Adi Fahrudin Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah 88999 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia adifah@ums.edu.my adifah@hotmail.com
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan tentang pentingnya kod etika dalam profesion kerja sosial dan keperluan kod etika tersebut dalam konteks Malaysia. Kerja sosial sebagai satu profesion mempunyai peranan iaitu mensaranakan keperluan-keperluan sosial suatu masyarakat. Dalam skop profesionnya, praktis pekerjakerja sosial memiliki unsur-unsur iaitu falsafah, sistem nilai, pengetahuan, teori praktis dan proses intervensi. Falsafah dan sistem nilai pada dasarnya merupakan landasan, pegangan, ideologi, dan cita-cita para pekerja sosial. Falsafah dan sistem nilai bagi pekerja sosial pula merupakan konstitusi umum yang melandasi kerja sosial sebagai suatu profesion pertolongan dalam bentuk prinsip praktis etika dan prinsip praktis teknik. Kedua-dua prinsip ini harus tercermin dalam kod etika yang merupakan dokumen rasmi yang harus dipatuhi oleh pekerja sosial. Kata kunci: kerja sosial, falsafah kerja sosial, profesion kerja sosial,etika kerja sosial, kod etika.
PENGENALAN
Apa itu kerja sosial? Kerja sosial merupakan profesion khidmat manusia. Kerja sosial sebagai profesion bergerak dalam bidang kesejahteraan sosial dengan tugas mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup (DuBois & Miley, 1999). Aktiviti kerja sosial mengarah kepada peningkatan keadaan sosial dan mengurangkan tekanan manusia dan masalah-masalah sosial. Kerja sosial profesional bekerja dengan orang-orang untuk meningkatkan kemampuan dan kefungsian sosial mereka, mengakses sumber-sumber dan sokongan sosial, membangun perkhidmatan manusia yang responsif dan humanistik, dan memperluaskan struktur sosial masyarakat yang memberi peluang kepada setiap warga negara. Sejarah kerja sosial sebagai aktiviti pertolongan profesional berkait rapat dengan perkembangan pemberian bantuan dan intervensi dalam bidang yang sangat luas bernama kesejahteraan sosial (social welfare). Terma kesejahteraan sosial yang dipergunakan disini termasuklah dasar-dasar yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan, perumahan, dan pembangunan komuniti, atau lebih spesifik lagi dinamakan sebagai perkhidmatan sosial (Midgley, 1995). Di Eropah dan Amerika Uatara, kerja sosial berkembang seiring dengan proses industrialisasi dan perbandaran yang membawa kesan sampingan bernama kemiskinan, rendahnya taraf hidup, dan buruknya taraf kesihatan
1
Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Etika Gunaan dan Profesional 2002, anjuran Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan, 9 10 Oktober 2002.
