Anda di halaman 1dari 11

WANITA & KEPIMPINAN MENURUT ISLAM

DEFINISI
1. Wanita

Maksud wanita menurut kamus dewan ialah seorang perempuan, kaum ibu, kaum
puteri dan ungkapan-ungkapan yang seerti dengannya. Wanita merupakan insan yang
amat istimewa terutama untuk pasangannya kaum lelaki. Tanpa kehadiran kaum wanita
maka tidak akan berkembanglah institusi kekeluargaan pada masa dahulu dan masa kini.
Kelebihan yang diberikan Allah kepada wanita amatlah banyak sehinggakan ada yang
tidak dapat dilakukan oleh kaum lelaki. Kelebihan wanita bukan sahaja dapat dilihat dari
rupa paras yang cantik tetapi dapat juga dinilai dalam pelbagai aspek terutama pendidikan
dan pekerjaan.

2. Kepimpinan

Merupakan satu proses menggerakkan sekumpulan individu untuk mencapai


objektif atau matlamat yang tertentu atau yang telah ditentukan. Di dalam islam amat
menitik beratkan aspek kepimpinan sehingga Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan agar
dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil.Umat islam digesa
supayasentiasa penuh sedar tentang keperluan dan kepentingan kepimpinan. Kepimpinan
yang cemerlang akan melahirkan masyarakat yang cemerlang. Kepimpinan dari
perspektif islam tidaklah semata-mata merujuk kepada pemimpin tertinggi terutama
pemimpin-pemimpin negara.

Megikut hadis Rasulullah S.A.W semua individu muslim dianggap sebagai pemimpin
dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada dibawah tanggungjawabnya seperti
sabda baginda bermaksud:

“ Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab
kepada orang yang berada di bawah jagaannya seorang ketua Negara
bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya.
Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan di soal berkenaan
tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanyadan dia juga
akan disoal, begitu jue seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan
bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin dan
bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya.”

(Hadith Riwayat bukhary dan muslim)

1
WANITA TERDAHULU

Dikalangan masyrakat India lama menyebut : “ Wabak, maut, api dan racun itu
adalah lebih baik daripada wanita. Pandangan kitab Taurat menyatakan bahawa kejadian
wanita adalah lebih pahit daripada mati. Bagi masyarakat Rumawi lama pula bersetuju
mengatakan bahawa wanita adalah makhluk yang tidak berjiwa dan tidak akan mewarisi
kehidupan akhirat. Wanita digolong dalam golongan najis yang mana tidak boleh
memakan daging, dilarang ketawa dan bercakap. Untuk menghalang wanita dari bercakap
mereka telah dipakaikan topeng yang menutupi mulut yang diperbuat daripada besi.
Perbuatan seperti ini amatlah kejam dan suatu penyiksaan bagi kaum wanita. Sebelum
kebangkitan islam wanita adalah sasaran penghinaan dan sumber kekejaman kaum lelaki.

Apabila kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran islam keadaan ini
menjadi kian berubah. Islam telah membebaskan wanita daripada kezaliman dan tindakan
liar yang tidak berperi kemanusiaan. Malah islam mengangkat darjat wanita ke taraf yang
paling tinggi, tidak dapat ditandingi dalam perkembangan tamadun. Orang Barat pula
berpendapat wanita sebagai syaitan dan haiwan. Allah telah menegaskan melalui
firmannya yang berbunyi :

        


          
 
Ertinya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

( surah Ar-Rum : 21 )

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai
pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan
dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan
termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.

2
WANITA DI DALAM AL-QURAN
Di dalam Al-Quran sangat meperhatikan dan banyak menyebut tentang wanita. Ini
membuktikan wanita satu golongan yang tidak boleh di pandang rendah dan
diperkecilkan.Di dalam Al-Quran juga menegaskan bahawa lelaki dan wanita itu sama.
Seperti firman Allah dalam Surah An-Nisa : Ayat 1.

        


         
          

Ertinya : Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang
Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah
menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang
biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah
kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling
meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.

