Anda di halaman 1dari 7

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

ALOR GAJAH, Melaka

ELEMEN :
PENGUCAPAN
AWAM

NOTA PELAJAR

Nama : ….
………………................................
Kelas : ..
……………………….........................
Homeroom : ...
……………….................................
Nama Guru Subjek
: ......................................................

A. PENGENALAN

1. Pidato umum atau pengucapan awam adalah satu kemahiran berucap di khalayak
yang boleh dipelajari.
2. Pengucapan awam bermaksud berucap di khalayak atau di hadapan orang
ramai.
3. Kemahiran berucap boleh dipupuk dan diasah melalui proses pemelajaran,
pendedahan dan amalan dengan panduan dan bimbingan daripada pengucap-
pengucap yang terlatih dalam bidang ini.
4. Setiap individu yang normal boleh menjadi seorang pengucap yang berkesan
sekiranya diberi peluang untuk mengenali kemahiran tersebut secara lebih
terperinci dan sistematik.

B. UNSUR-UNSUR UCAPAN

Bil. Unsur Ucapan Penerangan


1 Pengucap Individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di
hadapan khalayak dengan tujuan tertentu.
2 Ucapan Kandungan isi bicara yang diluahkan.
3 Khalayak / audiens  Sekumpulan manusia yang mendengar bicara dan
seterusnya bertindak balas terhadap bicara tersebut.
 Bilangan ahli kumpulan ini boleh jadi 20 atau lebih.
 Golongan inilah yang menjadi sasaran ucapan
pengucap.
 Isi bicara si pengucap sebenarnya dicipta khas
untuk mereka.
4 Situasi  Keadaan dalam mana sesuatu ucapan itu diadakan.
 Mungkin bagi mengisi program motivasi atau
kecemerlangan akademik, kempen, pertandingan
dan sebagainya.

MRSM AG : NOTA PELAJAR-PENGUCAPAN AWAM 2


C. PRINSIP-PRINSIP UCAPAN

Menurut seorang pakar dalam bidang pengucapan awam ini iaitu Dr Abdul Mua’ti Bin
Ahmad, terdapat lima prinsip asas yang harus diberi perhatian yang serius oleh setiap
individu yang mahu menjadi pengucap yang berkesan iaitu :

BIL PRINSIP
1 Kemahiran mengumpul bahan ucapan
2 Kemahiran menyusun bahan ucapan
3 Kemahiran mengingati atau menguasai ucapan
4 Kemahiran menggunakan bahasa yang sesuai dan baik
5 Kemahiran menyampaikan bicara kepada khalayak

D. MENGAPA PERLU BELAJAR KEMAHIRAN UNTUK BERUCAP ?

CUBA FIKIRKAN... 1.
MENGAPAKAH 2.
KITA PERLU 3.
MEMPELAJARI 4.
KEMAHIRAN 5.
BERUCAP? 6.

E. JENIS-JENIS PENGUCAPAN AWAM

BIL. INDIVIDU BERKUMPULAN *


1 Pidato Bahas
2 Ucapan Forum
3 Ceramah Pembentangan Kumpulan
4 Menyampaikan Taklimat
5 Syarahan
* Pengucap masih perlu berbicara secara individu

F. SIFAT-SIFAT PENGUCAP YANG BERKESAN

BIL. SIFAT-SIFAT
1 Jujur dan ikhlas semasa berucap
2 Berpengetahuan luas dalam bidang yang diucapkan
3 Yakin dengan perkara yang diperkatakan
4 Mahir berucap di hadapan khalayak
5 Peka kepada reaksi audiens
6 Peka kepada situasi / persekitaran

MRSM AG : NOTA PELAJAR-PENGUCAPAN AWAM 3


G. LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN DAN PERSEMBAHAN UCAPAN
YANG BERKESAN

BIL. LANGKAH
1 Mengawal kegugupan
2 Menganalisis diri sendiri, situasi, majlis dan audiens
3 Mengumpul bahan ucapan
4 Menyusun bahan
5 Merancang pengenalan
6 Merancang penutup
7 Berlatih
8 Menyampaikan ucapan

H. MENGAPAKAH ANDA BERASA GUGUP?

BIL. SEBAB GUGUP TANDA-TANDA ANDA GUGUP


1 Pengucap tidak suka dikawal. Secara Fisiologikal
 ketar lutut, sesak nafas,
2 Hasil bicara terlalu kritikal. berpeluh ketiak dan tapak
tangan, jantung berdegup
3 Pengucap kurang mahir atau kurang kencang, bibir kering, tubuh
berpengetahuan. kaku, suara lemah tidak
terkawal, kelajuan bercakap
4 Pengucap kurang bersedia. tidak terkawal, bunyi-bunyi
pecahan suara, pitam.
5 Terdapat audiens / khalayak yang disegani.

Secara Psikologikal
 takut audiens nampak
kegugupan, malu, tidak
berani bertentang mata,
bimbang lupa idea, tarik diri
daripada berucap, ’allergic’
kepada ucapan awam.