sebahagian besar penduduk. Namun kerja sosial sebagai profesion pertolongan dan disiplin ilmu mula berkembang dengan pesat pada awal abad ke 20. Profesion kerja sosial tampil dengan wajah yang berlainan tetapi masih dalam kerangka memberi tindakbalas ke atas masalahmasalah sosial yang timbul dan proses-proses yang berkaitan dengannya (DuBois dan Miley, 1999; Morales dan Sheafor, 1999). Peranan pekerja sosial juga telah mengalami perubahan sejak bermula sebagai pembantu dalam organisasi kebajikan sekitar tahun 1970-an (Clare, 1991; Kadushin, 1992). Pada hari ini, para pekerja sosial telah menjawat pelbagai kedudukan seperti sebagai generalist social worker, case worker, group worker, medical social worker, school social worker, social welfare administrator, correctional social worker, community worker, dan lain-lain (Ginsberg, 1999). Pendidikan dan latihan profesional kerja sosial juga telah berkembang dengan pesat di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dan ianya menyebar hampir ke seluruh dunia (IASSW, 2002). Peranan dan bidang tugas para pekerja sosial juga tidak lagi terbatas dalam kerja-kerja rawatan dan pemulihan melainkan juga terlibat aktif dalam penyusunan dasar dan perancangan pembangunan sosial (Midgley, 1995). Bahkan menurut Lyons (1999), para pekerja sosial kini aktif dalam praktis kerja sosial di peringkat antarabangsa seperti menangani masalah pelarian, imigran, bencana alam dan sosial, dan lain-lain. Pelbagai definisi mengenai kerja sosial telah diberikan oleh banyak pakar dan organisasi kerja sosial sebelum ini. Terakhir International Federation of Social Workers (2000) menyatakan bahawa The social work profession promotes social change, problem solving in human relationships and the empowerment and liberation of people to enhance well-being. Utilizing theories of human behavior and social systems, social work intervenes at the points where people interact with their environments. Principles of human rights and social justice are fundamental to social work. Definisi ini telah diterima pakai di seluruh dunia. Ini menunjukkan skop kerja sosial sebagai profesion adalah mendorong perubahan sosial, pemecahan masalah dalam hubungan manusia dan memberdayakan orang untuk meningkatkan kesejahteraan mereka. Dalam pelaksanaannya, kerja sosial menggunakan teori-teori mengenai tingkah laku manusia dan sistem sosial, intervensi kerja sosial bertitik pangkal dari interaksi orang dengan persekitaran mereka. Dan lagi, prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia dan keadilan sosial merupakan hal yang fundamental dalam kerja sosial. Kerja sosial sebagai disiplin ilmu dan profesion di Malaysia bukanlah baru. Pendidikan kerja sosial secara formal telah dimulakna di Persekutuan Tanah Melayu di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1952 (Ismail Baba, 1992). Selepas Singapura berpisah dan pembentukan Malaysia, pendidikan kerja sosial secara formal dimulakan pada tahun 1975 di Universiti Sains Malaysia (Ismail Baba, 1998). Abdullah Malim Baginda (2000) mengatakan bahawa tidak tepat mengatakan kerja sosial di Malaysia merupakan profesion yang baru. Meskipun lebih dari seperempat abad pendidikan kerja sosial telah bertapak di negara ini. Namun dari segi perkembangan, ia agak lambat berbanding profesion yang muncul kemudian (Ismail Baba, 1998; Abdullah Malim Baginda, 2000; Adi Fahrudin, 2000). Perkembangan yang memberangsangkan terjadi di penghujung tahun 1990-an yang ditandai dengan penubuhan program pengajian kerja sosial di beberapa universiti tempatan (Faizah Masud, Kamsiah Ali & Gill Raja, 2000). Perkembangan yang pesat dan penerimaan masyarakat terhadap profesion kerja sosial juga mengalamai perubahan. Kerja sosial telah diterima sebagai salah satu bidang profesional. Kerja sosial dianggap satu bidang yang profesional kerana ia berpandukan kepada tiga elemen yang penting iaitu mempunyai pengetahuan yang sistematik (systematic knowledge), patuh kepada norma-norma profesional (profesional norms) dan kemahiran yang dipelajari (learned skill). Perbincangan mengenai ketiga-tiga aspek ini sangat luas. Oleh itu kertas kerja ini hanya memfokuskan kepada pentingnya nilai dan norma profesional khususnya kod etika dalam profesion kerja sosial di Malaysia.
