Anda di halaman 1dari 8

Wanita dan Kerjaya Dari Perspektif Islam

Peranan wanita dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh dipertikaikan

lagi. Namun, perubahan masa menjadikan kedudukan wanita menjadi semakin penting.
Pendahuluan
Peranan wanita dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun, perubahan
masa menjadikan kedudukan wanita menjadi semakin penting. Akibatnya ia memberi kesan kepada
struktur sosial, ekonomi, politik dan bahkan kepada institusi keagamaan. Keadaan ini menjadikan
berlaku perubahan yang sukar dibendung. Kita perlu menanggani permasalahan yang timbul.
Penulisan ini diharapkan akan meneroka jalan kepada perbincangan yang lebih teliti dan muktamad
kepada pengurusan berhubung dengan wanita. Insya Allah.
Untuk melihat apakah peranan yang perlu dimainkan oleh wanita maka perlulah kita melihat
contoh bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh wanita generasi awal terutama generasi contoh
di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Walau bagaimana pun contoh-contoh semasa juga tidak kurang
pentingnya. Kata pujangga "seorang ibu memerlukan masa selama 20 tahun untuk membesarkan
seorang anak tapi seorang wanita memerlukan hanya 20 saat untuk menjatuhkannya". Ini
bermakna kita seharusnyalah memberikan perhatian yang serius dalam proses penyebaran,
pembinaan dan peningkatan penghayatan kerja-kerja dan amal dalam Islam. Ini ialah kerana keduadua golongan yang membesarkan dan menjatuhkan tadi terdiri dari satu jenis manusia sahaja iaitu
wanita. Persoalannya ialah bagaimana untuk melahirkan kedua-dua golongan ini yang boleh
berfungsi kearah berkhidmat untuk Islam.
Siapakah wanita?

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang dihiasi dengan sifat-sifat mulia. Dijadikan dari jiwa
yang satu dan dari tanah yang sama dengan kaum lelaki. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud
"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang mencipta kamu dari jiwa yang satu dan
daripadanya (Allah) menciptakan isterinya". (An-Nisa 4:1). Mereka bersifat pemalu, cantik, lemah
lembut, penyantun dan halus perasaan, sesuai dengan sifat-sifat mereka sebagai wanita. Mereka
merupakan ibu, pendidik dan isteri, yang mana nantinya suami akan merasa tenang dan bahagia di
samping mereka. Ketenangan dan kebahagiaan ini akan membawa kepada kebahagiaan individu dan
seterusnya kepada kebahagiaan masyarakat dan negara.

Wanita Sebagai Satu Entiti Tersendiri


Dalam Islam wanita adalah satu entiti bebas yang tersendiri, dan dengan demikian ia mempunyai
tugas dan tanggungjawab sebagai manusia yang tersendiri. Islam melayan wanita secara langsung
tanpa melalui agensi Muslim lelaki. Seorang akan memikul sepenuh tugas dan tanggungjawab
setelah baligh dan menerima ajaran Islam. [Rujuk umpamanya surah Al Mumtahanah 60:12, Ali
Imran 3:95, An Nahl 16:97, An Nisa 4:32, Abasa 80:35-38 ]
Al-Quran dalam surah Al Mumtahanah 60:12 menjelaskan;

{12}
"Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan
janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah; tidak
akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka adaadakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik,
maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Ini jelas menunjukkan bahawa Allah sendiri mengarahkan Rasulullah s.a.w supaya menerima janji
setia golongan wanita setelah mereka memenuhi beberapa syarat yang telah digariskan oleh AlQuran.
Dari segi amalan persoalan jantina tidak penting, kerana yang diukur ialah amalan itu sendiri,
samaada ia datang dari lelaki atau perempuan saperti yang dijelaskan oleh Al-Quran dalam surah Ali
Imran 3:195




{195}

Yang bermaksud:
"Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): Sesungguhnya Aku
tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal diantara kamu, baik laki-laki atau
perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain. Maka orangorang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan Ku, yang
berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan
pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya,
sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah di sisiNya pahala yang baik".
Perkara yang sama juga dijelaskan oleh Al-Quran dalam surah An Nahl 16:97.
Di samping itu Allah memperingatkan kita supaya tidak irihati terhadap kelebihan seorang dengan
seorang yang lain. Itu memang satu fitrah yang lumrah. Dalam surah An Nisa 4:32 dijelaskan:




{32}
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahgian kamu lebih
banyak dari sebahgian yang lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang
mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian daripada apa yang mereka
usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu"
Di Akhirat pula Allah menggambarkan betapa suasana yang berlaku ialah suatu keadaan dimana
masing-masing ingin menyelesaikan masalahnya secara yang tersendiri hingga lupa kepada sanak
saudaranya walau pun yang terdekat. Surah 'Abasa 80:34-37 menjelaskan:
{37} { 36} { 35} { 34}
"Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapanya, dan isteri dan anakanaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan".
Dari dalil-dalil Al Quran di atas jelas menunjukkan bahawa wanita adalah satu identiti yang diiktiraf
oleh Islam secara tersendiri. Bahkan Islam telah melaksanakan satu revolusi terhadap kaum wanita,
di mana wanita sebelum Islam hanya alat pemuas hawa nafsu lelaki semata-mata. Majlis tidak akan
meriah tanpa arak dan wanita. Wanita tidak mendapat tempat dalam masyarakat malah sebagai
satu makhluk yang memalukan keluarga hingga anak perempuan yang lahir akan ditanam hidup
hidup atau kalau sudah besar akan dibunuh. Tapi dengan kedatangan Islam, wanita telah terangkat

kedudukannya. Bagi Islam bila wanita itu masih anak-anak, ibu bapa yang menjaga dan
memeliharanya hingga melahirkan anak yang solehah akan dibalas Syurga; jika ia masih muda belia
dan solehah timbangannya lebih berat dari dunia dan isi kandungannya; jika ia seorang isteri,
menjaganya mendapat pahala sedekah; jika ia seorang ibu, syurga di bawah tapak kakinya. Itulah
dia wanita!
Tugas manusia yang sedia dimaklumi ialah untuk melaksanakan ubudiyah hanya kepada Allah jua
saperti yang terkandung di dalam Al-Quran surah Adz-Dzaariyaat 51:56


Yang bermaksud:
"Dan Aku tidak jadikan jin manusia kecuali untuk menyembahKu".
Jadi tugas individu Islam termasuk lelaki dan perempuan adalah untuk berusaha di peringkat
individu, keluarga, masyarakat juga negara sehingga Deen Allah S.W.T terlaksana di atas muka bumi
secara syamil dan kamil di mana Ubudiyah terhadap Allah S.W.T dapat dilaksanakan secara bebas
dan merdeka.

Peranan Wanita Generasi Awal Sebagai Satu Pengajaran


Dalam kesempatan ini kita fokuskan peranan wanita kepada lima perkara utama termasuk:
1. Tugas Hakiki dan Asasi
Tugas Wanita Yang Utama
Memperlengkapkan Diri Dengan Ilmu
Dakwah
Jihad
Kerjaya
Tugas Hakiki dan Asasi
Sebagai wanita tugas hakiki dan asasi serta tugas pertama dan utama ialah tugas dan
tanggungjawab terhadap Deennya iaitu Islam. Perlaksanaan tugas-tugas lain hanyalah terbitan dari
tugas ini. Dari segi perlaksanaan walau sesempurna mana tugas-tugas lain dilaksanakan namun
tanpa tugas ini semuanya terbatal. Oleh hal yang demikian suatu persiapan awal mestilah dibuat
agar urusan Ubudiyah, Keimanan dan Aqidah serta yang sehubungan dengannya diberi perhatian
yang setimpal sebelum tugas-tugas lain dipikul. Namun begitu bukanlah bermakna bahawa tugastugas lain tidak boleh dilaksanakan sebelum tugas Deen ini selesai, kerana antara tugas Deen dan
tugas-tugas lain adalah saling kait mengait dan tidak tersendiri. Kesedaran dan penghayatan
terhadap Deen yang tinggi seharusnya meningkatkan juga komitmen terhadap tugas-tugas yang
lain. Sebagai satu proses timbal balik perlaksanaan terhadap tugas-tugas lain seperti kerja kerja
kebajikan umpamanya akan meningkatkan lagi kesedaran, kefahaman dan keimanan. Kerana urusan
Deen ialah urusan seluruh hidup maka kerja kebajikan tersebut akan memberi saham yang sama
dalam proses penghayatan terhadap Deen Allah S.W.T.
Penghayatan tugas-tugas Deen seperti Solat, Puasa, Zakat dan Haji adalah satu tugas yang tidak ada
tolak ansur. Penolakannya adalah bermakna penolakan terhadap Islam itu sendiri. Ini bermakna
amal-amal yang lain tidak ada asas untuk berpijak dan bertapak. Al-Quran surah At Taubah 9 : 67
menjelaskan "Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka"
Dengan demikian sebagai wanita tanggungjawab terhadap Deen sudah tidak dapat disangkal lagi.
Oleh itu wanita Islam mestilah memperlengkapkan diri dengan iman dan aqidah yang kental.
Kekentalan iman dan aqidah menentukan mereka membina satu benteng dalaman yang kukuh
dalam menghadapi sebarang pancaroba hidup; tidak mudah terpengaruh oleh suasana malah boleh
mempengaruhi suasana.
Kekentalan Aqidah amatlah perlu diberi keutamaan kerana dengan demikian tugas dan
tanggungjawab terhadap Deen ini akan dapat dipastikan berjalan di atas paksinya yang sebenar dan
diredhai Allah. Di samping itu ia juga penting untuk menjamin matlamat perlaksanaan tugas dan