Alah amat menyanjungi kaum wanita sehingga dalam Al-Quran sendiri terdapat
satu surah yang lengkap menceritakan tentang kaum wanita iaitu dalam surah An-Nisa
(wanita). Dalam surah itu juga khusus menyentuh 3okum-hukum yang berkenaan dengan
kehidupan mereka.

Selain surah An-Nisa terdapat surah-surah lain yang ada menyentuh tentang
wanita di antaranya ialah surah An-Nur, surah Al-Maidah, surah Al-Ahzab, surah Al-
Baqarah,surah Ath-Thalaq, surah Al-Mujadalah, surah Al-Mumtahinah dan surah At-
Tahrim.

Dalam Al-Quran banyak menceritakan contoh-contoh wanita yang boleh


dijadikan teladan seperti Hawa, wanita pertama yang diciptakan Allah.Contoh wanita lain
yang tersebut dalam Al-Quran ialah puteri Rasullullah s.a.w yang bernama Fatimah,
wanita syurga bernama Mashitah, Aisyah isteri Rasullullah s.a.w , Hajar, Asiah isteri
firaun dan banyak lagi.

Dalam Al-Quran juga ada menceritakan tentang wanita yang bersifat buruk yang
tidak perlu di teladani sifat-sifat mereka seperti Umi Jamilah, isteri Abu Lahab musuh
besar Rasullullah s.a.w.

3
HAK-HAK YANG DIBERI OLEH ISLAM
KEPADA WANITA
Dalam islam wanita diberikan kebebasan dan hak-hak yang sama dengan kaum
lelaki. Ini telah membuktikan undang-undang islam telah mendahului undang-undang
moden lain. Undang – undang islam menyamakan lelaki dengan wanita tentang
pentadbiran harta dan akad perjanjian. Apabila sampai usia matang bagi wanita, beliau
dibenarkan mentadbir harta , membuat akad jual beli, sewa menyewa syarikat, berhutang,
bergadai, hibah, berwasiat dan sebagainya. Mereka boleh menguruskan hal ehwal diri
sendiri tanpa campurtangan orang lain.

Di antara hak-hak yang diberikan kepada kaum wanita ialah :

1. Dalam perdagangan / perniagaan


Menjalankan urusan perniagaan tanpa campur tangan keluarga / suami dan mengadakan
perjanjian perniagaan secara langsung. Waniya membentuk sebahagian besar daripada
guna tenaga yang diperlukan dalam sector yang tertentu. Wanita juga telah menceburi
bidang-bidang baru dalam kegiatan ekonomi.

2. Dalam mencari pekerjaan


Memilih kerjaya yang sesuai mengikut kelayakan yang diperolehi. Pekerjaan hendaklah
yang dibenarkan oleh syarak dan yang tidak akan menimbulkan fitnah masyarakat.
Peluang pekerjaan masa kini banyak memberi peluang kepada kaum wanita untuk lebih
maju berbanding kaum lelaki yang telah semakin berkurangan dalam kerjaya profesional.

3. Memilih suami.
Memilih calon yang sesuai berlandaskan syariat islam kerana ia dapat mencorakkan
keluarga ke jalan yang diredhai Allah. Islam mewajibkan memilih calon yang benar-
benar berpegang teguh denagan agama, berakhlak mulia, menjaga maruah dan
kehormatan diri.

4. Dalam perkahwinan
Dalam Al-Quran menyatakan perkahwinan adalah kemanusiaan dalam bentuk yang sah,
mengikut pandangan masyarakat atau pun pendapat individu. Dari aspek kemasyarakatan
ianya suatu kewajipan bagi memelihara martabat masyarakat itu sendiri. Dari aspek
individu pula ianya dapat memberi ketenangan jiwa dan kasih saying antara lelaki dan
perempuan.firman Allah s.w.t :

       


           

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian *diantara kamu, dan


orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu

4
yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika
mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.
.dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui

* Maksudnya: hendaklah laki-laki yang belum kahwin atau wanita-


wanita yang tidak bersuami, dibantu agar mereka dapat kahwin.