organisasi dan peraturan-peraturan etika yang diharapkan untuk dipatuhi oleh semua ahli dalam organisasi tersebut (Mohd Janib Johari , 2001). Adapun peraturan-peraturan dan otoriti-otoriti bagi pekerja sosial, dalam erti kod etik ini iaitu :Pekerja sosial mengutamakan tanggungjawab melayani kesejahteraan individu atau kelompok, yang meliputi kegiatan perbaikan keadaan-keadaan sosial. Kerja sosial tidak membeza-bezakan latarbelakang; keturunan, warna kulit, agama, umur, jantina, wargenagara, serta berusaha mencegah dan menghapuskan adanya diskriminasi dalam pemberian perkhidmatan, dalam tugas-tugas serta dalam praktis-praktis yang dijalankan. Pekerja sosial mendahulukan tanggungjawab profesion daripada kepentingan pribadi. Pekerja sosial berpegang teguh terhadap tanggungjawab dan percaya diri dalam melaksanakan perkhidmatan sesuai dengan kemampuan (terutama menyangkut kewenangan dan kemampuan). Secara umum prinsip utama etika praktis kerja sosial adalah sebagai berikut: Menghargai dan mewujudkan penglibatan klien. Tanggap terhadap perwujudan diri (self actualization), atau autonomi-diri (self outonomy) atau determinasi-diri (self determination) klien. Tanggap terhadap kedudukan dan martabat individu Dewasa ini prinsip-prinsip etika tersebut secara luas disebut dengan penerimaan (acceptance). Prinsip-prinsip asas lainnya iaitu: Penerimaan. Individualisasi (individualization) bahawa klien merupakan suatu pribadi yang unik (unique person). Mempertahankan sikap nonjudgmental terhadap kedudukan apapun dari klien dan tingkah lakunya. Rasionaliti (rationality); memberikan pandangan objektif dan faktual terhadap kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi serta mampu membuat keputusan. Empati iaitu kemampuan memahami apa yang dirasakan orang lain Kesungguhan, terutama dalam komunikasi verbal. Kejujuran (impertiality); tidak mengagungkan atau merendahkan seseorang dan kelompok. Menjaga kerahasiaan komunikasi dan peribadi klien. Kesedaran kendiri. Kini, prinsip-prinsip tersebut lebih diorientasikan ke arah nilai-nilai profesional iaitu: Menjamin pencapaian dan terjangkaunya kemudahan perkhidmatan-perkhidmatan sosial dan sarananya. Peka terhadap integriti persekitaran, mengakui kedudukan simbolis, serta mampu mendorong identitinya. Peka terhadap rakan sejawat, peribadi-peribadi serta menghargai peranan mereka dalam tugas-tugas pertolongannya. Sedar diri mengenai fungsi, dengan mengakui kewenangan orang lain, terutama dalam kegiatan konsultasi dan merujuk (referral). Berpegang teguh terhadap standad perkhidmatan yang profesiononal termasuk menentukan sanksi-sanksi yang sesuai terhadap penyimpangan-dari standad tersebut.
Memberikan perkhidmatan secepatnya kepada masyarakat yang mengalami masalah kecemasan (emergency). Mensaranakan program-program tindakan sosial (social action). Mensaranakan pengembangan pengetahuan kerja sosial.
Apa yang dihuraikan di atas sebenarnya sejalan dengan prinsip-prinsip yang dikembangkan oleh National Association of Social Workers. NASW (1999) telah mengkasifikasikan prinsip -prinsip etika yang menjadi nilai utama dalam kerja sosial iaitu pekerja sosial memberikan perkhidmatan kepada orang yang memerlukan, pekerja sosial menentang segala ketidakadilan sosial, pekerja sosial menjunjung tinggi harkat dan martabat seseorang, pekerja sosial mengakui pentingnya hubungan antara manusia, pekerja sosial mengakui integriti seseorang, dan pekerja sosial harus selalu meningkatkan kemampuan dan profesionalisma.