tanggungjawab tadi berada di dalam matlamat yang diperkenankan oleh Allah S.W.T. Kejelasan
jalan dan matlamat tadi seterusnya mestilah berterusan sehingga tercapai matlamatnya atau syahid
dalam perjuangan.
Tugas Wanita Yang Utama
Perbincangan mengenai tugas atau peranan wanita ini boleh dilihat melalui dua perspektif utama,
iaitu dari sudut mikro, di mana wanita dilihat sebagai satu individu dan komponen kecil keluarga.
Di satu pihak lagi ia boleh dilihat secara makro dalam mengendalikan urusan Islam secara satu
sistem yang syamil dan kamil yang mencakup seluruh bidang hidup.
Memperlengkapkan Diri Dengan Ilmu
Ilmu ialah tunggak untuk menjadi orang Islam lagi Beriman. Mengikut Sayed Abul Ala Al Maududi,
Islam itu ialah nama kepada Ilmu dan Penghayatannya. Jadi untuk meningkatkan hubungan kita
dengan Allah tidak mungkin berlaku tanpa ilmu. Bahkan pewaris nabi ialah para ulama, dan
kedudukan mereka beberapa darjat lebih tinggi berbanding dengan orang-orang yang tidak berilmu.
Umumnya ilmu boleh dibahagikan kepada dua iaitu Ilmu Syara dan Ilmu Semasa. Dari segi
tanggungjawab, kedua-dua jenis ilmu ini wajib dituntut bagi setiap muslim lelaki dan perempuan.
Contoh wanita utama dari segi keilmuan ialah Syaidatina 'Aishah bint Abi Bakr r.a.
Berlatarbelakangkan dari keluarga ternama dan terkemuka dan suka kepada kebajikan menjadikan
beliau seorang wanita agong yang punya perawakan istimewa. sebagai satu persiapan untuk
memegang tugas besar sebagai pasangan Nabi dan Rasul pilihan. Keistimewan ini menjadikan beliau
tiada tandingan di seluruh tanah Arab termasuk Mekkah dan Madinah. Beliau bergelar professor,
jurist, lawyer-cum-judge dan biographer bagi sejarah hidup Rasulullah saw. Di samping itu beliau
juga pakar dalam sejarah, bahasa, puisi, keturunan bangsa Arab, dan perubatan. Keilmuan beliau
terbukti dengn sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Take half of your religion from this
Humayraa'(red-faced lady)" (Zakaria Bashier,1990:149). Keilmuan beliau setaraf dengan sahabatsahabat besar seperti 'Abdullah ibn 'Abbas, 'Ali ibn Abi Thalib, 'Umar ibn al-Khattab dan 'Abdullah
ibn Mas'ud. Dalam memutus hukum mengenai zina Syaidina 'Umar ibn al-Khattab r.a pernah
merujuk kepada beliau. Beliau juga dikenali dengan gelaran Umm al Mu'minin/The Mother of the
Faithful.
Dalam konteks masa kini dapat dirumuskan bahawa dari segi keilmuan wanita bolehlah
mempertingkatkan keilmuannya hingga menjadi pakar-rujuk yang mempunyai autoriti dalam bidang
masing-masing .
Tuntutan bagi mempelajari ilmu syara' merangkumi soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah. Di
samping itu, tuntutan dalam ilmu semasa seperti kedoktoran, perguruan, pengurusan, perakaunan
dan lain-lain tidak kurang pentingnya.
Dakwah
Al Quran dalam hal ini menjelaskan ,