( Surah An-Nur : 24 )

5.Memperolehi cerai.( talak )


Islam mengharuskan penceraian seperti sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud :“Perkara halal yang paling Allah benci ialah perceraian”. Talak tidak boleh
dijatuhkan sesuka hati. Di dalam Al-Quran meletakkan beberapa syariat seperti jika
wanita itu rasakan perkahwinan itu tidak lagi mendatangkan kebaikan dalam dirinya.

6. Menuntut ilmu
Menuntut ilmu itu menjadi suatu tuntutan kepada setiap muslim.Tuntutan menuntut ilmu
itu adalah bersifat umum bagi lelaki dan perempuan. Pada zaman awal islam iaitu pada
zaman nabi kedudukan wanita pada masa itu masih tertinggal. Oleh itu Rasullah S.A.W
amat prihatin tentang kepentingan memberikan pelajaran kepada wanita hinggakan
golongan hamba wanita pun di arah supaya belajar dan diberikan pelajaran. Penekanan
islam terhadap kepentingan pelajaran dan ilmu pengetahuan kepada wanita adalah sangat
jelas. Kemajuan masyarakat dan pembangunan umat turut bergantung kepada
pembangunan pendidikan dan pelajaran kaum wanita selari dengan kaum lelaki.

7. Dalam menjalankan kewajipan agama.


Wanita dituntut melakukan amalam sama seperti kaum lelaki seperti solat, puasa, zakat
dan sebagainya. Sesungguhnya dalam hidup ini ada kewajipan-kewajipan tertentu yang
perlu dilaksanakan oleh kaum wanita. Kewajipan-kewajipan ini mestilah ditunaikan
dengan cara yang baik, mengikut syarat dan aturan yang ditetapkan oleh islam.

8. Sebagai seorang isteri.


Diwajibkan memberi mas kahwin dan tidak boleh diambil daripadanya walau sedikit
kecuali dengan izin. Ini bertujuan mengangkat martabat wanita dan sebagai tanda
penghargaan kepada wanita yang dinikahi. Sebagai seorang isteri, wanita wajib mematuhi
kehendak suami terutama kea rah kebaikan. Seorang isteri adalah cermin kepada sang
suami.

9. Sebagai ibu.
Seorang wanita dilahirkan mempunyai sifat semulajadi keibuannya. Sifat kasih sayang,
prihatin, bertanggungjawab dan rela bekorban demi anak-anak. Tanggungjawagnya juga
meliputi pendidikan anak-anak dan pengurusan keluarga. Anak yang tidak beribu ibarat
layang-layang yang putus talinya. Sehingga ada pepatah yang mengatakan “Tangan yang
menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia”. Ini dikaitkan dengan kekuatan dan

5
kecekalan wanita yang bergelar ibu membentuk anak-anaknya menjadi insan yang
bertaqwa dan berbakti untuk agama , bangsa dan Negara.

10. Kepada kedua ibubapa.


Tanggungjawab kepada kedua ibubapa tidak akan selesai walaupun wanita itu telah
berkahwin. Dalam islam kita dituntut untuk menghormati kedua ibubapa sepanjang hayat
mereka.

11. Bersuara & memberi pendapat


Seperti yang telah sedia maklum, wanita telah berani kehadapan bersaing dengan kaum
lelaki sejak zaman menuntut kemerdekaan Negara Malaysia . Wanita bergerak selari
dengan kaum lelaki, berjuang dengan mengangkat senjata, melontar suara berhujah untuk
mencari kebenaran. Dizaman kemerdekaan Negara yang mencecah setengah abad ini
telah banyak pemimpin wanita yang berani bersuara dan memberi pendapat untuk
membuktikan kebenaran.

12. Beribadat
Islam meletakkan aqidah dan akhlak wanita sama seperti yang dikenakan kepada kaum
lelaki. Pahala yang diperolehi oleh wanita juga sama dengan pahala yang diperolehi oleh
lelaki. Firman Allah surah An-Nisa Ayat 21 :

         
      
Ertinya : Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki
maupun wanita sedang ia orang yang beriman, Maka mereka itu
masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.