standad etika yang berkaitan dengan aktiviti profesional pekerja sosial. Standad itu menyangkut; pekerja sosial, klien, rakan sekerja/sejawat, institusi tempat pekerja sosial bekerja, profesion kerja sosial, dan masyarakat dimana proses pertolongan itu diberikan. Sesuai dengan komponenkomponen dalam proses pertolongan kerja sosial maka kod etika yang diperlukan dalam konteks Malaysia adalah kod etika yang mengatur keenam perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tanggungjawab etika pekerja sosial terhadap klien-klien Tanggungjawab etika terhadap rakan sejawat Tanggungjawab etika terhadap institusi tempat dimana pekerja sosial itu bekerja Tanggungjawab etika sebagai seorang profesional Tanggungjawab etika terhadap profesion kerja sosial Tanggungjawab etika terhadap masyarakat luas
Berikut adalah satu cadangan garis panduan utama kod etika dalam profesion kerja sosial yang difikirkan sesuai dalam konteks Malaysia. I. Tanggungjawab Etika Pekerja Sosial Terhadap Klien (Social Workers' Ethical Responsibilities to Clients) Dalam aspek ini, diatur beberapa perkara yang berkenaan tanggungjawab pekerja sosial terhadap klien iaitu: a. Komitmen terhadap klien (Commitment to Clients) b. Penentuan kendiri (Self-Determination) c. Konsen untuk menginformasikan kepada klien (Informed Consent) d. Pertolongan hanya diberikan atas dasar kemampuan (Competence) e. Kemampuan memahami keragaman sosial budaya (Cultural Competence and Social Diversity) f. Bebas dari konflik kepentingan (Conflicts of Interest) g. Menjaga privasi dan kerahasiaan klien (Privacy and Confidentiality) h. Akses untuk melihat catatan-catatan mengenai klien (Access to Records) i. Menghindari terjadinya hubungan seksual atau meminta habuan seksual kepada klien (Sexual Relationships) j. Menghindari kontek fizikal (Physical Contact) k. Menghindari terjadinya gangguan seksual terhadap klien (Sexual Harassment) l. Penggunaan bahasa yang tepat dan tidak memutarbelitkan fakta mengenai klien (Derogatory Language) m. Mengenakan bayaran yang munasabah (Payment for Services) n. Membantu klien yang kesukaran membuat keputusan (Clients Who Lack Decision-Making Capacity) o. Penghentian perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu (Interruption of Services) p. Penamatan perkhidmatan (Termination of Services) II. Tanggungjawab Etika Pekerja Sosial Terhadap Rakan Sejawat (Social Workers' Ethical Responsibilities to Colleagues) Dalam aspek ini, diatur beberapa perkara yang menjadi tanggungjawab pekerja sosial terhadap rakan sejawat sesama pekerja sosial iaitu: a. Menghargai dan menghormati rakan sejawat sesama pekerja sosial (Respect)
b. Menjaga rahasia rakan sejawat (Confidentiality) c. Menghargai adanya kerjasama antaradisiplin (Interdisciplinary Collaboration) d. Tidak mencampuri bidang tugas sejawat (Disputes Involving Colleagues)
e. f. g. h. i. j. k.
Berkonsultasi dengan sesame sejawat (Consultation) Merujuk klien untuk memperoleh perkhidmatan dari pihak lain (Referral for Services) Mencegah terjadinya hubungan seksual dengan rakan sejawat (Sexual relationship) Mencegah terjadinya gangguan seksual terhadap rakan sejawat (Sexual Harrassment) Tidak mendedahkan kecacatan, masalah dan kekurangan rakan sejawat (Impairment of Colleagues) Tidak menghebahkan ketidakmampuan rakan sejawat secara terbuka melainkan menggunakan saluran yang tepat seperti badan professional (Incompetence of Colleagues) Pekerja sosial harus menggunakan ukuran yang tepat mengenai penyimpangan etika rakan sejawat (Unethical Conduct of Colleagues)
