Maka, membuktikan seseorang itu beragama Islam, beriman kepada Allah dan
bangsa Melayu, dia berpakaian menutup auratnya. Sesiapa yang berpakaian
mendedahkan perut dan pusatnya, maka dia terkeluar dari falsafah lemang atau
hidup tidak beriman.
http://mokhtarpetah.blogspot.my/2010/03/mengenang-masa-silam.html

Khamis, Oktober 09, 2008


Lemang Raya

Walaupun Hari Raya sudah dikira selesai (selebihnya cuma rumah terbuka), saya
masih ingin mengabadikan aktiviti membuat lemang yang pertama kali dilakukan di
kediaman saya sendiri. Sebelum ini, aktiviti ini hanya dijalankan di kampung sebelah
suami menjelang Ramadhan dan menjelang Syawal (dipanggil hari mantai).
Rasa teruja kerana sempat merakamkan proses membuat lemang ini walaupun tidak
berapa

rinci

1. Kalau di kampung buluh lemang boleh dicari di hutan belukar, tetapi di pekan,
tentunya cari di Pasar Tani sahaja. Bukan semua buluh boleh dijadikan buluh
lemang. Hanya buluh yang tidak terlalu tebal ataupun nipis dengan saiz diameter
yang sederhana. Buluh yang nipis akan pecah apabila dihentak (sewaktu proses
membakar) dan yang terlalu tebal akan menyebabkan lemang lambat masak.
2. Membeli buluh lemang : ada yang dijual siap dengan daun pisang yang sudah
dimasukkan. Ada yang jual kosong tanpa daun pisang. Daun pisang muda boleh
dicari

sendiri.

3. Gulung daun pisang mengikut saiz buluh. Kemudian masukkan daun tersebut
menggunakan batang pelepah pisang yang dibelah dua (tapi tidak putus, dibuat
seperti penyepit). Sepit daun pisang yang sudah digulung dan masukkan ke dalam
buluh. Sebelum masukkan daun yang bergulung itu, sumbat dahulu pangkal buluh
tersebut (pada bahagian ruasnya) dengan daun pisang yang dikeronyok. Tujuannya
supaya lemang di bahagian hujung tidak kotor terkena buluh. Oleh itu, semua
bahagian

boleh

dimakan

kelak.

4. Beras pulut dan santan yang sudah direndam (dan digaram) bolehlah dimasukkan
ke dalam batang buluh. Beras pulutnya dimasukkan sekitar 3/4 daripada buluh.
Kemudian, masukkan baki santan sehingga ke paras yang sama. Sambil masukkan
beras pulutnya, hentak sedikit-sedikit (perlahan-lahan) supaya ruang kosong di
dalam buluh dalam diisi dengan baik. Usah hentak terlalu kuat bimbang nanti pulut

tiada

ruang

untuk

mengembang

sewaktu

proses

membakar.

** Santan kelapanya juga bukanlah sebarang kelapa tua, sebaik-baiknya kelapa


yang

sesuai

untuk

dibuat

inti.

5. Sementara beras pulut dan santan diisi (biasanya kerja orang perempuan), orang
lelaki akan siapkan langgai. Dua pancang besi ditegakkan di kiri dan kanan
(bergantung kepada berapa banyak lemang yang akan dibakar). Pastikan ada satu
besi yang melintang di bahagian tengah sebagai tempat lemang bersandar.
** Kalau di kampung, langgai boleh dibuat daripada buluh. Bahagian yang melintang
itu digantikan dengan buluh yang ditebuk pada setiap ruasnya dan diisi dengan air.
Apabila lemang dibakar buluh itu tidak akan terbakar kerana dalam buluh tersebut
ada air. Air itu akan menggelegak. Jika buluh kecil, air itu harus ditambah tetapi jika
buluh

besar

tidak

perlu.

6. Apabila langgai siap, hidupkan api dan lemang pun sedia untuk dibakar.

7. Kawal api supaya lemang tidak hangus. Jika mahu cepat masak, api boleh besar
tetapi

harus

rajin

pusing-pusingkan

lemang

supaya

masaknya

rata.

8. Setelah lemang mendidih (berbuih - santan menggelegak), boleh dihentakkan


lemang supaya menjadi padat. Lemang yang tidak padat tidak akan nampak
menyelerakan

(istilah

ibu

mentua

saya

"macam

muntah

kucing"!)

9. Apabila buluh lemang mula layu dan setelah dibakar sekian lama (lama proses
pembakaran bergantung kepada besar/kecil ataupun jauh/dekat api), lemang pun
masak.

Sesudah itu, bolehlah lemang dibelah dan dinikmati bersama-sama rendang.