HAK-HAK KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Seorang peminpin yang baik mempunyai pengikut-pengikut yang baik.


Tanggungjawab yang diberi kepada pemimpin merupakan suatu amanah yang amat
penting dan berat. Islam menggariskan kepada para pemimpin supaya bersikap dengan
penuh amanah dan dedikasi. Sekurang-surangnya islam meletakkan tiga hak yang
sepatutnya dinikmati oleh kepimpinan iaitu :

6
1. Taat setia
Patuh dan taat setia yang ditunjukkan dari para pengikut akan menentukan segala urusan
berjalan dengan lancer seperti yang telah dirancang. Ini dapat memastikan organisasi
dapat dijaga denagn baik dan tidak kucar-kacir. Allah s.w.t berfirman :

       


  
Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah
Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu.

Taat kepada kepimpinan pemimpin bagaimanapun tidak mutlak kepada perintah ketaatan
orang mukmin kepada Allah s.w.t dan Rasulnya. Ini kerana Islam meletakkan ketaatan
kepada kepimpinan hanya kepada perkara-perkara Makruf.Islam juga menekankan
bahawa ketaatan kepada kepimpinan seseorang pemimpin itu bukan kerana kehebatan
personality atau takut dan bimbang kepada suatu bentuk tindakan yang mungkin akan
berlaku tetapi ketaatan yang diberikan adalah kerana jawatannya yang dianugerahkan
Allah s.w.t untuk mentadbir masyarakat.

2. Kerjasama
Kerjasama adalah untuk memastikan sesuatu perancangan atau program yang digerakkan
oleh pemimpin berjaya mencapai objektifnya. Kerjasama kepada pemimpin boleh
dijelaskan dalam berbagai bentuk dari bentuk pengorbanan mempertahankan kewibawaan
pemimpin dengan lisan atau apa sahaja cara yang wajar sehingga kepada pengorbanan
harta dan tenaga.

3. Nasihat dan teguran


Pada hakikatnya pemimpin juga bukanlah seorang yang sempurna, islam meminta
umatnya menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin mereka. Dalam hal ini,
pemimpin juga wajar bersifat terbuka, bersedia menerima teguran dan nasihat. Sikap
terbuka pemimpin amat penting kerana ia boleh mencipta suasana yang harmoni diantara
pemimpin dan pengikutnya dan mewujudkan kasih sayang sesama mereka.

Prinsip kepimpinan sebegini telah dibuktikan misalnya oleh Saidina Abu Bakar yang
membuka ruang kepada rakyat supaya ditegur seperti yang disebut dalam ucapan
dasarnya selepas dilantik sebagai khalifah islam pertama menggantikan Rasulullah
S.A.W katanya “ jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kebaikan, bantulah aku dan
jika sekiranya kamu melihat aku melakukan kesalahan, betulkan aku.

KEPIMPINAN WANITA

7
Kepimpinan wanita dalam islam memberi penjelasan kepada kejayaan wanita
dalam kerjaya sama ada di dalam keluarga dan masyarakat. Sebagai yang kita sedia
maklum semakin ramai wanita yang berjaya di Malaysia. Malah ada diantara mereka
yang lebih berjaya dari suami mereka sendiri. Keadaan ini akan berterusan lagi di masa
hadapan apabila semakin ramai graduan universiti , yang majoritinya wanita , masuk ke
sektor pekerjaan. Malah pada masa kini, umumnya mengetahui bahawa sudah ramai
wanita yang telah memegang jawatan-jawatan seperti Menteri, Hakim, Ketua Setiausaha
Kementerian, Ketua Pengarah, Ketua Jabatan dan Pengurus di sektor swasta.
Peratus kadar penyertaan wanita dalan sektor pekerjaan pada tahun 2001
adalah sebanyak 43.3 peratus. Malaysia mewujudkan Dasar Wanita Negara dan dengan
adanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ini menjadikan
masa depan wanita di Malaysia akan lebih cerah.