{71}
" Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi
penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah
dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta'at kepada Allah
dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana," (At Taubah: 9:71).
Contoh wanita utama dalam kegiatan dakwah masa kini ialah Zainab Al-Ghazali. Beliau diceritakan
mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam Harakah Islam.
Katanya " Hak saya untuk berjihad di jalan Allah swt, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas
dan tanggongjawab sebagai mujahidin didalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang
akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.
Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan da'wah, akan berakhir
perkahwinan dan kekal da'wah kepada Allah swt. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan
janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah

S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau,
sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T" (Petikan dari Mukminah Solehah, ms:109)
Kita yakin bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah saw dalam da'wah baginda
adalah benar-benar tulen sebagai satu contoh yang murni dan praktik, sejak dulu, masa kini juga di
masa yang akan datang. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dalam
membuat perubahan ialah melalui Tarbiyyah atau pendidikan ke atas para sahabat. Mereka dididik
oleh Rasulullah s.a.w bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyyah ini
meliputi Tarbiyyah Rohani dan Jasmani. Tarbiyyah yang menekankan kepada pembentukan Iman
yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, di mana Al Quran tercerna
dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam.
Dilihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan
Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam. Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia mithali yang unggul dalam sejarah
peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sirah pada
sahabat.
Semua ini diyakini oleh Zainab Ghazali sehingga sanggup menghadapi apa saja rintangan dan
dugaan demi mempertahankan keyakinan beliau untuk meneruskan misi Rabbani di bumi Allah ini.
Walau pun dipenjara dan disiksa namun semangat jihad beliau tidak pernah luntur, bahkan terus
bersemarak memimpin Harakah Islam, iaitu Jamaah Saidatina Muslimah, satu gerakan wanita yang
selari dengan Ikhwan Muslimin.
Jihad
Nusaybah bint Ka'b/Umm 'Umarah, wanita Ansari dari Khazraj di Madinah mempertahankan
Rasulullah s.a. dalam perang Uhud. Di saat yang sangat genting memagari Rasulullah s.a.w dengan
diri di kalangan kurang daripada 10 sahabat yang tinggal. Mengalami 12 liang luka, satu darinya
kena pedang di tengkok yang memakan masa satu tahun untuk sembuh. Namun semangat beliau
tetap tidak luntur. Bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam Al Hudaibbiyah, Khaybar, dan Hunayn.
Beliau ialah seorang public figure of considerable social eminence.
Umm Sulaim bersama Rasulullah saw dalam Perang Hunayn. Mempunyai perawakan luar biasa,
orderly mind, determination and will of a man. Memeluk Islam sebelum suami. kemudian dapat
mengajak suami bersama Islam. Abu Talhah melamar tapi setuju hanya jika beliau masuk Islam. Itu
pun selepas anaknya Anas Ibn Malik sudah besar. Umm Haram binti Milhan belayar bersama-sama
tentera Islam menakluki Cyprus semasa pemerintahan Mu'awiyah Ibn Sufyan. Beliau dikebumikan di
Cyprus. Umm 'Atiyah menyaksikan 7 ekspedisi tentera bersama Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w
biasa ziarah dan beristirehat tengah hari di rumah beliau. Di samping itu Rasulullah s.a.w
membawa bersama-sama beliau salah seorang daripada isteri Baginda dalam kebanyakan ekspedisi
Jihad. Namun tugas utama wanita ialah membantu tentera Muslim dari segi makan minum dan
ubatan. Asma binti Yazid membunuh 9 Musrikin. Safiyah bint 'Abd al Muttalib adalah wanita
pertama membunuh musrik.
Kerjaya
"According to Islamic Jurisprudence a woman is competent to own property and dispose of it in
any manner. The Shariah generally provides for an equitable and fair role for women in the
management of family affairs, they can contribute to the support of the family although they are
not legally bound to provide maintenance."[Rujuk Cerita Asma bint Abu Bakr dan suaminya Al
Zubair. ( Hassan Turabi. ms 19)]
Wanita boleh menjalankan perniagaan dan perdagangan. Lihatlah kepada Qailah Umm Bani Atmar,
seorang saudagar wanita. Beliau berkata, Saya ialah seorang wanita yang membeli dan menjual.
Umar Ibn Al Khattab telah memberi kepercayaan terhadap Penyeliaan Pentadbiran Urusan Jual Beli
kepada Saff'a binti Abdullah bin Abd. Shams. Umar biasa meminta khidmat nasihat dari beliau dan
meletakkan beliau di tempat yang tinggi. (Hassan Turabi, 1991: 25)
PENUTUP DAN HARAPAN