III. Tanggungjawab Etika Pekerja Sosial Terhadap Tempat Praktis (Social Workers' Ethical Responsibilities in Practice Settings) Dalam aspek ini, pekerja sosial harus bertanggungjawab kepada setting, badan atau institusi tempat dimana mereka menjalankan praktis kerja sosial. Dalam aspek ini diatur bagaimana pekerja sosial memberikan penyeliaan dan konsultasi kepada orang-orang yang diselianya. Pekerja sosial yang bertindak sebagai pendidik, penyelia latihan praktikum kepada pelajar atau jurulatih hanya memberikan bimbingan yang sesuai dengan bidang pengetahuan dan kemampuan mereka. Pekerja sosial yang dipertanggungjawabkan untuk menilai prestasi orang lain harus bertindak jujur dan tidak berat sebelah berdasarkan kriteria yang jelas. Begitu pula yang berkaitan dengan rekod-rekod klien, pekerja sosial harus memastikan mengenai klien adalah betul dan mengambarkan perkhidmatan yang diberikan. Termasuk juga dalam aspek ini kejujuran pekerja sosial dalam penyediaan dan penyimpan bil-bil perkhidmatan yang diberikan kepada klien. Selain itu menyangkut persoalan pengalihan klien maka pekerja sosial harus mendapat persetujuan klien sebelum berbuat demikian. Pekerja sosial yang bertugas sebagai pentadbir harus memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada klien adalah tepat dan dalam hal pengembangan staf, kesempatan harus diberikan seluas-luasnya kepada semua staf. IV. Tanggungjawab Etika Pekerja Sosial Sebagai Seorang Profesional (Social Workers' Ethical Responsibilities as Professionals) 1. 2. Pekerja sosial bekerja dan menerima tanggungjawab hanya berdasarkan kemampuan mereka (Competence) Pekerja sosial tidak dibenarkan bekerja, memberi peluang atau bekerja sama dalam semua bentuk diskriminasi berdasarkan etnik, agama, Negara, warna kulit, jantina, dan sebagainya. Pekerja sosial harus bertindak jujur sebagai seorang professional Pekerja sosial tidak boleh mencampuradukan masalah peribadi dengan tugas-tugas professional mereka. Pekerja sosial harus menjelaskan antara kenyataan dan tindakan sebagai peribadi atau mewakili profesion kerja sosial, organisasi profesional kerja sosial atau badan tempat dia bekerja. Pekerja sosial harus mengakui secara jujur sekiranya ada sumbangan mana-mana pihak dalam pelaksanaan tugasnya.
3. 4. 5.
6.
V. Tanggungjawab Etika Pekerja Sosial Terhadap Profesion Kerja Sosial (Social Workers' Ethical Responsibilities to the Social Work Profession) Dalam aspek ini, pekerja sosial harus menjaga, memelihara dan meningkatkan standad praktis yang tinggi. Disamping itu pekerja sosial harus memantau dan menilai dasar-dasar, pelaksanaan dan praktis intervensi yang dijalankan. VI. Tanggungjawab Etika Pekerja Sosial Terhadap Masyarakat Luas (Social Workers' Ethical Responsibilities to the Broader Society) Dalam aspek ini, pekerja sosial bertanggungjawab mempertingkatkan kesejahteraan sosial masyarakat dari peringkat local sehingga peringkat global. Pekerja sosial juga harus memfasilitasi peluang orang ramai untuk terlibat dalam usaha-usaha kesejahteraan sosial. Berdasarkan huraian di atas adalah perlu disedari bahawa penyusunan kod etika bukan pekerjaan yang mudah. Kod etika perlu juga merujuk kepada sistem sosial-budaya bahkan sistem ideologi yang berlaku dalam sesuatu negara. Panduan di atas dirasakan perlu sekiranya kod etika profesion kerja sosial di Malaysia hendak diwujudkan. Ini memandangkan belum ada kod etika yang dipergunakan sebagai panduan oleh pekerja-pekerja sosial di Malaysia.