1. kepimpinan dalam keluarga


Sebagai seorang wanita tanggungjawab amatlah besar sebagai seorang ibu di dalam
sesebuah keluarga. Ibu diberi tanggungjawab mendidik anak-anak sewaktu di rumah.
Wanita yang berkerjaya juga tidak lepas dari menjalankan tanggungjawabnya sebagai
pemimpin keluarga. Kebanyakan wanita yang berkerjaya juga telah berjaya sebagai
pemimpin keluarga .

2. kepimpinan di dalam pendidikan


Pada zaman yang membangun kini dapat dilihat penglibatan kaum wanita dalam
profasion pendidikan semakin menyerlah. Wanita lebih banyak melibatkan diri dibidang
pendidikan berbanding kaum lelaki.

3. kepimpinan dalam masyarakat


Sejak zaman sebalum merdeka lagi wanita melayu telah melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan. Pada zaman penjajah lagi kaum wanita sudah ada yang berjuang demi
menegakkan agama , bangsa dan tanah air tercinta. Wanita lebih mudah mendekati
masyarakat dengan sifat yang lemah lembut dan ramah tamah dapat memikat hati
masyarakat pelbagai lapisan untuk mengikuti jejak mereka sebagai pemimpin.

KEPIMPINAN ISLAM

Kepimpinan islam bermaksud sebagai kepimpinan yang menurut cara-cara islam


seperti yang diasaskan oleh Rasulullah S.A..W. Pemimpin yang membawa dasar-dasar
kepimpinan tersebut disebut sebagai pemimpin yang menjalankan politik (siasah)
ketuhanan manakala pemimpin yang menjlankan dasar-dasar selain daripada dasar

8
tersebut disebut sebagai pemimpin yang menjalankan politik (sahsiah) syaitan. Tujuan
kepimpinan iniditegakkan adalah untuk menggerakkan jamaah ke arah memenuhi
perjuangan para anbiya’.

Amat jelas kepada kita bahawa agenda kepimpinan islam adalah lebih merujuk
kepada pembangunan manusia, masyarakat dan Negara dari sudut pembangunan,
kerohanian bagi melahirkn umat yang berkualiti tanpa meminggirkan pembangunan
fizikal dan seterusnya dapat menjadi contoh dan panduan kepada umat yang lain atau
dalam erti kata yang lain bagi melahirkan para pendakwah dengan semaksimum mungkin
dan sejarah telah membuktikan di bawah kepimpinan ini masyarakat dapat hidup secara
aman, penuh makmur dan agama islam dapat disebarkan ke Negara jiran yang bukan
islam.

Disamping itu, kepimpinan islam juga adalah mengamalkan konsep amar makruf
nahi mungkar dalam segala hal samada dalam hal politik, pendidikan , kemasyarakatan,
kebudayaan, ekonomi dan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan. Sifat tersebut
dapat menutup segala pintu kezaliman dan kejahatan. Konsep kedaulatan Negara juga,
diamalkan di mana Negara islam tidak boleh mencerobohi Negara lain sekiranya, Negara
tersebut tidak menyerang, menganggu dan memungkiri perjanjian terhadap Negara dan
orang islam.

Masyarakat yang cemerlang terbentuk dari kepimpinan yan cemerlang. Lebih


ramai pemimpin yang memahami kepimpinan sebagai amanah dilahirkan dalam sesuatu
masyarakat akan lebih makmur dan sejahtera masyarakat. Setiap individu muslim
dianggap pemimpin, mereka mesti membina potensi kepimpinan masing-masing yang
berkesan kepada orang yang dipertanggungjawabkan. Kepimpinan mesti dianggap
sebagai melaksanakan amanah Allah S.W.T. Sebagai pemimpin kita haruslah
mengamalkan satu sikap sebagai ketua pemimpin supaya setiap tindakan yang dibuat
secara professional denag mengira reaksi dan respon pengikutnya.

KESIMPULAN

9
Kepimpinan wanita pada zaman dan masa kini banyak berubah berbanding pada
zaman dahulu.Tidak boleh dinafikan keupayaan wanita sebagai pemimpin dan ini terbukti
degan pemimpin wanita yang sedia ada di Negara ini.Malaysia sendiri contoh Negara
yang telah banyak melahirkan pemimpin wanita islam. Ini dapat membari suatu
perubahan yang amat nyata.