Orang-orang Islam pernah dikuasai dan menguasai. Namun mereka tetap mereka yang dijadikan
oleh Allah S.W.T. yang sama melalui proses biologi yang sama, cuma bezanya mungkin tingkat
penghayatan dan keimanan, keislaman, ketaqwaan mereka jua. Semuanya berteraskan satu teras
yang asas HATI. Oleh sebab itu hati manusia harus diubah hingga lahir hati-hati keluarga, hati
masyarakat bahkan hati negara yang terarah di bawah naungan IMAN, ISLAM,. TAQWA dan IHSAN,
sehingga seluruh pekerjaan yang lahir darinya menjadi amal soleh dan diredhai Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nur 24:55 yang bermaksud:



{55}
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan
amal-amal yang soleh bahawa dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi,
sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh, dia
akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar-benar
akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman
sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan
Aku."
Hanya orang-orang yang mempunyai hati yang beriman jua akan diberikan kekuasaan di muka bumi
ini oleh Allah S.W.T. Oleh sebab itu untuk menguasai bumi ini umat Islam hanya berusaha untuk
meningkatkan keimanan. Iman yang aktif bukan pasif, Iman yang konstruktif bukan destruktif. Iman
yang mencerahkan seluruh hidup seseorang yang memilikinya.
Jika keghariban Islam awal telah dapat dihapuskan oleh jihad generasi awal dengan bantuan wahyu
Allah S.W.T. di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. maka sudah pasti tugas untuk menghapuskan
keghariban Islam kini terletak di atas bahu generasi Islam kini. Kerana wahyu Allah S.W.T. iaitu AlQuran masih ada dan sunnah Rasulullah s.a.w. masih murni, maka hanya jihad generasi kini yang
harus ditingkatkan. Kita harus yakin bahawa dengan bantuan Allah S.W.T masa depan adalah milik
kita, milik umat Islam

Wanita dalam Islam sebenar

(seperti di dalam al-Qur'an)

Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak


menyedihkan. Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis
syarahan agama, dikenakan beberapa peraturan yang ketat, atau
disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka menjadi
mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang
digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi
yang dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini
berpunca dari kejahilan yang terbit dari input yang tidak sempurna
dalam didikan agama. Input yang dimaksudkan ialah ajaran
daripada Allah yang terkandung di dalam al-Quran.

Kertas ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak


daripada Allah mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak
panjang. Di sini mungkin terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah
didengarkan oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Semoga
dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada alQuran, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang
sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.
Ciptaan
Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta
untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri,
Yang mencipta semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan
isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang
biak, dan pada hari ini mereka berjumlah kira-kira 5.7 bilion
kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-Nya. FirmanNya, "Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang
mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia
menciptakan pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya,
ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan" (Ayat
pertama, Surah ke 4, berjudul "Perempuan"; atau lazimnya ditulis
seperti 4:1).

Pengasihan
Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian
persahabatan (9:71). Namun, yang paling manis sekali yang
diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan,
seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia mengadakan di antara kamu,
cinta dan pengasihan" (30:21). Perasaan cinta dan pengasihan ini
selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan
perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan
bersatu dalam kebahagiaan.

Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini
disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang
mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa
dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat
yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga
mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan
dalam perzinaan" (4:25).

Anda mungkin juga menyukai