I. TEKNIK-TEKNIK MENGAWAL GUGUP

BIL. SEBELUM BERUCAP SEMASA BERUCAP


1 Pilih subjek yang diminati Pilih audiens yang mesra sebagai tumpuan
pada awal bicara
2 Analisis audiens ’Tomakninah’ (jeda/hentian) dalam ucapan

MRSM AG : NOTA PELAJAR-PENGUCAPAN AWAM 4


3 Bersedia secukupnya Jangan pentingkan gaya penyampaian
4 Susun idea dengan jelas Bergerak
5 Berlatih secukupnya Jangan berhenti bercakap walaupun gugup
6 Pujuk diri sendiri Wujud dan kekalkan pertembungan mata
7 Senaman-senaman ’isometrics’ Berlagak seperti yakin walaupun tidak yakin.
8 Tarik nafas panjang-panjang Fahami yang audiens tidak akan nampak
kegugupan anda
9 Matlamat ucapan mesti munasabah Jangan panik apabila tersasul
10 Berangan-angan Berkubu
11 Relaks mental dan fizikal Senyum walaupun tersalah
12 Memahami emosi gugup Tanamkan semangat hebat diri
13 Jaga makan dan minum Rujuk teks/nota (jika berkaitan)

J. PEMBAHAGIAN UCAPAN

Sesuatu ucapan boleh dikelaskan melalui dua kaedah iaitu berdasarkan tujuan ucapan
dibuat dan berdasarkan cara ucapan itu disampaikan.

PENGKELASAN UCAPAN
1. Berdasarkan tujuan 2. Berdasarkan Cara
 Pemberitahuan / Informatif  Impromtu
- ucapan yang dibuat dengan - Ucapan yang dibuat tanpa
tujuan untuk memberi sebarang persediaan khusus
maklumat. Contohnya : dan biasanya diundang
taklimat, ceramah ringkas, secara tiba-tiba. Ucapan
pembentangan kertas kerja. jenis ini ada kalanya boleh
merosakkan kredibiliti
pengucap.

 Pemujukan / Mempengaruhi  Dihafal


- ucapan yang dinuat dengan - Ucapan yang dihafal
tujuan untuk mengubah perkataan demi perkataan
kepercayaan, sikap atau daripada teks. Ucapan jenis
perlakuan audiens. Contoh : ini kaku dan tidak boleh
kempen politik, kempen diubah suai berdasarkan
antidadah, dll. situasi.

 Menghibur  Dibaca
- Ucapan yang dibuat dengan tujuan - Ucapan yang dibaca
untuk mencetuskan kegembiraan perkataan demi perkataan
atau keriangan (biasanya dalam daripada teks atau
majlis-majlis keraian). Contoh : manuskrip. Ucapan jenis ini
ucapan selepas majlis makan juga tidak fleksibel.
malam, dll.

MRSM AG : NOTA PELAJAR-PENGUCAPAN AWAM 5


 Majlis Khas  Extemporaneous
- Ucapan yang hanya dibuat - Ucapan yang dibuat dengan
dalam majlis-majlis tertentu penuh persediaan dan
dengan tujuan-tujuan spesifik merupakan gabungan ketiga-
seperti mempengerusikan tiga jenis di atas. Dalam
majlis, ucapan alu-aluan, majlis ucapan jenis ini ada terdapat
penganugerahan dan unsur-unsur impromtu,
sebagainya. penghafalan dan pembacaan.
Ucapan ini memerlukan
persediaan rapi dan
menyeluruh serta merupakan
ucapan yang paling fleksibel.
-

K. CIRI-CIRI PENYAMPAIAN YANG EFEKTIF


BIL. FAKTOR DALAMAN (DIRI) FAKTOR LUARAN / LAIN
1 Lontaran dan intonasi/nada suara Persediaan teks ucapan / nota
2 Posisi tubuh Penggunaan alat bantu yang sesuai
3 Penggunaan bahasa / laras bahasa Sistem audio-visual/mikrofon yang baik
4 Bahasa badan / gerakan tangan Pentas yang selesa
5 Kontak mata / pertembungan mata Tempat berucap / rostrum yang sesuai
6 Emosi yang stabil Tempat / dewan yang selesa
7 Penampilan diri Penaja / urusetia yang cekap
8 Jeda / hentian yang sesuai Terdapat kipas / lampu / pendingin hawa
9 Kepelbagaian cara penyampaian Audiens yang profesional / ’sporting’

L. CARA UNTUK MENGEKALKAN MINAT AUDIENS


1. Menggunakan isi atau contoh yang hampir dengan audiens – seperti minat,
pekerjaan, umur, persekitaran, dll.
2. Melibatkan audiens semasa berucap – sebut nama audiens yang disegani / popular
Lontarkan atau ajukan soalan dan minta komen pendengar.
3. Menghayati keseluruhan ucapan agar sentiasa bersemangat.
4. Merangsang pelbagai deria audiens – guna lagu atau rakaman video, dll.
5. Memastikan ada unsur saspens.
6. Menyelitkan jenaka berpengajaran, humor atau cerita yang relevan
7. Menggunakan analogi / contoh yang sesuai dan tidak bersifat sensitif.

M. HALANGAN DALAM BERUCAP


BIL. SEBELUM SEMASA
1 Faktor kesihatan Gangguan sumber tenaga elektrik
2 Suara Mikrofon tidak berfungsi dengan baik
3 Gugup atau ’stage fright’ Panas – tiada kipas / pendingin hawa
4 Gangguan emosi / masalah peribadi Gangguan – audiens yang tidak matang

MRSM AG : NOTA PELAJAR-PENGUCAPAN AWAM 6


************SEKIAN DAN SELAMAT MAJU JAYA*************
Disediakan oleh :
Hazlina Bt Jaafar
Ketua Jabatan Bahasa,
Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah, Melaka.
10 Mac 2007
RUJUKAN :
1. Abdul Mua’ti @ Zamri b. Ahmad. Berucap Di Khalayak. Serdang : Universiti Putra
Malaysia.
2. Abdul Mua’ti @ Zamri b. Ahmad (2000). Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Abdul Mua’ti B. Ahmad (2003). Komunikasi di Tempat Kerja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4. Hazlina Bt Jaafar & Mushala Bt. Ahmad (2007). Modul Kemahiran Pengucapan Awam.
Melaka : Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah.

MRSM AG : NOTA PELAJAR-PENGUCAPAN AWAM 7

Anda mungkin juga menyukai