Wanita pada masa kini lebih berani melibatkan diri dengan kerjaya yang
dahulunya dikuasai oleh kaum lelaki. Sebagai pemimpin wanita islam hendaklah
mejalankan kepimpinan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan
orang mukmin. Islam adalah agama yang terbaik untuk dipatuhi. Wanita yang membawa
masyarakat pimpinannya kejalan yang diredhai Allah amat besar ganjarannya.

Pada amnya wanita masakini telah mencatat taraf kejayan yang amat memuaskan
sebahagian daripada kejayaan ini terbit daripada pergolakan yang berlaku pada tahap
global. Sebahagian lagi berlaku oleh disebabkan kerajaan Malaysia secara sedar
menyusun Strategi bagi membangunkan wanita. Tambahan pula wanita kini, telah
mengambil peluang yang diberikan untuk memperbaiki diri mereka dan menyambut
seruan kerajaan supaya turut serta dalam pembangunan negara.

Kejayaan seseorang itu tidak bergantung kepada jantina. Sebagai seorang wanita
yang telah sekian lama berkecimpung dalam pelbagai bidang bahawa setiap wanita mesti
didorong oleh motivasi untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang
diceburi.Semangat yang gigih pasti akan dapat mengecapi kejayaan terutama peluang
untuk wanita menceburi dan Berjaya dalam apa jua bidang yang diminatinya tanpa
batasan. Wanita juga mampu berdaya saing dalam apa jua bidang.

Pada zaman ini tiada lagi yang menghalag daripada wanita mencapai kemajuan
kerana wanita kini sudah ada pendidikan, latihan dan kemahiran untuk bersaing dengan
kaum lelaki. Kesimpulannya wanita berjaya sebagai pemimpin adalah setaraf denan
rakan setugas lelaki dan dari perspektif islam juga wanita dan lelaki adalah
setaraf.Manusia dapat dibezakan mengikut kemampuannya.

RUJUKAN

10
1. Siti Fatimah Abdul Rahman 2006.Memahami Kedudukan Wanita Berjaya dari
Perspektif ISLAM . Kuala Lumpur Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2. Fadlurrahman 2000. Nasib Wanita Sebelum ISLAM . Gresik :Penerbit Putra
Pelajar
3. Dr. Zulkiple Abd. Ghani & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus 1999. Kepimpinan
Dakwah Dan Politik Islam. UKM : Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan
4. Md Akhir Hj. Yaacob & Dr. Siti Zalikhah Md. Noor 1989.Beberapa Aspek
Mengenai ENAKMEN KELUARGA ISLAM di Malaysia.Petaling Jaya : Al-
Rahmaniah
5. ‘Afif ‘Abdul Fattah Tabbarah.Us.Md. Akhir Hj.Yaacob(Penterjemah)1985.
Wanita Dan Keluarga Dalam Islam. Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar
6. Md. Hashim bin Yahya 1986. Kebahagiaan Rumahtangga Muslin. Shah Alam:
Dewan Pustaka Fajar
7. Al-Us Mustafa Masyhur.Al-Us Mudasir Rosder UKM(Penterjemah)1989.Suri
Teladan Disepanjang Jalan Da’wah. Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar
8. Dr. Mohammad Al Bahi. Mohd Yusof Ahmad(Penterjemah). Kuala Lumpur :
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
9. Hidayah Sultan Salim. Dr. Salman Harun. Wanita-wanita Di Dalam Al-Quran.
Singapura : Bismi Publishers
10. Osman Ayub 1988. Keluarga Yang Diredhai.
11. Risalah Khas Maulidur Rasul 2003. Ke Arah Melahirkan Muslim Berwawasan.
Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12. Fakulti Pengajian Islam UKM 1990. Dinamika Islam Sebagai Al-Din. Bangi :
Fakulti Pengajian Islam UKM

11

Anda mungkin juga menyukai