Maaflah, waktu membelah lemang dan memakannya biasanya cameraman akan
lupa

ambil

gambar

sebab

tangannya

penuh.

:-)

Selamat mencuba!
http://annyss.blogspot.my/2008/10/lemang-raya.html

MAKAN DAN MAKANAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU


SUHAILA MOHAMED
Universiti Kebangsaan Malaysia
m.suhaila@yahoo.com
SHAIFUL BAHRI MD RADZI
Universiti Kebangsaan Malaysia
sbmr@ukm.my
Karya Lemang Nan Sebatang merupakan cerpen yang memperlihatkan makanan
sebagai pengikat kepada solidariti masyarakat. Pengarang menceritakan kehidupan
saudara mara yang pada mulanya sangat akrab tetapi akhirnya berpecah belah dan
bermusuh kerana tidak setuju dengan adat pepatih Negeri Sembilan. Angah watak
seorang lelaki yang tidak mempunyai adik-beradik perempuan berkecil hati dengan
Busu iaitu ibu saudaranya kerana tanah yang dikerjakan jatuh kepada sepupunya.
Jauh di sudut hati, Angah sangat merindui Busu setelah 10 tahun tidak pulang ke
kampung. Kerinduannya terhadap kampung dan keluarga memuncak apabila
anaknya memintaAngah mengajarnya membuat lemang. Anaknya pula menghantar
e-mel kepada sahabat berkenaan falsafah lemang. Di dalam e-mel itulah pengarang

mula mengolah falsafah tentang lemang yang sangat berkait rapat dengan ikatan
kemanusiaan khususnya kekeluargaan. Elizabeth yang jauh di Gloucestershire, Kau
pernah bertanya tentang sejenis makanan yang dimasak di dalam buluh. Kami
namakan lemang. Melemang ada falsafahnya kepada orang Melayu. Pulutnya
adalah kejeleketan antara ahli keluarga. Pedas rendang boleh menguji ketahanan si
pemakan, tetapi tanpa rasa pedas seolah-olah hilang nikmat hidup! Lemak santan
dapat melunakkan suasana tegang antara pulut. Ibarat orang yang lebih tua
mencurah alir nasihat yang santun kepada anak muda yang berdarah panas. Bahkan
kayu api yang membakar juga ada cerita di sebaliknya. Kalau mahu api marak
menyala kayunya mesti disilang-silangkan. Ibarat ahli keluarga bertingkah pendapat
lalu dapat memarakkan lagi kemesraan antara keluarga. Aku mahu bercerita tentang
daun pisang yang berkorban supaya isi lemang tidak bercampur dengan dinding
buluh yang bersembilu. Aku mahu juga bercerita tentang falsafah buluh yang hidup
muafakat serumpun. Itulah kami yang mencintai adat dan budaya.... Pulutnya
adalah kejeleketan antara ahli keluarga. (Nisah Haron, 2009) Lemang menjadi
simbol kepada kekuatan ikatan ahli keluarga. Setiap orang dalam keluarga
sifatnya saling melindungi antara satu sama lain yang diibaratkan sebagai
daun pisang yang melindungi isi lemang di dalam buluh. Bukan itu sahaja, sikap
dan tingkah laku ahli keluarga yang saling berselisih faham akhirnya membibitkan
lagi kemesraan seperti yang digambarkan oleh pengarang cara membakar lemang.
Pengarang mencipta sendiri falsafah tentang hubungan kemanusiaan berdasarkan
lemang. Karya ini menunjukkan signifikan penyataan Froster & Anderson seperti
yang juga dijelaskan oleh Danandjaja (1984), makanan merupakan simbol untuk
mempersembahkan perasaan. Perasaan melibatkan pelbagai jenis seperti kasih,
cinta malah benci sekali pun. Perasaan antara keluarga tidak akan pernah putus
dengan kasih sayang ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Tambahan pula,
lemang dianggap sinonim dengan ikatan kasih sayang kerana proses pembuatan
yang menuntut ahli masyarakat untuk bekerjasama dan bergotong-royong.
Lemang juga sukar dicari pada hari biasa, tetapi dimakan bersama pada keraian
yang sangat istimewa bagi orang Islam. Oleh sebab itu, lemang menjadi lambang
kepada ikatan sosial dan kekeluarga seperti yang dinyatakan oleh pengarang.
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/viewFile/11476/3720

Juadah Perayaan khasnya pada Hari Raya:

Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk
menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah
lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang
dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut
atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau
merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan
ketupat dan lemang.

Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas


Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana
bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang
dimasak

dengan

rempah

ratus

untuk

dijadikan

rendang,kari

ataupun

serunding.

dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan


rendang daging

http://www.anajingga.com/2013/01/makanan-tradisional-di-malaysia.html

Sejarah melemang
Menurut sejarah lisan yang berkembang dalam masyarakat Minangkabau di
Sumatera Barat, tradisi malamang (memasak lemang) bermula dari kebiasaan
penduduk setempat ketika Syeikh Burhanuddin (1649 1692 M) masih hidup.
Syeikh Burhanuddin mendatangi warga yang sedang memasak lemang biasanya
dilakukan warga berkelompok untuk menyampaikan syiar Islam. Dan hingga kini,
tidak hanya jelang memasuki bulan suci Ramadan tradisi malamang popular di
Sumatera Barat; tapi dilaksanakan hampir pada setiap hari-hari besar Islam seperti:
Maulid Nabi, Idul Adha, dan Idul Fitri.
Masyarakat Batak di Tapanuli Selatan yang berdekatan dengan Sumatera Barat,
juga mengenal lemang dengan sebutan lomang. Saat ini, penganan lemang
Nusantara telah tersebar hingga ke Kalimantan dan Sulawesi.
Sangkut-paut etnis Aceh dengan tradisi bakar lemang yang telah menyebar dan
menyatu dengan budaya beberapa etnis lainnya di Bumi Nusantara, diduga, erat
kaitannya dengan peristiwa masa lampau. Baik itu melalui jalur dakwah Islam
maupun pengaruh interaksi sosial antar-etnis di waktu silam khususnya antara
penduduk yang berasal dari Pulau Sumatera dan Semenanjung Malaya.
Efek alamiah ini muncul sebagai konsekuensi dari persilangan budaya. Dan, masih
dapat dijumpai hingga saat ini di Aceh. Maka tak heran, bila tradisi bakar lemang
diklaim sebagai warisan budaya masing-masing etnis; tanpa disertai bukti otentik dan
akurat tentang klaim tersebut. Bahkan, catatan kolonial Inggris (1864 M) tentang
memasak beras dalam bambu yang dijumpai dalam masyarakat Melayu di
Semenanjung Malaya, juga tak bisa membuktikan bahwa tradisi bakar lemang
merupakan milik etnis Melayu (Malaysia). Sebab tradisi ini telah lama ada, sebelum
masuk dalam catatan kolonial Inggris.
Sampai kini, lemang yang jadi kuliner khas Bumi Nusantara masih berstatus tanpa
pemilik tunggal. Kendati demikian, ketidakjelasan status pemilik tak mengurangi
minat masyarakat Bumi Nusantara untuk tetap melestarikan kuliner yang telah
merupakan warisan budaya tersebut. Apalagi di bulan suci Ramadan yang
menghidangkan banyak pilihan kuliner untuk menu santap berbuka puasa.

Lemang siap disajikan untuk disantap


Jika dahulu lemang hanya menggunakan satu jenis beras dan tak ditemukan banyak
pilihan untuk disantap dengan pelbagai makanan pendamping serta bumububumbunya, kini lemang telah tersaji dalam pelbagai variasi, yang pastinya tetap
sedap saat disantap. Tergantung selera masing-masing penikmat.
Dengan demikian, sudah menjadi tugas kita bersama untuk tetap melestarikan tradisi
bakar lemang supaya khasanah kuliner Bumi Nusantara tak hilang ditelan
perkembangan zaman yang kian massif dan menawarkan pelbagai kuliner asing,
yang bisa saja berpotensi mengurangi minat generasi baru dalam menjaga dan
memelihara kuliner khas Nusantara, yang tak lain mencerminkan identitas bangsa
dan budaya suatu wilayah di era globalisasi, seperti saat ini.***

Bibliograf
Anajingga. (2013, Januari 27). www.anajingga.com. Retrieved from Makanan
Tradisional di Malaysia: http://www.anajingga.com/2013/01/makanantradisional-di-malaysia.html
Baranom. (2015, Julai 13). Retrieved from Tradisi Bakar Lemang: antara Etnis Aceh,
dan bumi Nusantara: https://baranom.wordpress.com/2015/07/13/tradisibakar-lemang-antara-etnis-aceh-dan-bumi-nusantara/
Haron, N. (2008, Oktober 9). Nisah Haron Online. Retrieved from Lemang Raya:
http://annyss.blogspot.my/2008/10/lemang-raya.html

Petar, M. (2010, March 1). Mokhtar Petar. Retrieved from Mengenang Masa Silam:
http://mokhtarpetah.blogspot.my/2010/03/mengenang-masa-silam.html
SUHAILA MOHAMED, SHAIFUL BAHRI MD RADZI. (2015). MAKAN DAN
MAKANAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU. Jurnal Melayu Bil. 14(2)
2015, 274-290.

Anda mungkin juga menyukai