KESIMPULAN
Kerja sosial diakui sebagai disiplin normatif, kerana telah memiliki landasan-landasan profesional seperti falsafah moral, sistem nilai dan norma profesional. Prinsip-prinsip etika dan praktis, pada asasnya merupakan aturan-aturan, standad-standad yang dipergunakan dalam pertolongan, di dalam keseluruhan proses membuat pilihan dan pembuatan keputusan bagi klien dan para pekerja sosial. Landasan utama prinsip-prinsip etika dan praktis dalam profesion kerja sosial dimanifestasikan dalam Kod Etika. Kod etika mempunyai banyak fungsi bagi sesuatu profesion khususnya kerja sosial. Oleh kerana itu kod etika profesion kerja sosial terutama di negara dimana kerja sosial masih mencari pola dan kematangan profesion seperti di Malaysia dirasakan perlu.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Malim Baginda. (2000). Management of social work in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, 26-27 Januari 2000. Adi Fahrudin. (2000a). Pendidikan kerja sosial, komitmen profesional dan masa depan praktis kerja sosial di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, 26-27 Januari 2000. Adi Fahrudin. (2000b). Falsafah, etika dan hak-hak asasi manusia dalam profesion kerja sosial. Nota Kuliah tidak diterbitkan. Kota Kinabalu: Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Adi Fahrudin. (1999). Komitmen profesional di kalangan pelajar kerja sosial di Indonesia. Tesis PhD (Kerja Sosial). Tidak diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Bartlett, H. M. (1970). The common base of social work practice. New York: National Association of Social Workers, Inc. Biestek, F. P. (1957). The casework relationship. Chicago: Loyola University Press. Clare, M. (1991). Supervision and Consultation in Social Work: A Manageable Responsibility? Australian Social Work, 44(1), 3-10. Dubois, B. & Miley, K.K. (1999). Social work: An empowering profession (4th. Ed). Boston: Allyn and Bacon. Faizah Masud, Kamsiah Ali & Gill Raja. (2000). Directions for Social Work Education. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, 26-27 Januari 2000. Ginsberg, L. (1999). Career in Social Work. Boston: Allyn and Bacon. International Association of Schools of Social Work. (2002). http://www.iassw.soton.ac.uk/ members/member.htm International Federation of Social Workers (2002). Ethics of social work principles and standards. Adopted by the IFSW General Meeting, Colombo, Sri Lanka, July 6 -8, 1994. http://www.ifsw.org/Publications/4.4.pub.html/ International Federation of Social Workers (2000). Definition of social work: English version. IFSW General Meeting, 25-27 July 2000, http://www.ifsw.org/Publications/4.8.3.pub.htm Ismail Baba. (1992). Social work: An effort toward building a caring society. Dalam Sin, K.C & Saleh, I. M. (Eds), Caring Society: Emerging issues and future directions. Kuala Lumpur: ISIS Ismail Baba. (1998). Social work education in Malaysia: The need of professionalism. Paper presented at Advancing Social Work Education Seminar, organized by Universiti Malaysia Sarawak, Kuching, Malaysia. Kadushin, A. (1992). Whats wrong whats right with social work supervision? The Clinical Supervisor, 10(1), 3-19. Loewenberg, F. M. & Dolgoff, R. (1992). Ethical decisions for social work practice (4th ed.). Itasca, IL: F.E. Peacock Publisher, Inc. Lyon, K. (1999). International social work:Themes and perspective. Aldershot: Ashgate, ARENA. Midgley, J.(1995). Social Development: the Development Perspective in Social Welfare. London: Sage Publication. Mohd Janib Johari (2001). Etika profesional. Skudai, Johor Darul Tazim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Morales, A. T. & Sheafor, B. W. (1999). Social Work: A Profession of Many Faces. Boston: Allyn and Bacon.
National Association of Social Workers. (1999). Code of Ethics of the National Association of Social Workers. http://www.naswdc.org/pubs/code/code.asp Siporin, M. (1975). Introduction to social work practice. New York: MacMillan Publishing Co, Inc. Yelaja, S.A. (1982). Values and ethics in the social work profession. In S.A. Yelaja (Ed.), Ethical issues in social work. (pp. 5-32). Springfield, IL: Charles C Thomas.
10